25+ Tempat Menarik Di Penang: Destinasi Best Yang Wajib Dilawati Bersama Tersayang!

Tempat menarik di Penang ini wajib anda seisi keluarga lawati kerana ia pasti menjanjikan pengalaman menarik untuk anda seisi keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pulau Pinang terkenal syurga makanan, lokasi yang menarik serta pantai yang indah dan menjadi pilihan orang ramai. Jika anda merancang untuk bercuti di sini, ini beberapa tempat menarik di Penang. 

Tempat Menarik Di Penang

Berikut adalah beberapa tempat menarik di Penang:

1. Bukit Bendera

Tempat menarik di Penang yang menjadi pilihan orang ramai adalah Bukit Bendera. Jika dahulu suasana puncaknya agak bosan namun kini terdapat tarikan baharu iaitu The Habitat yang terletak di puncak Bukit Bendera.

Dikelilingi dengan hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun, pengunjung dapat menikmati pemandangan 360 darjah seluruh pulau tersebut. Selain tumbuhan yang liar, and juga dapat melihat haiwan serta reptilia kecil.

2. Pasar Chowrasta

Diketahui sebagai antara pasar tertua di Malaysia, tempat ini dinamakan sempena bahasa Urdu yang bermaksud persimpangan jalan.

Manakala, istilah chowk pula membawa erti pasar jalanan dalam bahasa Hindi. Di pasar dua tingkat ini, pengunjung boleh membeli pelbagai barang-barangan tempatan seperti cenderahati, aksesori, dan banyak lagi. 

3. ESCAPE Theme Park

Tempat terletaknya gelongsor air paling panjang di dunia, sepanjang 1,111 meter, ESCAPE Theme Park wajib dikunjungi. Luangkan masa seharian dengan menikmati lebih 30 aktiviti menerujakan di Taman Adventureplay dan Taman Waterplay.

4. Entopia by Penang Butterfly Farm

Taman ini mempunyai lebih 15,000 ekor rama-rama. Pengunjung juga boleh ke Restoran Tapestree yang menyajikan pelbagai makanan. Harga tiket dewasa ialah RM49 dan RM29 untuk kanak-kanak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. The Top Rainbow Skywalk

Tempat menarik di Penang seterusnya adalah The Top Rainbow Skywalk.

Ia menawarkan pemandangan menakjubkan seluruh bandar Georgetown. Dengan pelantar berjalan kaki yang diperbuat daripada kaca, ia merupakan antara tempat menarik di Penang.

6. Pantai Batu Ferringhi

Anak-anak anda boleh bermain di pantai, terbangkan layang-layang, bina istana pasir atau cuba sukan air yang ditawarkan di sini, daripada jet ski kepada paralayar, bot pisang dan banyak lagi. Anda boleh menginap di pantai Batu Ferringhi kerana terdapat pelbagai hotel dan chalet dengan harga yang berpatutan.

7. Avatar Secret Garden

Alami dunia ajaib pada waktu malam di Avatar Secret Garden Penang. Terletak di belakang Tokong Thai Pak Koong, taman ini diubah menjadi destinasi fantasi yang menawan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Chew Jetty, Lim Jetty & Tan Jetty

Di hujung Pengkalan Weld Pulau Pinang, ada beberapa jeti yang menjadi tarikan tepi bagan unik yang penting dalam sejarah pulau ini. Anda boleh berjalan di atas laluan kayu dan menikmati suasana kehidupan penduduk tempatan yang masih tinggal di rumah kayu di atas air. 

9. Cheong Fatt Tze Mansion

Rumah agam yang berwarna biru nila ini dibina dengan campuran unik elemen rekaan Timur dan barat dan menjadikannya lebih menonjol daripada bangunan di sekeliling.

10. Pantai Monyet                   

Sebelum ini, pantai ini dikenali sebagai Teluk Duyung namun disebabkan terdapat banyak monyet di sini namanya ditukar kepada Pantai Monyet. Selain menikmati pemandangan laut, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti menunggang kuda, berkelah, menaiki ATV, menaiki Banana Speed dan banyaj lagi.

11. Penang Street Art

Bagi peminat seni, anda wajib mengunjungi tempat ini. Terdapat banyak lukisan mural kreatif dan menarik untuk dilihat. Salah satu mural yang terkenal di tempat ini adalah mural Little Girl on A Bycyle yang memaparkan dua kanak-kanak perempuan menaiki basikal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

12. Padang Kota Lama

Padang Kota Lama juga antara salah satu tempat menarik di Penang.

Kawasan bersejarah ini pernah digunakan sebagai padang perbarisan dan padang permainan dan dibina oleh Penjajah British. Pelancong yang datang ke padang ini bersantai pada petang hari sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di tepi pantai.

13. Taman Negara Pulau Pinang

Taman ini menjadi pilihan semua pelancong tidak kira pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. Ini kerana taman ini mempunyai keindahan alam seperti pantai berpasir, pantai berbatu, paya bakau serta hutan hujan tropika.

14. Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut

Terletak di Taman Negara Pulau Pinang, pusat konservasi ini merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan.Tempat ini terletak di kawasan perairan dan mengandungi dua jeni air iaitu air tawar dan air laut. Disamping itu, ia juga merupakan pendaratan bagi penyu untuk bertelur.

15. Taman Botanikal Penang

Taman ini mengandungi lebih daripada 10,000 spesies tumbuhan dan turut menjadi tempat tinggal bagi beberapa jenis haiwan seperti kera, lutong, tenggiling dan kura-kura. Anda boleh meneroka pelbagai jenis bunga dan koleksi anggerik di dalam orchidarium dan juga menikmati air terjun kecil di Taman Air Terjun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

16. Masjid Kapitan Keling

Selain menjadi tempat ibadah, masjid yang dibina pada tahun 1801 ini telah diiktiraf sebagi masjid tertua di Pulau Pinang dengan usia lebih daripada 200 tahun.

17. Tokong Ular

Apa yang menariknya bagi tokong ini, mereka menyimpan ular yalur dan ia ditempatkan di rak-rak khusus yang disediakan di dalam kuil ini. Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana ular-ular ini adalah haiwan nokturnal. Mereka tidak aktif dan hanya tidur pada waktu siang. Oleh itu, ia tidak berbahaya selagi tidak disentuh atau diganggu.

18. Little India

Tempat menarik di Penang seterusnya adalah Little India. Little India merupakan kawasan perkampungan yang diberikan kepada pendatang daripda India. Di tempat ini, penduduknya melakukan pelbagai kegiatan seperti perdagangan.

19. Kilang Batik Penang

 Tak cukup dengan membeli batik sahaja, anda juga boleh melihat bagaimana batik disediakan secara langsung.

20. Saneen Goat Farm

Bagi yang berkeluarga pula, anda boleh melawat ladang ini untuk memberikan pengalaman terbaik buat anak anda. Bukan hanya kanak-kanak, orang dewasa juga pasti gembira untuk datang ke tempat ini. Seperti namanya, ladang ini merupakan ladang ternakan bagi kambing yang berasal dari Switzerland.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

21. Pasar Malam Batu Feringgi

Selain daripada makanan, pasar malam ini turut menjual cenderahati seperti bag, dompet dan keychain.

22. Tech Dome Penang

Tempat ini sememangnya menarik kerana anak anda boleh menerokai dunia sains secara santai dan menyeronokkan. Terdapat 150 pameran di tujuh galeri yang berkaitan dengan sains dan teknologi yang disediakan di Tech Dome Penang. 

23. The Dark Mansion

Bagi mereka yang kurang berminat dengan aktiviti luar, anda boleh melawat ke Dark Mansion dan luangkan masa melihat lukisan 2D berubah menjadi ilusi optik 3D.

24. TeddyVille Museum

Tempat ini merupakan muzium bagi anak patung beruang dan ia merupakan yang pertama dan terbesar di Malaysia. Selain meluangkan masa dengan patung beruang, anda juga boleh mempelajari sejarah pembuatan anak patung yang mencecah ribuan ringgit serta anak patung berusia lebih 100 tahun.

25. Wonderfood Museum Penang

Tempat menarik di Penang yang lain adalah Wonderfood Museum Penang. Ia memaparkan replika makanan nasional. Sekali pandang memang nampak seperti makanan sebenar.

26. Penang 3D Trick Art Museum

Muzium ini menawarkan seni jalanan yang realistik dan interaktif. Anda boleh datang ke tempat ini bersama keluarga atau rakan anda dan ambil gambar bersama mana-mana karya seni yang dipamerkan.

Apa yang menarik ialah karya ini berada dalam bentuk 3D dan membuatkan seperti anda berada di dalam lukisan itu sendiri.

27. Straits Quay Marina Mall

Luangkan masa anda bersama keluarga dengan membeli belah di pusat beli-belah ini sambil menikmati pemandangan indah di pelabuhan marina selain menyediakan kemudahan seperti kedai dan restoran.

28. Penang Boutique Aquarium

Bagi peminat hidupan laut, anda boleh menikmati keindahan itu di Penang Boutique Aquarium secara langsung. Akuarium ini menjadi tempat tinggal untuk pelbagai jenis hidupan laut termasuk ikan warna-warni dan terumbu karang.

29.Armenian Street

Jalan Armenia di Pulau Pinang merupakan lorong bersejarah yang terkenal dengan jalanan dan tarikan kebudayaan yang unik. Ia terletak di Georgetown, tempat yang diiktiraf sebagai kawasan Warisan Dunia UNESCO dan jalan ini dipenuhi dengan seni mural yang kreatif yang menghiasi dinding bangunan.

30. Penang House Of Music

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan budaya yang unik di Pulau Pinang, anda boleh melawat Penang House of Music yang mana ia memaparkan dan merayakan warisan muzik negeri ini. Terletak di kompleks KOMTAR, tempat ini memainkan peranan penting dalam menyelidik dan mempopularkan sejarah muzik di Pulau Pinang.

Tempat Makan Menarik Di Penang

Berikut adalah beberapa tempat makan menarik di Pulau Pinang yang anda boleh kunjungi selain daripada tempat menarik di Penang. 

1.Gurney Drive Hawker Centre

Pusat makanan jalanan yang terkenal di tepi laut dengan pelbagai pilihan makanan seperti char kway teow, rojak, dan banyak lagi.

2.Nasi Kandar Line Clear

Salah satu tempat terkenal untuk mencuba nasi kandar, hidangan khas India-Muslim yang popular di Pulau Pinang.

3.Suffolk House Restaurant

Terletak di sebuah bangunan bersejarah, menyajikan masakan antarabangsa dengan nuansa klasik yang elegan.

4.Kimberley Street (Kafe Pinggiran Kimberley)

Terkenal dengan gerai makanan jalanan yang menyajikan makanan seperti laksa, cendol, dan banyak lagi pada waktu malam.

5.Pasembur Padang Brown

Tempat yang bagus untuk mencuba pasembur, hidangan yang mirip dengan rojak yang terdiri dari sayuran dan seafood.

6.Restoran Kapitan

Menyajikan masakan India yang lazat, termasuk roti nan, tandoori, dan kari.

7.Kebun Bistro

Terletak di Bukit Bendera, menawarkan pemandangan yang spektakuler sambil menikmati hidangan barat dan tempatan.

8.Tropical Spice Garden Cafe

Menawarkan makanan yang sihat dengan pemandangan taman rempah yang indah.

9. Mee Goreng Sotong Hameed Pata

Tempat terkenal untuk mencuba mee goreng sotong yang lazat dengan pilihan rasa.

10.Kafe Roti Bakar Hutton Lane

Menyajikan roti bakar dengan kaya dan telur setengah masak, disertakan dengan kopi O klasik.

11.Deen Maju Nasi Kandar

Tempat yang ramai dikunjungi untuk mencicipi nasi kandar yang lazat dengan pelbagai lauk.

Tips Bercuti Di Penang

Berikut adalah beberapa tips untuk bercuti di Pulau Pinang yang mungkin berguna untuk anda:

1.Pilih Lokasi Penginapan Strategik

Georgetown adalah pusat budaya dan sejarah Pulau Pinang, sementara Pantai Batu Ferringhi menawarkan pantai yang indah. Pilih lokasi penginapan yang sesuai dengan minat dan keperluan Anda.

2.Jelajahi Budaya Dan Sejarah

Teroka jalan-jalan di George Town yang bersejarah dengan seni jalanan, bangunan warisan, dan muzium seperti Muzium Penang dan Pinang Peranakan Mansion.

3.Cuba Makanan Tempatan

Pulau Pinang terkenal dengan makanan jalanan yang lazat. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba char koay teow, asam laksa, nasi kandar, cendol, dan banyak lagi di tempat-tempat seperti Gurney Drive Hawker Centre atau Pasar Malam Ayer Itam.

4.Kunjungi Tempat Menarik

Selain jalan-jalan di George Town, kunjungi tempat-tempat menarik seperti Kek Lok Si Temple, Bukit Bendera, atau Tropical Spice Garden. Nikmati pemandangan dari atas Bukit Bendera menggunakan kereta kabel.

5.Nikmati Aktiviti Luar

Pulau Pinang menawarkan pelbagai aktiviti luar seperti mandi di Pantai Batu Ferringhi, bermain air di ESCAPE Theme Park, atau berjalan-jalan di Taman Botani Pulau Pinang.

6.Bawa Pulang Ole-ole Khas Pulau Pinang

Jangan lupa membawa pulang beberapa oleh-oleh khas seperti jeruk, kopi O, atau belacan untuk mengingati percutian anda di Pulau Pinang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 10 Tempat Menarik Di Melaka Untuk Percutian Keluarga

Baca juga : 13 tempat menarik di Langkawi – parents wajib bawa anak ke sini!

Baca juga : Tak Jauh Dari Kuala Lumpur, 6 Tempat Menarik Di Ipoh Ini Wajib Dikunjungi

Penulis

Anis