Terdapat sumber mengatakan bahawa telinga manusia iaitu lelaki, pekak sebelah dan hanya menggunakan satu telinga sahaja. Benarkah pernyataan ini atau sebaliknya?
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Telinga manusia iaitu lelaki pekak sebelah?
- Kondisi pendengaran ‘Selective Hearing’.
Dalam rumah tangga, pasti para isteri pernah lalui situasi ini. Berulang-ulang kali terjerit-jerit memanggil si suami, tapi langsung tak diresponnya. Kadang-kadang sebagai isteri, pasti geram kan?
Tapi kan kenapa suami selalu sangat bersikap sebegitu? Jom ikuti perkongsian ini.
Telinga manusia iaitu lelaki pekak sebelah?
Menerusi perkongsian menarik oleh Pak Utih’s Page,
“Telinga Lelaki Pekak Sebelah?”
“Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan.
Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja. Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri.
Oleh itu, telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar.
Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang. Bila sudah dekat, tepuk bahunya. Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda.
Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan ‘stereo’ menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan percakapan manusia.
Oleh itu wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam ‘toilet’. Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami.
Sabor je lah…”
Kondisi pendengaran ‘Selective Hearing’
Sebenarnya, situasi yang sedang suami anda lalui sekarang merupakan satu kondisi pendengaran yang digelar sebagai ‘Selective Hearing’.
‘Selective Hearing’ adalah satu tabiat di mana seseorang hanya memilih atau memberi fokus terhadap bunyi atau pun percakapan yang menarik minat mereka untuk didengari sahaja.
Perkara ini sebenarnya adalah perkara normal yang berlaku kepada lelaki dan juga kanak-kanak lelaki.
Untuk makluman anda juga, otak manusia sebenarnya mempunyai keupayaan untuk menapis bunyi yang mereka hendak dengar atau pun sebaliknya.
Keupayaan ini merupakan satu keajaiban dan anugerah yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Jadi, sebagai isteri anda tidak perlu terjerit-jerit memanggil suami. Apa yang perlu anda buat adalah dengan menggunakan adab sopan, berhadapan mereka dan juga lontarkan tutur kata yang lembut dan betul untuk alihkan perhatian suami anda.
Sebagai suami pula, sentiasalah peka dan hargai setiap apa yang diutarakan oleh isteri anda.
Kesimpulannya, hayati pepatah ini “Telinga hanya mampu mendengar tetapi otak memahami apa yang kita dengar“.
Semoga ianya bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Rumah Tangga Lebih Harmoni Jika Anda Tunjuk 6 Cara Hargai Isteri Ini!
Baca juga: Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia
Baca juga: Kerap Bergaduh Cara Matang Tanda Hubungan Suami Isteri Yang Sihat & Bahagia, Ini Buktinya!