Cameron Highland merupakan salah satu destinasi percutian popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana udaranya yang segar, pemandangan yang indah dan cuaca yang sejuk sepanjang tahun. Anda nak lari daripada kesibukan kota bersama orang tersayang, keluarga atau kawan-kawan? Kami senaraikan tempat menarik di Cameron Highland yang terbaru yang pastinya menyeronokkan!
1. Taman Teh Boh

Taman Teh Boh adalah persinggahakan wajib untuk anda jika berkunjung ke Cameron Highland kerana mempunyai pemandangan paling ikonik di Cameron Highlands dengan menawarkan ladang teh yang terbentang luas. Taman teh ini penuh dengan sejarah dari sejak hampir seabad lalu dan menempatkan kilang teh BOH yang pertama yang mana dibina pada tahun 1930-an. Selain daripada berjalan-jalan di ladang ini, anda juga boleh melawat kilang teh, membeli cenderamata di kedai cenderamata di sini dan hirup teh sambil menikmati pemandangan ladang teh.
2. The Sheep Sanctuary

Kalau di Kundasang Sabah terkenal dengan percutian sejuk ala-ala di New Zealand dan lembunya juga dari sana, tetapi jika anda bercuti ke Cameron Highland juga tidak kurang hebatnya kerana di sana terdapat kambing biri-biri yang diimport khas dari Australia.
Lokasi yang perlu anda tuju untuk merasai pengalaman mengusap bulu kambing biri-biri yang gebu itu adalah dengan berkunjung ke The Sheep Sanctuary.
Di sini terdapat 20 ekor kambing biri-biri jinak yang boleh anda dekati, belai, beri makan, bermain dan kalau geram sangat boleh peluk lembut sambil bergambar kerana kambing biri-biri ini bebas berjalan. Terdapat juga sebuah kafe kecil dengan pemandangan taman ini di mana anda boleh berehat selepas penat berjalan.
3. Cameron Highland Flora Park

Jika anda sukakan bunga, terdapat tarikan yang semakin popular dalan kalangan pengunjung yang bercuti ke Tanah Tinggi Cameron Highland iaitu Cameron Highland Flora Park.
Kepada yang memang suka bergambar, anda boleh masukkan tempat ini dalam senarai anda wajib pergi jika ke Cameron Highland. Anda akan dikelilingi pelbagai bunga yang cantik, spot yang menarik untuk ber OOTD dan disediakan tempat untuk berkelah di dalam kawasan taman bunga.
Setiap sudut taman itu ditanam dengan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni. Harga untuk masuk ke sini agak mahal, jika anda betul mahu masuk gunakan 2 jam yang diberi sebaik mungkin.
4. Kea Farm Market dan Pasar Malam Brinchang

Anda boleh melihat kehidupan warga tempatan di Pasar Ladang Kea (Kea Farm Market), salah satu pasar terbesar di Cameron Highland. Pasar yang popular ini beroperasi pada waktu siang malah tempat terbaik untuk membeli sayur-sayuran segar, buah-buahan, dan pokok bunga.
Manakala kalau anda ingat menikmati snek seperti jagung kukus, aiskrim buatan sendiri dan ubi keledek goreng dan pelbagai jenis perhiasan kecil yang dijual oleh penjual tempatan dan petani anda boleh berkunjung ke Pasar Malam Brincang. Berbanding makan di kedai-kedai yang berhampiran, harga makanan di sini jauh lebih murah.
5. Ladang strawberi

Selain daripada teh dan sayur yang segar, strawberi juga merupakan ikon Cameron Highlands. Cuaca sejuk di tanah tinggi ini menjadikannya tempat yang sempurna untuk menanam strawberi sepanjang tahun, jadi sebab itulah Cameron Highlands penuh dengan ladang strawberi yang luas sama ada di Tanah Rata, Brinchang, mahupun Ladang Kea.
Rasai pengalaman mengutip strawberi yang besar dan berjus, nikmati produk-produk strawberi seperti wafel, aiskrim, biskut, jem, minuman dan banyak lagi! Ladang strawberi popular termasuklah Ladang Strawberi 7, Ladang Strawberi Bukit Raju dan Ladang Strawberi Big Red.
Amat penting untuk kita merancang sebaiknya percutian. Anda digalakkan menginap di tempat penginapan homestay dan hotel Cameron Highland terbaik dan menarik berdekatan tempat menarik yang ingin dikunjungi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : 7 hotel terapung di Malaysia yang romantik, sesuai untuk honeymoon dan bercuti
Baca juga : Pengalaman Glamping di Lost World of Tambun & Tips Bercuti Bersama Anak Kecil
Baca juga : Senarai Tempat Bercuti Di Malaysia Yang Menarik & Menyeronokkan Untuk Seisi Keluarga
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!