X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

30 Tempat Menarik Di Melaka Percuma Untuk Seisi Keluarga, Jimat Poket & Berbaloi

9 min bacaan
30 Tempat Menarik Di Melaka Percuma Untuk Seisi Keluarga, Jimat Poket & Berbaloi

Cuti sekolah bakal tiba tak lama lagi, jom bawa anak-anak bercuti ke tempat menarik di Melaka percuma pasti mereka teruja!

Negeri Melaka sering menjadi destinasi popular bagi pelancong tempatan dan antarabangsa yang ingin menyelami warisan budaya dan merasai keindahan yang menakjubkan. Sebenarnya ada banyak tempat menarik di melaka percuma untuk percutian seisi keluarga.

Selain kaya dengan sejarah, seni bina warisan dan makanan yang lazat, negeri Melaka semestinya menjanjikan pengalaman yang berbeza untuk semua pelancong.

30 Tempat Menarik Di Melaka 

1. Mahkota Parade

Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia.

Mahkota Parade adalah salah satu pusat beli-belah yang terkemuka di Melaka. Terletak di pusat bandar Melaka, Mahkota Parade menawarkan pengalaman membeli-belah yang lengkap dengan pelbagai kedai, restoran, dan hiburan untuk pelawat dari serata tempat.

2. Pantai Klebang

Lokasi: Jalan Klebang Besar, 75200 Melaka

Terletak kira-kira 9 kilometer dari bandar Melaka, Pantai Klebang menawarkan pasir putih yang lembut dan pemandangan laut yang menakjubkan. Pengunjung boleh menikmati aktiviti pantai seperti berjalan-jalan atau bersantai tanpa sebarang kos masuk.

3. Taman Botanikal Melaka

Lokasi: Ayer Keroh, Melaka

Taman Botanikal Melaka adalah sebuah taman botani yang terletak di Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Taman ini menawarkan pelbagai tarikan semula jadi dan kemudahan rekreasi, menjadikannya destinasi popular bagi penduduk tempatan dan pelancong.

4. Hutan Rekreasi Sungai Udang

Antara salah satu destinasi ekopelancongan yang menarik di negeri ini. Ia menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi dan kemudahan yang sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi.

5. Pantai Tanjung Bidara

Alamat: Pantai Tanjung Bidara, Kampung Tanjung Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Pantai Tanjung Bidara merupakan destinasi pantai yang popular di Melaka yang menawarkan keindahan semulajadi yang menakjubkan dan pelbagai aktiviti rekreasi untuk pengunjung. 

6. Pantai Pengkalan Balak

Tempat menarik di Melaka percuma yang seterusnya ialah Pantai Pengkalan Balak terkenal dengan keindahan semulajadi dan suasana yang tenang. Sesuai untuk menikmati aktiviti santai seperti berkelah, berenang dan memancing.

7. Kubu Kota A’Famosa

Lokasi: Jalan Parameswara, 78000 Alor Gajah, Melaka

Terletak di tengah-tengah bandar Melaka, sisa-sisa Kota A Famosa merupakan simbol sejarah penting negeri ini. Anda dan seisi keluarga boleh menikmati pemandangan bandar Melaka dari atas bukit di sini tanpa sebarang yuran masuk.

8. Gereja St. Paul

Lokasi: Bandar Hilir, 75000 Melaka

Bukit St. Paul adalah sebuah bukit yang mempunyai sejarah yang kaya, terletak di Bandar Hilir. Pengunjung boleh menaiki tangga menuju ke puncak bukit dan melawati gereja lama yang terletak di sana tanpa perlu membayar yuran.

9. Masjid Selat Melaka

Lokasi: Pulau Melaka, 75000 Melaka

Masjid Selat Melaka juga dikenali sebagai Masjid Selat, adalah satu-satunya masjid di Malaysia yang terletak di sebuah pulau buatan manusia. Masjid ini adalah satu-satunya masjid yang dibina di tengah-tengah selat laut, yang menyebabkan ia mempunyai pemandangan yang menakjubkan dan menjadi tarikan unik di Melaka

10. Makam Hang Jebat

Lokasi: Jalan Kampung Kuli, 75200 Melaka

Makam Hang Jebat merupakan tempat peristirahatan terakhir bagi seorang pendekar yang terkenal, di samping Hang Tuah, dalam kalangan lima pahlawan legenda Melaka. Hang Jebat dikenali sebagai pendekar yang sangat mahir dan terkenal.

Namun, kisah tragis menyelimutinya, apabila dia terbunuh dalam pertarungan yang berlarutan selama tiga hari dan tiga malam dengan Hang Tuah, demi menjaga maruah dan kehormatan.

11. Taman Rekreasi Ayer Keroh

Lokasi: Taman Rekreasi Ayer Keroh, Ayer Keroh, Melaka

Taman rekreasi ini terletak di Ayer Keroh dan menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi termasuk padang permainan, trek berbasikal, dan taman permainan air. Pengunjung boleh menikmati aktiviti-aktiviti ini tanpa perlu membayar yuran masuk.

12. Perigi Hang Tuah, Jambatan Duyung

Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka, Malaysia. Sejarahnya bermula dengan hubungan erat dengan Hang Tuah, seorang pahlawan ternama di Nusantara semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 – 1511).

Hang Tuah, yang dilahirkan di Kampung Duyong, dipercayai menggali perigi ini dengan tangannya sendiri untuk kegunaannya.

Pada mulanya, perigi ini kecil, tetapi seiring berjalannya waktu, ia menjadi semakin besar dan dalam. Perigi ini dikenali kerana dikatakan tidak pernah kering, bahkan semasa musim kemarau yang panjang sekalipun. Airnya sentiasa jernih dan dipercayai memiliki sifat penyembuhan bagi penyakit-penyakit tertentu.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

13. Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Padang Kemunting

Lokasi: Padang Kemunting, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Pusat Informasi Penyu di Padang Kemunting adalah pusat pemuliharaan untuk Penyu Belimbing (Eretmochelys Imbricata) yang merupakan salah satu penyu paling cantik di dunia. Penyu ini dipanggil ‘belimbing’ kerana mulutnya yang unik menyerupai burung helang.

Pondok inkubator pusat ini boleh menampung antara 300 hingga 600 sarang telur penyu semasa setiap musim bertelur. Setiap sarang adalah 45cm dalam dan telur penyu biasanya mengambil masa kira-kira 60 hari untuk menetas.

Apabila menetas, anak penyu laut akan dilepaskan ke laut. Apabila mereka matang, penyu biasanya akan kembali ke pantai tempat kelahiran mereka.

14. The Stadthyus

Lokasi: Dataran The Stadthyus

The Stadthyus atau dikenali sebagai Bangunan Merah merupakan antara bangunan bersejarah yang terletak di Bandaraya Melaka, Malaysia.

Bangunan ini dibina pada tahun 1650 oleh Belanda dan merupakan contoh seni bina kolonial Belanda yang tertua di Asia Tenggara.

15. The Orang Utan House

Lokasi: 59 Lorong Hang Jebat, Melaka

The Orang Utan House, terletak hanya 1 km dari pusat bandar, adalah sebuah galeri seni unik yang menampilkan lukisan dan karya seni yang berkaitan dengan Orang Utan.

Tempat ini menawarkan pengalaman budaya yang unik, yang memperkaya pemahaman kita tentang seni dan pentingannya dalam mempromosikan kesedaran tentang kehidupan liar. Bagi pengunjung yang ingin menikmati koleksi galeri sepenuhnya, waktu terbaik untuk mengunjungi adalah siang hari ketika galeri dibuka.

16. Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN

Lokasi: Lebuh Ayer Keroh, Ayer Keroh, Melaka

Taman ini terletak di Ayer Keroh dan mempamerkan replika rumah tradisional dari setiap negeri di Malaysia dan beberapa negara ASEAN. Anda dan seisi keluarga boleh mengunjungi taman ini dan mengetahui lebih lanjut tentang kepelbagaian budaya di rantau ini tanpa sebarang bayaran masuk.

17. Masjid Tengkera Melaka

Lokasi: Terletak di Tengkera tidak  jauh dari pusat bandar

Masjid Tengkera menonjol dengan seni bina tradisional Melayu dan mencerminkan pengaruh Cina yang kuat. Temapt ini sering menjadi tarikan pelancong yang ingin mendalami sejarah dan kebudayaan Islam di Melaka.

18. Muzium Kastam Melaka

Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.

Muzium Jabatan Kastam Diraja Malaysia terletak hanya bersebelahan dengan Muzium Samudera & Jeti Melaka River Cruise di Bandaraya Melaka. Sambil menunggu giliran naik cruise bolehlah masuk ke dalam lihat pameran menarik.

19. Muzium Seni Bina Malaysia

Lokasi: Jalan Kota, Bandar Hilir

Bagi yang berminat untuk membawa anak berkunjung ke tempat bersejarah, boleh pergi ke muzium ini untuk mempelajari dan memahami evolusi seni bina Malaysia dari zaman prasejarah hingga era moden.

Muzium ini sering mengadakan pameran sementara, bengkel, dan aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai tentang seni bina dan warisan budaya Melaka.

20. Bukit China

Lokasi: Bukit China, 75100 Melaka

Bukit China merupakan kawasan yang bersejarah dan mempunyai kubur-kubur bersejarah serta taman permainan. Pengunjung boleh menikmati pemandangan indah bandar Melaka dari atas bukit ini tanpa perlu membayar yuran.

21. Muzium Rakyat

Lokasi: Jalan Kota, 75000 Melaka

Terletak di dalam Rumah Merah yang bersejarah, Muzium Rakyat adalah tempat yang baik untuk mempelajari sejarah dan warisan Melaka. Pengunjung boleh melawat muzium ini tanpa perlu membayar bayaran masuk.

22. Taman Botani Melaka

Lokasi: Lebuh Ayer Keroh, Ayer Keroh, Melaka

Taman botani ini terletak di Ayer Keroh dan merupakan destinasi yang sempurna untuk bersantai sambil menikmati alam semula jadi. Pengunjung boleh menikmati landskap yang hijau, taman air, dan banyak lagi tanpa sebarang bayaran.

23. Taman Hang Tuah

Lokasi: Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka

Taman ini terletak berhampiran dengan Jambatan Hang Tuah dan menawarkan ruang terbuka untuk bersantai dan menikmati udara segar. Pengunjung boleh menikmati suasana taman yang hijau tanpa perlu membayar yuran masuk.

24. Taman Seribu Bunga Merdeka

Lokasi: Jln Merdeka, Banda Hilir, 

Terletak berhampiran dengan Stadium Hang Jebat, Taman Bunga Merdeka menawarkan landskap yang indah dengan pelbagai jenis bunga yang menakjubkan. Pengunjung boleh menikmati suasana taman ini tanpa sebarang bayaran.

25. Pantai Puteri

Pantai Puteri, yang terletak kira-kira 15 km dari bandar, menyajikan keindahan alam semula jadi dengan pasir putih yang lembut dan menenangkan.

Selain itu, untuk mereka yang mencari keseronokan, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti jet ski yang boleh dinikmati.

26. Dutch Square

Lokasi: Pusat Bandar Melaka

Dutch Square Melaka, juga dikenali sebagai Dataran Belanda, adalah sebuah tempat bersejarah yang terletak di bandar Melaka, Malaysia.

Anda dan keluarga boleh menaiki beca berhias yang dihiasi dengan warna-warna terang dan muzik, membeli cenderahati di kedai-kedai berdekatan, atau menikmati makanan tempatan di restoran-restoran sekitar.

27. Jambatan Hang Tuah

Lokasi: Jambatan Hang Tuah, Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka

Jambatan Hang Tuah menghubungkan Bandar Hilir dan Bandaraya Melaka. Pengunjung boleh berjalan di atas jambatan ini dan menikmati pemandangan indah Sungai Melaka secara percuma.

28. Jonker Street

Lokasi: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Terletak di pusat bandar Melaka, Jonker Street adalah jalan bersejarah yang terkenal dengan pasar malamnya yang meriah. Pengunjung boleh melihat pelbagai barangan antik, makanan tempatan, dan seni jalanan tanpa perlu membayar apa-apa.

29. Muzium Warisan Baba & Nyonya

Lokasi: Bandar Melaka

Muzium ini dibuka secara percuma kepada umum untuk mempamerkan budaya dan warisan komuniti Baba dan Nyonya, yang juga dikenali sebagai Peranakan Cina.

30. Kampung Morten Melaka

Lokasi: Kampung Morten, 75300 Melaka

Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional Melayu yang terletak berhampiran dengan bandar Melaka. Pengunjung boleh berjalan-jalan di sekitar kampung ini dan melihat rumah-rumah tradisional Melayu tanpa sebarang bayaran.

Rasanya anda mungkin perlu menginap satu malam di sini kerana terdapat banyak lagi tempat menarik di Melaka percuma dan sesuai untuk anda dan keluarga

Rancang sebaik mungkin perjalanan pergi dan balik dengan mengambil kira faktor penting seperti lokasi, masa dan waktu yang sesuai supaya segalanya berjalan dengan lancar dan menepati bajet yang diperuntukkan untuk percutian kali ini.

traveloka

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 35 Tempat Menarik & Aktiviti Best Di KL Untuk Keluarga

Baca juga: 25 Tempat Menarik Di Melaka Untuk Healing Atau Family Day (2024

Baca juga: 25 Tempat Menarik Di Ipoh, Wajib Kunjung Musim Cuti Sekolah Ini! Banyak Tempat Menarik OOTD

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 30 Tempat Menarik Di Melaka Percuma Untuk Seisi Keluarga, Jimat Poket & Berbaloi
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham