10 Tempat Bercuti Di Malaysia Yang Menarik & Menyeronokkan Untuk Seisi Keluarga

Bagi ibu ayah tiada idea dalam menentukan destinasi percutian, apa kata anda semak senarai tempat bercuti di malaysia yang terbaik dan mesra keluarga ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah setiap kali cuti hujung minggu atau persekolahan, ibu ayah hilang idea memikirkan tempat bercuti di Malaysia yang menarik dan sesuai untuk seisi keluarga?

Jika ya, apa kata anda melakukan semakan melalui perkongsian kami ini. Memandangkan cuti persekolahan pun sangat singkat nak ke luar negara, tidak ada salahnya untuk merehatkan minda dalam negara sendiri!

Senarai Tempat Bercuti di Malaysia Yang Menarik dan Best!

Ramai yang ingin merancang percutian keluarga cuma tak tahu dimana yang sesuai untuk bawa ke tempat yang mesra kanak-kanak.

Sekiranya anda ingin membawa anak berkunjung ke tempat-tempat yang menarik dan berdekatan dengan anda, semak beberapa senarai tempat bercuti di Malaysia. Yang pastinya, dijamin tidak sama sekali membosankan anak-anak serta mesra poket.

Sesuai dengan bajet untuk keluarga yang mempunyai ramai ahli. 

Antara tempat percutian yang menarik di Malaysia ialah:

1. First World Resort, Genting Highlands

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Destinasi percutian ini memiliki taman tema yang paling populor di Asia sejak kewujudan bertahun-tahun lamanya. Genting Highlands menjadi kawasan tarikan pelancongan kerana memiliki pemandangan bukit-bukau yang cantik dan suhu sejuk. 

Yang paling membuatkan anak-anak kecil anda teruja adalah taman tema indoor, kini dikenali sebagai Skytropolis Indoor Theme Park. Ia menawarkan pelbagai aktiviti dan permainan seperti permainan video, kereta laga, ride 'em round (buaian) dan kereta api.

2. Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Bagi ibu ayah yang bercadang melancong dalam kawasan Kuala Lumpur atau tempat bercuti di Selangor, salah satu penginapan dengan tarikan taman tema ialah Berjaya Times Square Hotel. 

Ia memiliki taman tema indoor yang dikenali dengan The Cosmo's World Theme Park menyediakan permainan mencabar dan juga mesra keluarga. Antaranya ialah taman fantasi, stesen galaksi dan roller coaster paling menakutkan di Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Legoland Resort Malaysia, Johor Bahru

Salah satu destinasi pelancongan yang sangat populor di Johor adalah Legoland. Ia menawarkan pelbagai tarikan untuk anak-anak dengan taman tema lain daripada yang lain.

Legoland Malaysia menghimpunkan koleksi lego-lego gergasi dibina menyerupai beberapa mercu utama negara dan dunia lain. Selain itu anak-anak turut berpeluang bermain lego dan gelesongsor air yang disediakan.

4. Lost World of Tambun, Perak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang sukakan penginapan dan percutian bertemakan alam semula jadi, apa kata datang ke Lost World of Tambun ini. Ia menyediakan penginapan pelbagai pilihan sama ada biasa-biasa sahaja atau lebih eksekutif.

Tarikan taman tema di sini mempunyai gelongsor air, kolam air panas semula jadi, air terjun dan Japan village. Anda juga boleh menghabiskan masa seharian di sini kerana aktiviti malamnya sangat menarik!

5. Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Resort ini menawarkan pelbagai jenis tarikan taman tema sama ada basah (waterpark) ataupun kering (eco-park). Pilihan permainan gelongsor air di sini juga lebih ekstrem untuk orang dewasa seperti giant tube rides, waterfall bridge, kids adventure river dan water speed slides.

Manakala eco-park pula, tarikannya lebih kepada binatang yang menghimpunkan 40 spesis burung, mamalia dan reptilia.

6. Bukit Gambang Resort, Pahang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terletak di kawasan Gambang, Pahang, ia terkenal sebagai salah satu tempat percutian keluarga. Tarikan taman tema disediakan amat menarik dan sesuai untuk semua lapisan usia.

Bukan itu sahaja, anda juga dapat menyertai beberapa aktiviti lain yang menyeronokkan seperti meredah hutan, night safari dan memandu ATV meredahi denai hutan berbukit.

7. A Famosa Resort, Melaka

Sekiranya anda ingin bercuti ke Melaka, destinasi resort ini menjadi pilihan utama bagi penggemar taman tema air dan mempunyai permainan gelongsor air yang mencabar untuk golongan dewasa.

Selain tarikan taman tema air, A Famosa Resort Melaka turut mempunyai beberapa tarikan hiburan lain seperti Safari Adventure, Monkey Island, Farm Area dan aktiviti lain iaitu paddle boat, rock climbing, menunggang kuda dan memanah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi menyertai permainan air ini, anda dinasihatkan untuk memakai pakaian renang, waterproof diapers bagi anak yang masih kecil dan pakaian tambahan kering.

Bukan itu sahaja, sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak agar keterujaan mereka tidak berakhir dengan sebarang perkara tidak diingini. Ibu ayah perlu sentiasa bersama, menemani si manja bermain dan sentiasa memegang tangan mereka untuk mengelakkannya melanggar orang lain atau kehilangan ibu bapa.

8. Club Med Cherating, Pahang

Club Med Cherating adalah lokasi yang paling sempurna untuk seisi keluarga. Ia menawarkan keseronokan dan pengalaman unik kepada pengunjung yang hadir bersama anak kecil.

Selain menikmati keindahan alam semula jadi, terdapat lebih daripada 60 aktiviti yang turut disediakan di sini sesuai untuk pelbagai peringkat umur. 

Bagi kanak-kanak turut tersedia Kelab Mini bagi kanak-kanak berusia 4 bulan sehingga 10 tahun di bawah jagaan G.O yang bertauliah.

Biarkan anak-anak bermain kerana inilah masa yang sesuai untuk mereka meneroka alam dan mencuba aktiviti yang lasak seperti memanah, bermain tenis, mendakit bukit dan banyak lagi.

9. MSekin Wonderland, Sekinchan

Walaupun Sekinchan terkenal dengan kawasan sawah padi yang luas terbentang, tetapi di sini juga terdapat satu tarikan baharu iaitu Sekin Wonderland. Ia merupakan taman tema air yang pertama di Sekinchan yang terletak berdekatan dengan Pantai Redang.

Lokasinya juga strategik kerana betul-betul bersebelahan dengan Sekin Hotel & Resort. Jadi, anda bukan sahaja boleh membawa anak-anak bermain air, malah boleh terus menginap di sini.

Apa yang menariknya, taman tema air ini mempunyai 10 kolam renang yang unik, sesuai dijadikan sebagai tempat bercuti di Malaysia bersama keluarga. 

Setiap kolam renang di sini dilengkapi dengan gelongsor, pancutan air dan aktiviti yang berbeza-beza. Ada yang bertemakan pirate dan bouncy house. 

Turut disediakan kemudahan fasiliti untuk kegunaan ahli keluarga yang ramai seperti gazebo, surau, gerai makanan dan tempat letak kereta.

Selain itu, anda juga boleh mencuba tarikan baharu iaitu basikal elektrik & ATV dengan kadar sewaan yang rendah. 

10. Gold Coast Morib Resort, Banting

Resort ini terletak betul-betul dekat dengan tepi pantai dan taman tema air yang terkenal dengan gelongsor air yang pelbagai. 

Rugilah kalau singgah disini hanya untuk mandi-manda semata-mata. Apa kata tempah penginapan satu malam supaya anda sekeluarga dapat berehat selepas penat bermain air. 

Anda juga boleh meneroka kawasan pantai Morib yang terletak tidak jauh dari resort ini. Pantai Bagan Lalang merupakan port makan yang terkenal dengan medan ikan bakar dan hidangan seafood yang segar dan sedap!

Jadi apa tunggu lagi, pilihlah destinasi mana yang berkenan di hati. Kalau nak bercuti di area KL dan tempat bercuti di Selangor, anda boleh baca di sini!

Sumber: Cari Destinasi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Pilihan Taman Tema Air di Malaysia, Bawa Anak-Anak Mesti Seronok!