Melaka yang terkenal dengan becanya terletak hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Merupakan sebuah negeri yang penuh dengan sejarah sehingga disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO, bahkan peninggalan bersejarahnya masih dapat dilihat sehingga kini. Sebagai sebuah destinasi pelancongan terkenal di Malaysia, kami senaraikan tempat menarik di Melaka untuk percutian anda sekeluarga.
1. Jonker Walk

Nak rasa makanan enak dan unik di Melaka? Anda harus pergi ke Jonker Walk yang merupakan deretan kedai-kedai kecil seperti bazar yang menawarkan pelbagai jualan terutamanya aneka makanan. Setiap gerai mempunyai variasi makanan yang berbeza dan ini pasti akan membuatkan anda ingin merasai setiap makanan yang dijual setiap gerai. Selain makanan, pelbagai barangan kraf dan cenderamata juga boleh dibeli di sini. Walaupun anda perlu berjalan di sepanjang Jonker Walk ini, tapi memandangkan anda akan dikelilingi oleh makanan, anda pasti takkan penat!
2. Skytrex Adventure Melaka

Anda mahu bebaskan adrenalin dan berpeluh semasa bercuti? Anda boleh ke Skytrex Adventure Melaka, sebuah taman pengembaraan yang penuh dengan cabaran termasuklah Skybike yang pertama di Malaysia, Buaian Terjun Lelabah Tarzan, luncur keluang dan banyak lagi! Anda boleh memilih tahap kesukaran yang sesuai untuk semua peringkat usia dan tahap stamina, bahkan ada juga untuk kanak-kanak. Aktiviti ini sesuai untuk percutian beramai-ramai bersama kawan-kawan atau keluarga.
3. A’Famosa Safari Wonderland

Jika anda seorang pencinta haiwan, singgahlah ke A’Famosa Safari Wonderland, yang terletakdalam Resort A’Famosa. Dekati zirafah, harimau, flamingo, monyet, tupai dan banyak lagi di zoo gaya safari yang luas ini! Selain daripada ada pelbagai jenis haiwan di sini, jadual harian safari ini penuh dengan pelbagai persembahan haiwan, waktu memberi makan dan persembahan yang menarik. Bagi mereka yang bercuti dengan keluarga dan anak-anak, anda wajib kunjungi zoo ini.
4. Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Jika anda peminat sejarah dan dalam mood untuk melihat lokasi-lokasi bersejarah di Melaka, anda boleh ke Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Muzium ini antara lokasi tarikan pertama di Melaka ketika ia mula berkembang menjadi sebuah destinasi pelancongan. Istana yang dipamerkan di sini dibina pada tahun 1984 dan di dalamnya, anda akan dapat pelajari tentang adat istiadat Kesultanan Melayu Melaka, peristiwa-peristiwa penting yang berlaku, tokoh-tokoh terhebat pada waktu itu dan banyak lagi.
5. Menara Taming Sari

Anda mahukan pemandangan panoramik kota bersejarah dari puncak? Jom ke kabin kaca dan naik ke puncak Menara Taming Sari, sebuah menara giro ikonik dengan balai cerap berputar di ketinggian 110m. Anda boleh melihat pemandangan kota ini secara 360 darjah dan tempat-tempat ikonik seperti Pulau Melaka, Muzium Samudera, Sungai Melaka dan banyak lagi dari puncak ini.
6. Muzium Warisan Baba & Nyonya

Muzium Warisan Baba & Nyonya yang cantik ini adalah salah satu rumah Peranakan Pra-Perang Dunia Kedua di Melaka. Terletak berdekatan dengan Jonker Street, bangunan ini adalah kediaman kepada empat generasi keluarga tempatan dan kini dijadikan muzium rumah. Beli saja tiket masuk atau tempah lawatan anda supaya anda boleh melihat jubin lukisan tangan, perabot klasik dan artifak yang pasti akan membawa anda kembali ke zaman dahulu.
7. The Stadthuys

Mereka yang melawati Melaka pasti tidak akan terlepas daripada melihat The Stadthuys, iaitu bangunan yang berwarna merah ketika ingin menuju ke Bandar Hilir. Ini antara tempat menarik di Bandar Hilir Melaka. The Stadthuys merupakan tapak bersejarah terpenting di Melaka selain daripada tapak-tapak lain yang turut memberi kepentingan kepada sejarah Melaka. Anda juga boleh menaiki beca di sini dan bersiar-siar sekitar bandar Melaka.
8. Sungai Melaka

Seterusnya, singgahlah ke Sungai Melaka yang mengalir melalui kota ini dan sebab kenapa Melaka digelar “Venice Timur” pada masa dahulu. Sekarang, ia dikelilingi kedai-kedai kecil, rumah, kafe, restoran dan bangunan bersama lukisan dan seni jalanan. Anda boleh menaiki River Cruise untuk menikmati pemandangan sungai yang indah atau makan angin di sungai ini.
9. Pantai Klebang

Pantai Klebang antara pantai yang terkenal dan diketahui ramai apabila mengunjungi Melaka. Kawasan daratannya yang luas membolehkan anda berkhemah dan melakukan aktiviti-aktiviti pantai bersama-sama. Ramai pengunjung tempatan dan dari luar negeri dan luar negara berkunjung ke pantai ini untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di lautan yang luas.
10. Kota A Famosa

Kota A Famosa merupakan lokasi yang ikonik di Melaka. Hampir semua orang yang melawatinya akan tahu kewujudan Kota A Famosa. Ia merupakan kubu perang peninggalan zaman penjajahan Portugis sekitar 1511. Kubu ini digunakan oleh tentera Portugis ketika menentang penduduk Melaka ketika itu. Banyak nilai sejarah yang dapat dilihat di Kota A Famosa dan anda harus melawatinya.
Walaupun negeri Melaka ini kecil, tapi banyak rupanya aktiviti menarik yang boleh anda lakukan, tak kiralah anda travel secara bersendirian, berkumpulan atau dengan sanak-saudara.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : 9 Tempat Percutian Di Perak Yang Menarik & Wajib Dikunjungi Seisi Keluarga
Baca juga : Wow, 5 Tempat Menarik Di Cameron Highland Ini Wajib Dikunjungi!
Baca juga : Tempat Menarik Di Kuala Lumpur, Percuma Pula Tu, Boleh Bawa Keluarga Di Hujung Minggu!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!