X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Senarai Petting Zoo Selangor & Kuala Lumpur, Anak Pasti Seronok Dapat Pegang Haiwan!

4 min bacaan
Senarai Petting Zoo Selangor & Kuala Lumpur, Anak Pasti Seronok Dapat Pegang Haiwan!Senarai Petting Zoo Selangor & Kuala Lumpur, Anak Pasti Seronok Dapat Pegang Haiwan!

Petting zoo Selangor menempatkan pelbagai haiwan comel serta jinak. Anak-anak pasti seronok bila dapat melihat dan memegangnya dengan selamat

Penuhi waktu cuti persekolahan anak-anak nanti dengan melawat beberapa petting zoo Selangor dan Kuala Lumpur. Tempat ini adalah sebuah tempat yang berkonsepkan zoo terbuka yang mana kebanyakan haiwannya dipelihara dan anda dibenarkan untuk memegang haiwan itu sendiri.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Senarai petting zoo di Selangor yang anda boleh kunjungi

Kalau ibu ayah merancang nak bawa anak-anak berjalan di hujung minggu atau musim cuti sekolah, apa kata anda bawa mereka ke petting zoo. Selain memberikan keseronokan, si manja juga dapat belajar mengenali jenis-jenis haiwan dan memegangnya dengan kasih sayang.

Senarai petting zoo Selangor dan Kuala Lumpur yang anda boleh kunjungi

#1. Farm in the City

petting zoo kuala lumpur

Terletak di Sri Kembangan, tempat ini sememangnya merupakan syurga bagi pencinta haiwan. Disinilah anda dan keluarga boleh bermanja dan membelai haiwan-haiwan seperti alpaca, arnab, racoon dan banyak lagi haiwan.

Apa yang menarik sekali di tempat ini adalah berbanding zoo lain yang kebanyakan haiwannya dikurung di dalam sangkar, Farm in the City mengetengahkan konsep interaksi pengunjung secara terus dengan haiwan. Bolehlah anda bawa anak anda bermain dengan haiwan sepuasnya nanti. 

Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

#2. Zoo Negara

mini zoo selangor kl

Siapa yang tidak kenal dengan Zoo Negara! Ia merupakan kediaman bagi 400 haiwan daripada mamalia, reptilia dan banyak lagi.

Terletak di Ampang, Selangor, Zoo Negara bukan hanya sekadar zoo yang menjadi pusat pameran haiwan sahaja.  Malah, ianya turut merupakan pusat kaji selidik dan pemeliharaan serta pemuliharan spesies haiwan yang terancam seperti orangutan, tapir, harimau dan sebagainya. 

Alang-alang dah sampai, jangan lepaskan peluang anda dan keluarga untuk mengunjungi Pusat Pemuliharaan Panda dan melihat gelagat sepasang panda yang comel didatangkan khas dari negeri China.

Alamat: Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor

#3. Sunway Wildlife Zoo

bawa anak zoo

Sunway bukan sahaja terkenal dengan Sunway Pyramid dan taman tema permainan sahaja. Anda juga boleh bawa anak-anak anda melawat Sunway Wildlife Zoo yang terletak di dalam taman tema Sunway Lagoon.

Banyak haiwan yang terdapat di sini. Hampir 150 spesies haiwan boleh dijumpai di Sunway Wildlife Zoo seperti singa putih sehinggalah kepada harimau kumbang dan burung enggang.

Bukan sahaja anda boleh melawat haiwan, anda dan keluarga juga boleh menyaksikan pertunjukan yang disediakan. Menarik, kan? Sambil-sambil bermain taman tema, anda juga boleh berinteraksi dengan haiwan-haiwan.

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.

#4. Lolo Mike’s Eco Farm

petting zoo selangor semenyih

Sekiranya anda ingin keluar daripada kesesakan bandar dan menikmati alam semulajadi, apa kata singgah sebentar di Hulu Selangor dan melawat Lolo Mike’s Eco Farm. Hanya satu jam sahaja dari Kuala Lumpur dan anda boleh meluangkan masa merasai pengalaman berada di dalam ladang eco dengan keindahan semula jadi.

Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan seperti menanam pokok, menoreh getah, bermain dengan ayam, itik dan juga ikan. Kesemuanya memberikan bakal memberikan anda pengalaman seperti berada di ladang dengan menjaga haiwan ternakan. 

Alamat: Lot 201, Jalan Besar, Kampung Pasir, 44000 Kerling, Selangor.

#5. Mini Zoo KL Tower

anak tengok haiwan

foto: im saimatkong

Stories Rakan Kongsi
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!

Harga tiket untuk orang dewasa adalah RM35, manakala kanak-kanak Cuma RM29.

Tempat ini berada di kaki Menara Kuala Lumpur. Mini Zoo KL Tower ini semestinya menjadi kesukaan anak-anak kerana binatangnya boleh dipegang. Ada pelbagai jenis haiwan yang jinak seperti arnab dan guinea pig sampailah ke binatang luar Malaysia macam Llama.

Sudahkah ibu ayah merancang hendak pergi ke mana musim cuti sekolah nanti? Jom pertimbangkan bawa anak-anak ke salah satu petting zoo yang kami kongsikan di atas. Semoga bermanfaat!

Klook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 lokasi di KL untuk pencinta haiwan

Baca juga: Haiwan peliharaan memudaratkan?

Baca juga: 3 manfaat mempunyai binatang peliharaan untuk kanak-kanak di rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Senarai Petting Zoo Selangor & Kuala Lumpur, Anak Pasti Seronok Dapat Pegang Haiwan!
Kongsikan:
  • Kolej Pendidikan YelaoShr (YEC) Beri Peluang Kerjaya Buat Para Wanita Menerusi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Kolej Pendidikan YelaoShr (YEC) Beri Peluang Kerjaya Buat Para Wanita Menerusi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
    Stories Rakan Kongsi

    Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022

  • Harga Barang Naik, Doktor Kongsi Cara Jimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

    Harga Barang Naik, Doktor Kongsi Cara Jimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

app info
get app banner
  • Kolej Pendidikan YelaoShr (YEC) Beri Peluang Kerjaya Buat Para Wanita Menerusi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Kolej Pendidikan YelaoShr (YEC) Beri Peluang Kerjaya Buat Para Wanita Menerusi Program Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
    Stories Rakan Kongsi

    Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022

  • Harga Barang Naik, Doktor Kongsi Cara Jimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

    Harga Barang Naik, Doktor Kongsi Cara Jimatkan Penggunaan Minyak Masak Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.