Senarai tempat sejuk di Malaysia yang sesuai untuk anda bercuti bersama keluarga
#1. Cameron Highland, Pahang
Bersuhukan antara 10°C hingga 20°C, jangan lupa bawa sweater ataupun pakaian tebal sewaktu datang ke sini. Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini. Antaranya anda boleh menikmati teh panas di ladang teh, memakan dan memetik strawberi di ladang strawberi sambil menikmati aiskrim atau membuat lawatan ke taman rama-rama.
#2. Kundasang, Sabah
Ingin menikmati pemandangan gunung dan bukit bukau dengan lembu ternakan seperti di Switzerland? Anda perlu berkunjung ke Kundasang, Sabah dan melawat tempat Desa Cattle Dairy Farm yang merupakan tempat pengeluar produk hasil tenusu utama di Borneo.
Tempat ini juga telah menghasilkan anggaran 60,000 liter susu segar dihasilkan setiap bulan.
Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan 12 kilometer dari pekan Ranau dan terkenal dengan pasar sayur yang dibuka tujuh hari seminggu. Suasana disini cukup nyaman dan sejuk, sesuai untuk anda bawa keluarga anda ke sini.
#3. Fraser Hill, Pahang
Anda juga boleh melawati bukit Fraser atau Fraser Hill di Pahang. Hanya 2 jam lebih sahaja dari Kuala Lumpur, anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmati tempat sejuk. Tanda mercu di Fraser Hill tentulah jam yang berada di tengah-tengah pekan. Bolehlah anda berswafoto disitu.
Jangan lepaskan peluang anda untuk melawat The Paddock Fraser Hill, Bird Interpretive Centre, Allen’s Water, Air Terjun Jeriau, Hemmant Trail Fraser Hill, Taman Flora Bukit Fraser, Twin Peak Pine Tree Hill, Taman Rekreasi Bukit Fraser, dan Menara Jam Bukit Fraser.
#4. Bukit Tinggi, Pahang
Hanya 60 minit sahaja dari Kuala Lumpur, anda boleh bercuti bersama keluarga di Bukit Tinggi, Pahang. Lagi-lagi jika anda suka bergambar, Bukit Tinggi pasti memukau anda.
Malah terdapat banyak perkampungan dan penginapan yang cantik disini. Apa yang menarik adalah perkampungan bertemakan Perancis, Japanese Village, dan restoran makanan antarabangsa yang menarik. Bolehlah anda bawa keluarga menginap disini dan mengambil gambar.
#5. Bukit Bendera, Pulau Pinang
Alang-alang dah berada di Pulau Pinang, apa kata bawa keluarga singgah ke Bukit Bendera untuk menikmati aiskrim, pemandangan Pulau Pinang dan udara yang lebih sejuk berbanding tempat-tempat yang berhampiran dengan pantai.
Itu sahaja perkongsian kami kali ini. Jika anda seorang yang sukakan aktiviti lasak atau sukakan keindahan alam semulajadi, anda juga boleh mengunjungi tempat-tempat sejuk lain seperti Gunung Kinabalu, Gunung Jerai, Bukit Broga dan sebagainya.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda.
kredit gambar: petit go, libur
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Senarai Tempat Bercuti Di Malaysia Yang Menarik & Menyeronokkan Untuk Seisi Keluarga
Baca juga: Buat Masa Ini Elakkan Bawa Anak Bawah 12 Tahun Ke Tempat Awam, Elak Jangkitan HFMD