Senarai Tempat Menarik Di Selangor 2022, Paling Best & Viral Sesuai Untuk Family Outing!

Tempat menarik di Selangor 2022 sangat sesuai untuk anda bawa keluarga bersantai ketika hujung minggu ataupun musim cuti sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat banyak tempat menarik di Selangor 2022 yang boleh anda kunjungi bersama seisi keluarga. Ia merupakan sebuah negeri yang cukup unik dan menjadi destinasi percutian lengkap kerana mampu memenuhi 'selera' pengunjung.

Bermula dari keseronokan di taman tema, dapat mendekati haiwan serta mengunjungi ladang buah-buahan, pastinya anda tidak akan bosan bercuti ke Selangor. Malah, mungkin akan repeat lagi ke negeri ini!

Tempat menarik di Selangor 2022: Taman tema air

#1. Big Bucket Splash, Gamuda Garden

Big Bucket Splash sangat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga! Terdapat empat gelongsor besar, kolam cetek sesuai untuk kanak-kanak kecil dan pistol air.

Ia terletak di Rawang, lokasi strategik di tarikan permainan air bertemakan hutan hujan Gamuda Gardens yang meliputi tanah seluas 1,000 kaki persegi dengan gelongsor yang menjulang tinggi, kolam mandi cetek, baldi hujan dan banyak lagi.

#2. Riverine Splash @ Amverton Cove

Ia terletak di Pulau Carey. Bukan sahaja taman tema air, malah di sini juga terdapat taman tema berhalangan yang diberi nama Survival Park @ Amverton Cove.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laman web mereka, kedua-dua taman tema berkenaan berkonsepkan etnik masyarakat orang asli yang sememangnya popular dan menjadi tarikan di Pulau Carey.

Tarikan paling menarik di Taman Tema ini adalah Gelongsor Anaconda dan juga Rimba River. Sekurang-kurangnya, 5 jam diperlukan untuk merasai kepuasan mandi-manda disini.

#3. Wet World Water Park

Ia menjadi salah satu tempat menarik di Shah Alam yang perlu dikunjungi seisi keluarga. Ia beroperasi sejak 1996 lagi dan menjanjikan keseronokan kepada pengunjung, lebih-lebih lagi pada si kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara tarikan popular yang boleh dicuba cuba ialah Super Hurricane, Monsoon Buster, Thunder River dan Kiddy Typoon Lagoon.

#4. Msekin Wonderland 

Ia menjadi tarikan baharu di Sekinchan yang memang sesuai untuk family getaway. Anak-anak pasti akan suka bermandi-manda di sini kerana terdapat 10 jenis kolam yang pelbagai saiz membuatkan mereka tak senang duduk!

Selain tu ada juga ATV, trampoline, basikal elektrik, restoran ikan bakar dan juga gerai menjual produk tempatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tempat untuk melihat haiwan di Selangor

#5. Farm In The City

foto: nadyaarahman

Taman haiwan ataupun petting zoo yang terletak di kawasan bandar di Seri Kembangan. Ia amat terkenal bukan sahaja kerana mempunyai banyak binatang menarik, malah konsep tarikan haiwan yang terdapat di sini juga agak berlainan dari kebanyakan zoo.

Menariknya, pengunjung dapat berinteraksi & memberi makan pada haiwan seperti kura-kura gergasi, kambing dari Switzerland, raccoon, iguana, prairie dog, arnab, kuda padi dan  banyak lagi.

#6. Ostrich Wonderland Semenyih

foto: jes one stop

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi yang mencari idea pada hujung minggu untuk berjalan-jalan di Selangor bersama anak-anak, apa kata bawa mereka ke Semenyih untuk melihat burung unta dengan lebih dekat. Selain burung unta yang menjadi tarikan utama di Taman Burung Unta ini, terdapat juga haiwan menarik lain seperti keldai, arnab, ayam api, kuda padi & sebagainya.

Selain melihat burung unta dengan lebih dekat, anda juga boleh mencuba menguji kekuatan sebiji telur burung unta yang ada di sini dengan berdiri di atasnya.

#7. 99 Wonderland Park di Batu Caves

Ia harus menjadi pilihan anda ketika ingin berjalan-jalan di Selangor. Di sini, tarikan utama ialah pameran haiwan-haiwan yang pelbagai seperti di dalam zoo iaitu tapir dan burung merak. Kalau nak bagi makan ada juga beberapa haiwan yang ada dibenarkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, terdapat juga pameran dinasour seperti Jurrasic Park dimana anda boleh melihat patung-patung T-Rex dan dinasour-dinasour lain.

Melawat dan menikmati pemandangan di ladang buah Selangor

#8. HL Dragon Fruit Eco Farm, Sepang

foto: menarik di central

Lawatan ke HL Dragon Fruit ECO Farm sememangnya memberikan pengalaman baru dan menarik buat anda serta anak-anak.

Di sini, pengunjung berpeluang melawat kawasan ladang buah naga, melihat bagaimana pokok buah naga ditanam. Menariknya, kafe di sini  menawarkan pelbagai produk dan menu makanan berasaskan buah naga sebagai bahan utama.

Antara yang wajib anda cuba adalah HL Jumbo Curry Chicken Dragon Fruit Bun. Ia adalah roti berbentuk bulat, dipotong dengan cara unik, kemudiannya di bahagian dalam terdapatnya kari ayam. 

#9. Saudagar Nanas Agro Farm

foto: surgaroute

Antara tempat menarik di Selangor untuk tahun 2022 adalah Saudagar Nanas Agro Farm. Ia terletak di Sungai Merab, Bangi dan berdekatan dengan Putrajaya.

Di sini ada pelbagai jenis spesies nenas ditanam seperti Morris dan nenas Sarawak.

Untuk datang ladang nanas ini, kami nasihatkan seawal 7 pagi bagi mengelakkan berlakunya kesesakan pengunjung. Perkara menarik di sini adalah anda boleh menikmati pemandangan dengan udara yang segar sambil merasai pelbagai makanan berasaskan buah nanas segar seperti air nanas, jem nanas, kek nenas, nasi goreng nenas dan lain-lain.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Tempat Makan Menarik Di Cameron Highland, 'Hidden Gems' Yang Wajib Dikunjungi!

Baca juga: 10 Tempat Berkelah Mesra Keluarga, Sesuai Bawa Isteri & Anak-Anak Cuti Hujung Minggu

Baca juga:  10 Tempat Menarik Di KL Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Wajib Pergi Cuti Sekolah Ini!