Mudah Kerja Dia, Adik Guna Mulut Kakak Jadi Tempat Letak Telefon Untuk Layan Kartun

Tempat letak telefon guna mulut kakak untuk layan kartun. Ramai suka tengok video kecomelan seorang kanak-kanak yang duduk di atas kakaknya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sanggup buat apa sahaja hatta melayan adik comelnya dengan menjadikan mulut sendiri sebagai tempat letak telefon semata-mata supaya si manja itu dapat menonton cerita kegemaran.

Itu keletah seorang kanak-kanak perempuan ‘membuli‘ kakak menerusi video dimuat naik oleh ibunya pada akaun TikTok sehingga mencetuskan gelak tawa netizen.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Mulut kakak jadi tempat letak telefon
  • Netizen ketawa keletah kanak-kanak

Video berdurasi 25 saat dimuat naik pada akaun TikTok noura_cofylite.choclite mendapat tontonan sehingga lebih 228,000, 15,400 tanda suka dan 644 komen.

Mulut kakak jadi tempat letak telefon


Menerusi video tersebut memperlihatkan anak perempuan remajanya sedang tidur di kerusi kereta dengan mulutnya disandarkan telefon bimbit menayangkan cerita kanak-kanak sedang ditonton adiknya.

Apa yang membuatkan netizen ‘cair’ melihat kanak-kanak comel itu apabila dia tersenyum seorang diri khusyuk menonton cerita tersebut.

Terdapat juga keterangan video oleh ibunya, “suka hati dia letak telefon pada mulut kakak”.

Wanita itu turut memuat naik video kedua memperlihatkan kakak kanak-kanak itu masih tidur tetapi telefon bimbit itu telah berubah kedudukan di bawah mulut.

“Sampai macam itu sekali kau buat kakak. Kakak tertidur sampai tak ingat apa dah,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sambungan seterusnya pula menunjukkan, kanak-kanak itu pula tidur memeluk kakaknya selepas habis menonton siri kegemarannya.

“Penat tengok Cocomelon, sudahnya tertidur kat kakak haha,” demikian perkongsian ibu tersebut.

Netizen ketawa keletah kanak-kanak

Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan maklum balas terhibur dengan kanak-kanak tersebut ‘memperlakukan’ kakaknya sedemikian.

“Muka dia tak bersalah dan sangat menghayati”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Hahahaha di sebalik kecomelan itu tersorok seorang mangsa buli”.

“Comelnya dia senyum macam itu”.

“Aduh adik oi, jenuh mulut kakak jadi stand pula”.

“Lagi best ye adik daripada panggung”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sama perangai macam anak saya, saya baring dia letak telefon kat kepala,” demikian komen-komen tersebut. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Boleh Tengok Muka, Si Abang Rasa Loya Nak Muntah (Tapi Tetap Cuba Terima Adik!)

Baca juga: “Salah Ke Anak Saya Lahir Bulan 12?” Ibu Sedih Anak Dilabel Lembab Belajar & Lambat Besar

Baca juga: ‘Insecure’ Dengan Rakan Ofis Ayah Cantik, Anak Menangis Risau Ayahnya Kahwin Lain

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan