Doktor Ini Ingatkan Tiada Istilah 'Accident', Jaga Tempoh Pantang Bersalin Czer Dan Jarak Hamil Seterusnya

Tempoh pantang bersalin Czer seharusnya dijarakkan sekurang-kurangnya dua tahun dengan menggunakan kaedah merancang yang betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak salah sekiranya anda dan pasangan menginginkan zuriat yang ramai namun keputusan menjaga jarak kehamilan harus mendapat kesepakatan bersama suami isteri lebih-lebih lagi jika anda bersalin secara pembedahan dan tempoh pantang bersalin Czer seharusnya dijarakkan sekurang-kurangnya dua tahun.

Hal ini kerana jarak hamil setelah bersalin Czer bukan saja mempengaruhi jarak usia anak, malah lebih teruk lagi dapat memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan ibu dan bayi yang lahir nanti.

Selain menjamin kesihatan optimum bagi wanita, ia juga bertujuan meminimumkan risiko dan komplikasi semasa proses bersalin dan atas sebab-sebab tersebut, World Health Organization (WHO) juga menyarankan tempoh jarak kehamilan paling baik adalah selama 2 tahun.

Guna kaedah kawalan kelahiran yang betul untuk tempoh pantang bersalin Czer

Pakar Perubatan Seksual & Reproduktif, Obstetrik, Ginekologi & Kesuburan, Dr Muhammad Izzat dalam satu postingnya di Twitter berkongsi kepada netizen ‘special case’ yang diterima di kliniknya semalam.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurutnya, seorang wanita datang untuk pengesahan dan tarikh kehamilan di kliniknya dan apa yang mengejutkan wanita itu baru sahaja bersalin 4 bulan yang lepas melalui pembedahan caesar yang dilakukan secara kecemasan.

“Darah nifas saya 3 minggu saja Dr, lepas kering and mandi wajib, ada la sekali ‘bersama’ without any protection. Tup tup period tak dtg sampai skang. Rasa lain macam dgn badan, saya pun check laa UPT. Positive. Berderau darah saya!”

Dr. Izzat mengingatkan pasangan suami isteri untuk menggunakan kaedah kawalan kelahiran yang betul sebelum meneruskan aktiviti seksual pertama anda selepas bersalin terutamanya bagi menjaga tempoh pantang bersalin Czer.

Katanya, tiada istilah ‘accident’ dalam situasi sebegini dan digalakkan untuk menjarakkan tempoh kehamilan antara 2 hingga 3 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menggugurkan bukan jalan munasabah

Tambahnya lagi menjawab soalan dari netizen bagaimana untuk meneruskan kehamilan tersebut sama ada perlu digugurkan atau tidak, beliau berkata tiada alasan munasabah untuk menggugurkan kehamilan dalam kes tersebut.

Ujarnya, menggugurkan kehamilan atas sebab bukan obstetrik, memerlukan penglibatan pelbagai disiplin iaitu kaunselor, ahli psikologi, pakar psikiatri untuk penilaian kesihatan mental, dengan mengambil kira pelbagai faktor barulah ia dibenarkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Anda boleh meneruskan kehamilan seperti biasa. Cuma cara kaunseling bersalin dari tempoh 34 hingga 36 minggu kehamilan perlu dibincangkan secara menyeluruh dengan pesakit dengan mengutamakan bahagian c-section (ERCS) ulangan elektif, bagi mengurangkan risiko dinding rahim terkoyak semasa bersalin,” ujarnya lagi.

Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada ibu-ibu yang sedang berkira-kira untuk merancang kehamilan seterusnya.

Di samping itu suami dan isteri juga perlu meningkatkan pengetahuan dalam soal merancang keluarga dan juga bersedia menerima kehamilan dengan hati terbuka kerana persediaan ibu bapa ini mampu menjadikan proses kehamilan dan kelahiran lebih lancar dan tenang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Dr.Muhammad Izzat

Baca juga : 10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Czer, Terbukti Anda Ibu Yang Berani…

Baca juga : Ambil Tahu Apa Maksud Bersalin Czer & Perbezaan Bersalin Normal VS Czer

Baca juga : Seks Selepas Bersalin Caesar, Ambil Masa Selama Yang Anda Mahu, Persedian Emosi & Fizikal Itu Penting

Penulis

Nursyamimi