Resepi Kurma Telur

Telur masak kurma antara hidangan ringkas yang mudah dimasak. Ia juga sesuai dimakan dengan pelbagai hidangan terutama nasi minyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Telur masak kurma antara masakan yang sangat ringkas tetapi tetap membuka selera. Resepinya tidak banya beza dengan masakan kurma lain, cuma ia menggunakan telur ayam yang direbus dan dikelar sedikit supaya kuah meresap ke dalam telur dan nampak menarik.

Telur Masak Kurma, Resepi Senang & Cepat Disediakan

Kami kongsikan resepi daripada Chenom yang pasti menjadi jika anda cuba dan ikut caranya dengan betul. 

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma, bancuh dengan sedikit air
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 batang lobak merah
  • 1-2 biji kentang
  • 1 keping kecil asam keping
  • 2 biji cili hijau atau merah
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 1 biji bawang besar, potong 6
  • 1 senduk minyak masak
  • daun ketumbar (pilihan)
  • bawang goreng (pilihan)

Bahan-bahan rempah tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga

Bahan-bahan tumbuk kasar:

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Rebus telur sehinnga masak dan kupas kulitnya. Kelar sedikit di permukaan telur.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan rempah tumis dan bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan pes bancuhan rempah kurma dan masak sehingga sedikit garing dan pecah minyak. Boleh tambah sedikit air semasa dalam proses memasak rempah supaya tidak hangus.
  4. Masukkan pula santan cair, telur, kentang, lobak merah dan asam keping. Masak sehingga sayuran menjadi empuk dan lembut.
  5. Setelah itu masukkan santan pekat, cili, bawang besar dan tomato. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat mengikut tahap selera anda. Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan juga daun ketumbar supaya lebih sedap.

Tips Penyediaan Resepi Kurma Telur

  • Petua untuk senang kupas kulit telur rebus ialah masukkan sedikit cuka semasa merebus telur atau lebih mudah rendam seketika telur yang baru sahaja di rebus ke dalam air sejuk. Kulit akan mudah dikupas.
  • Boleh juga gunakan santan kotak. Anggaran satu kotak santan bersama satu mangkuk air untuk resepi ini.

Chenom

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kurma Daging Style Neelofa Untuk Haris, Nampak Sedap & Sungguh Menyelerakan

Baca juga: Resepi Paru Berlado, Menu Simple Untuk Sahur&Berbuka, Masak Sendiri Mesti Puas Hati!

Baca juga: Sedap Kena Dengan ‘Tekak Melayu’, 5 Resepi Makanan Korea Ini Mudah Untuk Dicuba

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar