X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Umur Berapa Yang Sesuai Untuk Beri Anak Main Telefon? Ini Panduan Berguna Buat Ibu!

4 min bacaan
Umur Berapa Yang Sesuai Untuk Beri Anak Main Telefon? Ini Panduan Berguna Buat Ibu!

Main telefon seawal usia yang masih bayi boleh menghalang perkembangan minda si manja dan berupaya menyebabkan anak lambat bertutur

 
Pasti ramai ibu ayah tertanya-tanya pada usia berapakah yang sesuai untuk beri anak main telefon. Tidak dinafikan ramai ibu ayah masa kini mendedahkan si manja yang masih bayi kepada skrin telefon kerana ia memudahkan kerja seharian mereka.
 
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
  • Panduan usia yang sesuai untuk beri anak main telefon
  • Kesan sampingan beri anak bermain telefon

Walau bagaimanapun pendedahan yang terlalu lama pada skrin berisiko menjejaskan perkembangan si kecil anda. Mereka mungkin berdepan lambat bertutur, tidak mampu memegang pensil dan mudah tantrum.

Panduan usia yang sesuai untuk beri anak main telefon

main telefon anak lewat bercakap

Terdapat garis panduan yang dikeluarkan oleh American Academy of Pediatric mengenai usia sesuai untuk anak bermain telefon dan berikut adalah garis panduan yang perlu ibu bapa ikuti.

  1. Anak 18-24 bulan tidak boleh diberikan gajet
  2. 2-4 tahun hanya boleh diperuntukkan masa sebanyak 1 jam sehari
  3. 5 tahun ke atas, peruntukkan masa sebanyak 2 jam sehari

Pastikan setiap sesi anak anda bermain telefon tidak lebih dari 30 minit agar anak anda tidak mendapat kesan sampingan. 

Kita sudah sedia maklum apabila anak dapat bermain telefon memang susah anak nak berenggang daripadanya. Jadi lebih baik anda displinkan anak anda dengan penggunaan telefon seawal yang mungkin. 

Kesan sampingan beri anak main telefon bimbit

Sekiranya anda beri anak anda bermain gajet berlebihan, anak anda akan mendapat risiko kesan kelewatan perkembangan. Antaranya ialah:-

#1. Anak berisiko speech delay atau lambat bercakap

Sekiranya anak anda kerap bermain gajet, ini adalah antara risiko yang paling ditakuti kerana anak anda mungkin menghadapi kesukaran bercakap atau lewat bercakap. Anak anda perlu mendengar 11 juta perkataan dari ibu bapa dan sekeliling dalam setahun untuk membolehkan anak anda bertutur 10 patah perkataan.

#2. Mengamuk atau tantrum

main telefon sebabkan tantrum

Disebabkan terlalu bermain gajet, anak anda akan mudah mendapat tantrum atau mengamuk. Ini kerana mereka tidak pandai meluahkan keinginan atau hasrat melalui perkataan. 

#3. Gangguan fungsi otak

Gangguan fungsi otak berlaku bila anda dah terlalu ketagih dengan gajet yang disebabkan oleh hormon dopamin yang berlebihan di dalam otak. Hormon inilah yang menjejaskan fungsi otak limbik iaitu otak memori dan emosi. 

#4. Kemahiran komunikasi sosial anak terjejas

main telefon sebabkan anak merajuk

Bila dah asyik dengan gajet, ia membataskan pergaulan sosial anak anda dan komunikasi dengan orang lain. Ini kerana anak anda lebih banyak menghadap gajet dari bermain. 

#5. Anak bakal berdepan masalah untuk fokus

Masalah fokus boleh berlaku kepada anak anda disebabkan anak anda tidak mempunyai delay gratification. Visual dan kartun yang laju menyebabkan anak anda perlu memberi respons sepantas mencalit jari. Kedua, pendedahan skrin berlebihan mengganggu dua deria penting iaitu visual dan auditori.

#6. Masalah sensori dan tidak pandai memegang objek lain

Lebih banyak skrin anda dedahkan, lebih tinggi masalah sensori sentuhan anak. Semua benda membuatkan anak anda berasa geli untuk menyentuh apa-apa objek. Malah, anak anda juga akan menghadapi masalah untuk memegang objek lain
 
Tidak dinafikan dalam zaman teknologi yang pesat membangun ini, pastinya ibu bapa tidak dapat lari dari mengikut arus pemodenan. Jangan takut untuk tidak memberi anak telefon kerana apa yang penting adalah perkembangan minda dan fizikalnya dapat dipupuk dengan cara yang lebih sihat.
 
Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan menyibukkan anak anda dengan aktiviti. Bawa anak anda beriadah dan hadkan penggunaan telefon. Teroka hobi baru bersama anak anda. Semoga bermanfaat!
Facebook Pen Hitam

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Gajet Tidak Boleh Jadi Pengganti Ibu Ayah, Wanita Kongsi Kisah Benar Buat Ramai Buka Mata

Baca juga:  Ibu Pantaulah Anak Bermain Gajet, Ada Yang Masuk Wad Sebab Berat Susut & Air Kencing Pekat

Baca juga: Ibu Serik Kerana Gajet Mata Anak Merah & Sembab! Nasib Baik Masih Boleh Diselamatkan

Stories Rakan Kongsi
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Umur Berapa Yang Sesuai Untuk Beri Anak Main Telefon? Ini Panduan Berguna Buat Ibu!
Kongsikan:
  • Amalkan Doa Musafir Untuk Perjalanan Yang Dipermudah Serta Dilindungi Daripada Bahaya

    Amalkan Doa Musafir Untuk Perjalanan Yang Dipermudah Serta Dilindungi Daripada Bahaya

  • Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

    Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

  • Sangat Kejam! Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Jadi Mangsa Penderaan Oleh Kekasih Ibunya, Hanya Kerana Bising

    Sangat Kejam! Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Jadi Mangsa Penderaan Oleh Kekasih Ibunya, Hanya Kerana Bising

  • Amalkan Doa Musafir Untuk Perjalanan Yang Dipermudah Serta Dilindungi Daripada Bahaya

    Amalkan Doa Musafir Untuk Perjalanan Yang Dipermudah Serta Dilindungi Daripada Bahaya

  • Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

    Baru Nak Masuk 5 Bulan, Bayi Ini Meninggal Dunia Akibat Batuk Kahak Dan Demam Selepas Pulang Dari Bazaar

  • Sangat Kejam! Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Jadi Mangsa Penderaan Oleh Kekasih Ibunya, Hanya Kerana Bising

    Sangat Kejam! Kanak-kanak Berusia 2 Tahun Jadi Mangsa Penderaan Oleh Kekasih Ibunya, Hanya Kerana Bising

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.