Telinga Berdengung Ketika Hamil Boleh Buat Ibu Terganggu, Ini Punca & Cara Mengatasinya

Telinga berdengung ketika hamil antara salah satu gejala yang berlaku pada sesetengah ibu terutamanya sewaktu berlaku trimester ketiga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehamilan adalah sesuatu yang menggembirakan, tetapi dalam masa sama membawa banyak gejala yang kurang selesa seperti keletihan, loya, perubahan mood, sakit kepala, sakit belakang dan telinga berdengung.

Masalah telinga berdengung mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu. Ia dikenali sebagai tinnitus, yang menggambarkan bunyi seolah-olah berdering, berdengung atau bunyi berdesir di telinga.

Selain itu, tinnitus mengikut irama degupan jantung mereka, yang dikenali sebagai tinnitus berdenyut.

Masalah telinga berdengung ketika hamil

British Tinnitus Association menganggarkan tinnitus terjadi pada kira-kira satu daripada tiga wanita hamil berbanding satu daripada sepuluh wanita dalam kumpulan umur yang sama yang tidak hamil.

Di samping itu, dua daripada tiga wanita mengalami masalah telinga berdengung sebelum kehamilan berisiko mengalami simptom yang lebih teruk semasa kehamilan, terutamanya pada usia kandungan empat hingga enam bulan.

Ada beberapa sebab kenapa telinga berdengung atau tinnitus ketika mengandung. Antaranya:

#1. Tekanan darah tinggi

Telinga sangat sensitif terhadap perubahan aliran darah, jadi tekanan darah tinggi boleh menyebabkan tinnitus dan menjejaskan pendengaran. Tekanan darah tinggi semasa kehamilan boleh menunjukkan praeklampsia atau sindrom HELLP, yang boleh meningkat risiko bahaya pada ibu dan bayi.

Walaupun bukan semua orang menghidap tekanan darah tinggi mengalami tinnitus, adalah penting untuk berjumpa doktor dengan segera jika anda mengesyaki tekanan darah tinggi ketika mengandung.

#2. Migrain

Migrain juga menjadi salah satu sebab kenapa telinga berdengung ketika mengandung. Ia boleh menyebabkan kepekaan bunyi dan meletakkan anda pada peningkatan kebarangkalian mengalami tinnitus. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Kekurangan zat besi atau anemia

Kebanyakan ibu mengandung turut mengalami risiko anemia kekurangan zat besi. Jika anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi dalam diet, ia boleh menyebabkan pelbagai gejala dan masalah kesihatan termasuklah gangguan pendengaran.

#4. Jangkitan telinga

Sistem imun boleh terjejas semasa kehamilan, bermakna anda lebih cenderung untuk dijangkiti virus serta mengalami gejala alahan.

Bukan itu sahaja ia juga boleh menyebabkan jangkitan telinga, yang kemudiannya mencetuskan tinnitus dan kehilangan pendengaran.

Kesan sekiranya mengabaikan gejala telinga berdengung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gangguan pada telinga jika dibiarkan tanpa pemeriksaan doktor boleh membuatkan ibu berasa tidak selesa. Ditambah pula bila ia kerap berlaku hingga boleh membawa kepada:

  • Masalah tidur: Tidak dapat tidur adalah perkara biasa bagi mereka yang mengalami tinnitus
  • Perubahan mood. Tinnitus tidak menyakitkan, tetapi ia boleh menjejaskan mood anda. 
  • Sakit kepala yang meningkat: Dengan rasa berdengung atau berdesing pada telinga, ia boleh menganggu bahagian kepala yang membuatkan anda cenderung rasa sakit kepala.

Cara mengatasi masalah telinga berdengung ketika mengandung

Menangani masalah telinga berdengung adalah penting bagi membolehkan anda kekal sihat dan aktif sepanjang 9 bulan tempoh kehamilan.

Tiada ubat untuk tinnitus kerana bukanlah sesuatu penyakit. Justeru anda perlu menangani punca tinnitus dengan beberapa cara mudah ini.

#1. Jauhkan diri daripada bunyi bising

Bunyi yang kuat, seperti bunga api atau muzik pada volum penuh, boleh menjadi pencetus utama untuk masalah tinnitus. Berdiam diri dalam keadaan ini boleh menyebabkan tinnitus menjadi lebih teruk, jadi cuba kekal di sekitar tempat yang neutral bunyi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Supplemen ibu mengandung

Zink boleh membantu mengurangkan kesan tinnitus yang disebabkan oleh kehilangan pendengaran. Pertimbangkan untuk mengambil suplemen pranatal anda termasuk zink. Jika belum mengambilnya, pastikan anda mulakan dengan segera.

#3. Pemakanan yang sihat

Menjaga badan dan memastikan nutrisi yang diperlukan untuk proses perkembangan bayi adalah sangat penting. Justeru ibu hendaklah menambah makanan yang kaya dengan zink ke dalam diet harian seperti daging, kerang dan kekacang bagi mengurangkan kesan tinnitus.

Selain itu, elakkan merokok, pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan bagi mengatasi gangguan pendengaran. Tukar kepada diet yang sihat, jadikan buah-buahan sebagai snek sepanjang tempoh kehamilan anda.

#4. Meditasi dan yoga

Meditasi boleh membantu dengan merehatkan badan dan minda anda. Ia juga boleh melegakan otot yang tegang, sakit kepala, dan kemurungan atau faktor berkaitan tekanan yang boleh memburukkan tinnitus.

Selain itu, yoga boleh memberi manfaat dan merupakan sesuatu yang perlu diamalkan oleh mana-mana wanita hamil. Kekal cergas dan aktif walaupun perut anda membesar adalah penting untuk mengekalkan kesihatan ketika mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda merasakan gejala telinga berdengung atau masalah pendengaran ketika hamil, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan penyelesaian terbaik.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Tidak Sedar Anak Dalam Diam Korek Telinga Sampai Gegendang Pecah, Awas!

Baca juga:  Kajian Mendapati Telinga Lelaki Pekak Sebelah, Hanya Fokus Pada Apa Yang Mata Lihat

Baca juga:  Doktor Pesan Hati-Hati Tindik Telinga Bayi, Salah Cara Anak Boleh Kekejangan & Sawan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan