25 Tempat Menarik Di Ipoh, Wajib Kunjung Musim Cuti Sekolah Ini! Banyak Tempat Menarik OOTD

Suasana, seni bina dan tempat menarik di Ipoh ada sesetengahnya sangat unik, destinasi seumpamanya memang tiada di bandaraya utama lain.

Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak tidaklah terletak terlalu jauh dari Kuala Lumpur iaitu dalam anggaran dua jam setengah perjalanan menjadikan bandar ini sebagai lokasi percutian utama kerana terdapat banyak tempat menarik di Ipoh.

Untuk pengetahuan anda, Ipoh pernah disenaraikan di dalam laman web pelancongan antarabangsa, Lonely Planet, sebagai satu-satunya destinasi pelancongan di Malaysia yang terbaik pada tahun 2016.

Pembangunan pesat bandar Ipoh dengan pusat-pusat pelancongan, kafe-kafe dan lain-lain lagi yang tumbuh bak cendawan selepas hujan menjadikan bandar ini destinasi yang wajib dilawati.

Salah satu sebab mengapa Ipoh menjadi lokasi pilihan kepada ramai para pelancong adalah kerana kemampuannya untuk mengekalkan dan memelihara warisan klasik tanpa dimakan dek peredaran zaman yang menghauskan perubahan.

Tempat Menarik Di Ipoh

Banyak bangunan-bangunan klasik yang masih terpelihara dengan baik di luaran tetapi fungsi dalamannya diubah untuk mengikut keperluan semasa atau lebih tepat lagi mengikut selera anak-anak muda yang tinggal di Ipoh. Sebab ini jugalah Ipoh digelar sebagai bandar hipster Malaysia! 

Sama ada anda mencari ketenangan atau melancong, semuanya pasti ada di sini. Kami senaraikan tempat menarik Ipoh termasuk tarikan yang wajib dikunjungi dan restoran seperti steamboat Ipoh, kafe bersama makanan tempatan yang terbaik di sana.

1. Concubine Lane

25 Tempat Menarik Di Ipoh, Wajib Kunjung Musim Cuti Sekolah Ini! Banyak Tempat Menarik OOTD

Dinamakan, Wife Lane (Lorong Hale), Concubine Lane  (Lorong Panglima dan Second Concubine Lane (Market Lane), ketiga-tiga lorong ini pada asalnya didirikan oleh seorang taikun perlombongan pada akhir abad ke-19 untuk dihadiahkan kepada 3 orang isterinya. Di sini, setiap isteri dapat mengutip sewa daripada kedai-kedai yang terdapat di lorong masing-masing.

Kini, setiap lorong ini memiliki street art yang tersendiri, namun daripada ketiga-tiga lokasi ini, Concubine Lane adalah lorong yang tersibuk kerana kepadatannya dengan pelbagai jenis kedai dan sebuah hotel butik.

Jalan ini wajib dikunjungi apabila anda berkunjung ke Ipoh. Berjalan di lorong-lorong dengan kedai-kedai butik comel, kafe yang tenang, kedai-kedai pencuci mulut dan dinding-dinding yang dihiasi dengan lukisan dan seni jalanan.

2. Kong Heng Square

tempat menarik di Ipoh

Untuk menyelami ‘intipati’ sebenar kota hipster Ipoh, anda boleh menjejaki Kong Heng Square yang terletak di antara bangunan dengan seni bina kolonial dan juga moden di Ipoh Old Town.

Gabungan dua era menjadikan lokasi ini begitu unik dan sesuai sekali untuk dijadikan lokasi jual-beli karya seni dan kraftangan kerana aura kreatif yang terpancar di sekitar pelusuk Kong Heng Square ini.

Selain produk kreatif, di sini juga anda boleh menemui banyak kafe atau gerai makanan yang menarik. Hanyalah terdiri daripada 3 buah lot, namun ia cukup padat dengan kiosk dan gerai yang akan menggoda jiwa sesiapa sahaja untuk berhenti melihat.

3. Tempat Menarik Di Ipoh: Lost World Of Tambun

tempat menarik di Ipoh

Taman tema Lost World of Tambun ini secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu dry park dan wet park. Di dry park anda boleh meningkatkan adrenalin dengan menaiki roller coaster yang juga sesuai untuk kanak-kanak, juga terdapat  rumah hantu jika anda inginkan sedikit thrill.

Di samping itu, anda boleh melawat Petting Zoo yang menempatkan pelbagai jenis haiwan seperti arnab, rakun, ular, zirafah, harimau dan bermacam lagi. Terdapat juga aktiviti-aktiviti lasak seperti berakit, merentas hutan, meneroka gua, mendaki gunung dan banyak lagi.

Di wet park terdapat Jungle Wave Pool yang memiliki kolam berombak yang terbesar di Malaysia, Adventure River pula adalah di mana anda dapat mengelilingi sungai buatan yang agak panjang dengan menaiki pelampung. Aktiviti-aktiviti lain di wet park ini adalah seperti Sandy Bay, Kids Explorabay, Cliff Racer dan Tube Raiders.

Aktiviti-aktiviti ini mungkin kedengaran agak lasak, namun jangan risau, permainan-permainan ini dibahagikan mengikut kesesuaian umur dan kemampuan pengunjung, jadi datanglah bersama ahli keluarga anda ke sini untuk memberikan mereka pengalaman yang tidak akan dilupakan!

4. Tempat Menarik Di Ipoh: Banjaran Hotspring Retreat

tempat menarik di Ipoh

Anda tak meminati taman tema? Bersantailah bersama alam semula jadi. Banjaran Hotsprings Retreat adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan yang terletak di sebuah lembah 22.7 ekar yang dikelilingi oleh gua-gua batu kapur yang telah wujud lebih 400 juta tahun.

Anda boleh dapatkan pas sehari anda yang akan memberi anda akses kepada semua kemudahan tanpa perlu bermalam di sini, termasuklah mata air panas geoterma, kolam tempat berendam, gua hangat, gua kristal, mandian ais, kolam renang bebas dan banyak lagi.

Bersedialah untuk bergambar dengan latar belakang yang cantik 

5. Kellie’s Castle

tempat menarik di Ipoh

Teruskan pengembaraan anda di Istana Kellie (Kellie’s Castle), sebuah tarikan terkenal Ipoh yang menggabungkan keindahan, misteri dan tragedi.

Walaupun ianya tidak terletak betul-betul di dalam Bandaraya Ipoh, ia masih berbaloi untuk anda lawati kerana jaraknya hanya sekitar 20 km sahaja. Malah, jika anda ingin pulang ke Kuala Lumpur, anda boleh singgah ke Kellie’s Castle terlebih dahulu sebelum memasuki Lebuhraya Utara-Selatan.

Istana ini dibina oleh pemilik ladang Scotland untuk isteri kesayangannya (sama seperti kisah Taj Mahal!) tapi malangnya tak siap dibina selepas dia meninggal dunia. 

Tanah istana ini menjadi sebuah misteri selama bertahun-tahun lamanya, tiga terowong rahsia ditemui dan terdapat kisah seram, dan juga khabar angin penampakan benda ghaib di sini.

6. Tasik Cermin Gunung Rapat

tempat menarik di Ipoh

Tersembunyi di kawasan pergunungan dan dikelilingi oleh gua batu kapur, Tasik Cermin adalah permata yang berharga di Ipoh. Akan tetapi, nak sampai ke sini pun boleh tahan juga ya. Anda kena berhati-hati untuk masuk ke tasik ini.

Terdapat sebuah platform yang tidaklah terlalu besar yang disediakan untuk pengunjung melihat keindahan tasik cermin ini. Memandangkan tasik ini dikelilingi oleh bukit yang menghalang angin, maka permukaan airnya memang sangat tenang serta tidak bergelora.

Sebab itulah, namanya Tasik Cermin kerana ianya seolah-olah anda sedang melihat sebuah cermin yang besar dengan pantulan bukit batu kapur di atas permukaan air. Jalan menuju ke sini juga agak berdebu kerana banyak lori kuari dan ianya bukanlah satu tempat menarik di Ipoh yang dikomersialkan secara meluas. Tasik Cermin ini berdekatan dengan kawasan kuari jadi kalau ke sini, sila berhati-hati.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Wow, 5 Tempat Menarik Di Cameron Highland Ini Wajib Dikunjungi!

Baca juga : Tempat Menarik Di Melaka Yang Wajib Dikunjungi Ketika Bercuti, Paling Best Mesra Keluarga!

Baca juga : 9 Tempat Menarik Di Kundasang Yang Wajib Dikunjungi Bersama Keluarga, Anak Mesti Suka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!