Nilai boleh diibaratkan sebagai syurga membeli-belah, dari barangan borong hingga jenama terkenal yang memenuhi keperluan dan citarasa. Selain pusat membeli-belah, terdapat banyak lagi tempat menarik di Nilai yang boleh dikunjungi.
15 Tempat Menarik Di Nilai, Negeri Sembilan
1. Nilai 3 Wholesale Centre
Pusat borong terbesar di Malaysia yang menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, perabot, peralatan rumah, dan aksesori. Tempat ini sangat popular untuk mereka yang ingin membeli barangan pada harga borong.
2. Dataran Nilai
Dataran ini merupakan tempat rekreasi yang popular dalam kalangan penduduk tempatan. Ia sering digunakan untuk pelbagai acara seperti konsert, pasar malam, dan festival.
3. Aeon Mall Nilai
Siapa yang tidak suka shopping, kan? Jangan lupa untuk singgah ke Aeon Mall Nilai, sebuah pusat membeli-belah moden yang menawarkan pelbagai kedai, restoran, dan kemudahan hiburan.
4. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Masjid yang cantik dan moden ini adalah tempat ibadah utama di Nilai. Ia terkenal dengan reka bentuk seni bina yang menarik dan sering menjadi tumpuan bagi pelbagai majlis keagamaan.
5. Taman Rekreasi Nilai Impian
Jika anda merancang untuk bersantai bersama keluarga tersayang, bawa anak-anak berkunjung ke taman rekreasi dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan, trek joging, dan kawasan berkelah.
6. Kota Seriemas Golf & Country Club
Padang golf dengan 27 lubang yang cantik dan mencabar ini adalah destinasi popular bagi peminat golf. Tempat ini bukan sahaja mempunyai landskap yang cantik malah dilengkapi dengan kemudahan rekreasi seperti kolam renang dan restoran.
7. Mitsui Outlet Park KLIA Sepang
Tidak jauh dari Nilai, pusat membeli-belah ini menawarkan pelbagai jenama terkenal dengan diskaun hebat sepanjang tahun.
Suasana membeli-belah yang moden dan selesa, dengan kemudahan seperti restoran, kafe, dan taman permainan kanak-kanak.
8. Hutan Lipur Lenggeng
Tempat menarik di Nilai yang seterusnya ialah Hutan Lipur Lenggeng yang terletak di kawasan Hutan Simpan Lenggeng. Anda boleh bermandi-manda atau bersantai sambil menikmati keindahan alam yang semulajadi.
9. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Kampus yang indah dan luas ini menawarkan pemandangan menarik dan merupakan tempat yang terbaik untuk berjalan-jalan dan mengambil gambar.
10. Desa Cempaka Recreational Park
Taman rekreasi yang terletak di kawasan perumahan Desa Cempaka. Ia menawarkan suasana yang tenang dengan pelbagai kemudahan untuk aktiviti luar seperti berbasikal dan berjalan kaki.
11. Jalan Reko Food Street
Jalan Reko Food Street dipenuhi dengan deretan gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa. Jika anda sedang mencari makanan jalanan yang murah tetapi sedap, mungkin ini adalah tempat terbaik untuk dikunjungi.
12. Nilai Square
Selain Nilai 3 Wholesale Centre, Nilai Square turut menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli-belah. Anda boleh temui pelbagai jenis barangan seperti tekstil, karpet, pokok hiasan, langsir dan macam-macam lagi di bawah satu bumbung yang sama.
13. The Parc, Nilai Impian
Pernah dengar ‘taman cermin’? The Parc di Nilai adalah destinasi yang semakin popular bagi mereka yang gemar untuk ‘OOTD’.
Terletak dalam kawasan kediaman perumahan yang moden, The Parc menawarkan pelbagai ciri menarik disusun seperti maze yang menjadikannya tempat berswafoto.
14. National Automobile Museum
Terletak di Sepang, tetapi Cuma mengambil masa selama 17 minit pemanduan dari Nilai. Muzium ini mempamerkan pelbagai jenis model kereta lama dan baharu, pasti peminat automobile sukakannya!
15. Taman Awam, Nilai
Berbeza dengan taman-taman yang lain, Taman Awam ini dilengkapi dengan informasi lengkap tentang pemimpin negara. Sambil beriadah, anda boleh mengambil masa seketika untuk membaca fakta menarik sejarah tanah air.
Semua tempat menarik ini menawarkan pelbagai pengalaman yang sesuai untuk semua peringkat umur dan minat. Setiap tempat di Nilai mempunyai keunikan tersendiri yang pasti dapat memberikan pengalaman yang memuaskan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Lokasi Menarik Untuk Bawa Isteri ‘Babymoon’, Ada Baiknya Untuk Ibu Hamil!
Baca juga: 30 Tempat Menarik Di Melaka Percuma Untuk Seisi Keluarga, Jimat Poket & Berbaloi