Idea Indoor Playground Untuk Anak Di Ruang Tamu, Tetap Kelihatan Cantik & Kemas

Tempat bermain untuk si manja di ruang tamu atau indoor playground boleh menjadi tempat yang cantik dan tersusun jika digayakan dengan betul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila ada anak kecil, ruang tamu adalah tempat bermain yang paling sibuk dan ‘meriah’. Ruang inilah yang menjadi tempat mereka, suami isteri beristirehat, menonton TV dan sebagainya.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Cara deko tempat bermain anak di ruang tamu rumah

Justeru tidak hairanlah kebanyakan rumah yang ada anak kecil akan kelihatan berselerak dan bersepah dengan pelbagai jenis mainan. Memang agak penat kalau ibu hendak mengemas setiap masa.

Cara deko tempat bermain anak di ruang tamu rumah

Bagi memastikan ruang tamu selesa dan turut menjadi tempat bermain yang selamat untuk anak, anda boleh cuba tips yang kami kongsikan ini.

#1. Indoor playground untuk anak: Bentang permaidani

Permaidani bukan sahaja memberikan keselesaan kepada anak ketika bermain tetap ia juga berfungsi sebagai sistem “zone” yang memisahkan ruang bermain dengan bahagian yang lain.

Pilih permaidani atau karpet yang berwarna-warni atau mempunyai karakter yang disukai anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, elakkan daripada memilih karpet daripada jenis berbulu kerana ia mudah memerangkap habuk. Pilihan terbaik adalah daripada jenis rug atau tatami yang mudah di cuci dan dibersihkan.

#2. Sediakan ruang penyimpanan

Sesetengah ruang di kediaman mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai ruang bermain seperti di bawah tangga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, sediakan kemudahan seperti bekas penyimpanan untuk menyimpan mainan atau rak untuk memudahkan anak menyimpan permainan mereka. 

Selain itu, anak lebih cenderung untuk bermain di kawasan penyimpanan mainan mereka dan ini sekali gus mengelakkan ruang tamu daripada berselerak dengan mainan.

#3. Tempat permainan kanak-kanak: Keselesaan optimum

Letakkan beberapa biji kusyen, floor pillow atau bean bag untuk dijadikan sebagai tempat duduk atau rehat anak ketika bermain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sudah penat bermain, mereka pasti akan penat dan akan berehat sebelum bangun dan meneruskan bermain. Mereka juga suka berimaginasi dan sambil mereka mencari idea, boleh duduk bersantai di kusyen yang telah disediakan.

#4. Kelengkapan

Tambahkan kemudahan dan keselesaan pada ruang bermain anak seperti kerusi atau meja mengikut kesesuaian saiz si cilik. 

Ini dapat mengelakkan mainan bersepah di atas meja kopi dan secara tidak langsung, ia membantu menggalak anak untuk berfikir secara kreatif.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Taman permainan dalam rumah: Dinding menconteng

Elakkan dinding anda daripada menjadi mangsa kreatif anak. Sediakan sebuah dinding padu, untuk berfungsi sebagai papan hitam untuk anak menconteng. Boleh guna cat atau pelekat “chalk board’ yang banyak terdapat di pasaran.

Jika anak masih kecil dan belum berminat untuk menconteng, boleh gantikan dengan dinding berwarna warni atau “Busy Board”.

Khas untuk pembaca theAsianparent

Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Idea Deco Bilik Tidur Rumah Kampung Bertemakan Putih Nampak Moden & Lebih Luas

Baca juga: I dea Deko Bilik Tidur Kecil Yang Ringkas & Menarik, Ini Panduan Berguna Untuk Ibu Ayah!

Baca juga:  Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!

Penulis

Nur Sofea