X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Biarkan Isteri Merajuk Lama-Lama, Dia Sebenarnya Inginkan Perhatian Suami!

4 min bacaan
Jangan Biarkan Isteri Merajuk Lama-Lama, Dia Sebenarnya Inginkan Perhatian Suami!

Kebanyakan lelaki keliru untuk memahami perangai perempuan yang dianggap aneh dan pelik. Bagaimana nak menghadapi situasi ini?

Dalam mengharungi kehidupan berumahtangga pastinya suami berhadapan dengan kekeliruan dalam memahami perangai perempuan yang dicintai. 

Hubungan yang bahagia tidak akan terlepas dari sebarang pertengkaran atau pergaduhan kecil yang disebabkan oleh perkara-perkara tertentu.

Perangai perempuan sukar diramal

perangai wanita

credit to sources

Kebiasaannya, orang yang akan tersentuh hati dan cepat merajuk adalah isteri kerana lumrah semua wanita di atas dunia ini dijadikan Allah begitu unik dengan emosi mereka mudah terganggu.

Hal ini sekaligus turut membuatkan isteri menjadi sangat sensitif biarpun berhadapan dengan kesilapan kecil yang dilakukan oleh suami. 

Boleh jadi dia marah dan kadang-kadang menangis tanpa sebab. Kemudian, airmata yang hilang akan diganti dengan senyuman manis dari wajahnya.

#1. Isteri hanya perlukan perhatian suami

Perangai perempuan yang pelik sebenarnya mungkin berpunca akibat anda tidak meluangkan masa untuk bersamanya.

Tanya semula diri anda, pernahkah anda menjadi pendengar yang baik ketika isteri meluahkan perasaan atau tekanan yang dihadapi seharian?

Sekiranya ketika isteri datang dekat dengan anda, mereka sebenarnya ingin anda memahami bahawa tugas seorang isteri dan ibu adalah perkara yang cukup mencabar.

Sifat semulajadi perangai wanita adalah mahu merasa dihargai setiap waktu. Namun, jika anda tidak menghiraukannya, faham sahaja kenapa isteri sering bermasam muka dan merajuk.

#2. Isteri ingin waktu bersama

sifat wanita

credit to sources

Sebagai suami yang baik anda perlu meluangkan masa untuk isteri.

Pada waktu ini, cubalah untuk memahami setiap perkara yang dikongsikan biarpun ia hanyalah sekadar keluhan biasa.

Sebelum tidur, pastikan anda dan isteri mengadakan sesi pillow talk agar dirinya tidak terasa seperti diabaikan kerana kesibukan waktu siang anda dengan pelbagai tugasan pejabat.

Jika anda mendapati perangai wanita tercinta anda menunjukkan sedikit perubahan, luangkan waktu bersama sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari tanpa gangguan dari anak-anak ataupun telefon bimbit.

Tindakan ini sebenarnya memberikan impak yang cukup besar dalam mengembalikan kemesraan dalam berumah tangga. 

#3. Suka suami yang tenang

Dalam berhadapan dengan situasi yang rumit, seorang isteri amat menghargai suami yang mampu mengawal emosi dan berfikiran terbuka untuk mencari jalan penyelesaian tanpa meninggikan suara.

Sebenarnya, rupa paras yang kacak tidak menjamin apa-apa sekiranya anda tidak mampu mengawal keadaan agar segalanya berjalan dengan baik.

Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim. ‘Halim’ bermaksud “sabar”, iaitu anda tidak cepat marah ketika isteri kurang akal ketika dirinya sedang marah.

Dalam hal ini, jika kesabaran yang dipraktikkan dalam setiap perjalanan hidup, maka andalah suami yang paling terbaik mendampingi isteri.

Jadi, perdengarkan apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan jangan ambil hati. Anggap sahaja mereka ingin melepaskan perasaan terpendam yang mengganggu emosi sekian lama.

#4. Suami yang kuat

Stories Rakan Kongsi
Happiness And Success: Finding The Right Balance Between Hard Work And Enjoying Life
Happiness And Success: Finding The Right Balance Between Hard Work And Enjoying Life
Eratkan jalinan kekeluargaan bersama
Eratkan jalinan kekeluargaan bersama
Travelling with Your Kids in the New Norm: Where Should You Go?
Travelling with Your Kids in the New Norm: Where Should You Go?
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
perangai pelik wanita

foto: baituljannah

Perangai perempuan yang lain adalah mereka sukakan suami yang memiliki kekuatan fizikal dan mental. Ia tidak bermakna anda perlu memukul orang lain yang melakukan kesilapan tanpa sebarang perbincangan.

Kekuatan yang sebenarnya adalah anda mampu sentiasa bersabar, mampu mendengar luahan isteri, tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang datang.

Justeru, buktikan kepada isteri bahawa anda sentiasa berada disisinya setiap waktu dan sedia menemani isteri ketika dia memerlukan bantuan. 

#5. Wanita suka lelaki yang kurangkan ego

Tidak dinafikan bahawa, kebanyakan lelaki tidak akan lari dari masalah ego yang tinggi menggunung. Memang benar, di dalam sebuah rumah tangga anda adalah ketua keluarga dan ingin sentiasa dihormati.  

Namun jangan disebabkan perkara ini, anda menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar.

Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya. — Hadis riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani

Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang mampu merendahkan diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.

Jangan sesekali memandang rendah atau menghina dirinya atau ahli keluarga mereka. Anda perlu sedar bahawa isteri adalah sahabat yang paling dekat.

Sentiasalah menjaga hati mereka barulah rumah tangga sentiasa berkat dan dilimpahkan rezeki!

Sumber: AkuIslam

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Jangan Biarkan Isteri Merajuk Lama-Lama, Dia Sebenarnya Inginkan Perhatian Suami!

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanggungjawab-isteri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Jangan Biarkan Isteri Merajuk Lama-Lama, Dia Sebenarnya Inginkan Perhatian Suami!
Kongsikan:
  • 4 Sikap Isteri Yang Dibenci Suami, Adakah Anda Bersedia Untuk Terima Kritikan & Berubah?

    4 Sikap Isteri Yang Dibenci Suami, Adakah Anda Bersedia Untuk Terima Kritikan & Berubah?

  • Si Kecil Masuk 4 Tahun Atau Fasa "EFFING FOURS", Semuanya Makin Haru-Biru!

    Si Kecil Masuk 4 Tahun Atau Fasa "EFFING FOURS", Semuanya Makin Haru-Biru!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 4 Sikap Isteri Yang Dibenci Suami, Adakah Anda Bersedia Untuk Terima Kritikan & Berubah?

    4 Sikap Isteri Yang Dibenci Suami, Adakah Anda Bersedia Untuk Terima Kritikan & Berubah?

  • Si Kecil Masuk 4 Tahun Atau Fasa "EFFING FOURS", Semuanya Makin Haru-Biru!

    Si Kecil Masuk 4 Tahun Atau Fasa "EFFING FOURS", Semuanya Makin Haru-Biru!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.