TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Idea Untuk Dating Dengan Pasangan Tanpa Anak-Anak

4 min bacaan
Idea Untuk Dating Dengan Pasangan Tanpa Anak-Anak

Temujanji atau 'date' bersama pasangan sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri. Tidak semestinya di tempat-tempat istimewa, mungkin saja temujanji dilakukan di rumah, tanpa atau ketika bersama anak-anak. Bacalah tentang keperluan dan tip bertemujanji.

Bagaimana nak dating dengan pasangan bila sudah ada anak?

Temujanji atau ‘date’ bersama pasangan adalah satu elemen penting dalam rumahtangga.

Ini bukanlah bermakna anak-anak harus disingkirkan seperti anggapan sesetengah orang tentang ‘dating’, tetapi ianya lebih kepada masa untuk dihabiskan bersama walaupun sekejap.

Ia memberi ruang untuk pasangan meluah perihal masing-masing serta bertukar kata-kata cinta.

Sama ada suami atau isteri, masing-masing perlu untuk tahu bahawa disebalik kesibukan sehari-hari, mereka sentiasa dalam ingatan dan mereka diperlukan.

Idea Untuk Dating Dengan Pasangan Tanpa Anak-Anak

Seperti kata-kata David Code, pakar pembimbing rumahtangga dan keluarga, untuk mendapatkan anak-anak yang ceria, beri perhatian kepada perkahwinan anda berdua. Inilah formula ‘win-win’ antara perkahwinan dan anak-anak.

Dalam satu tinjauan yang dibuat tentang perkataan ‘date’, beberapa pasangan mendefinasikannya sebagai berikut:
• masa yang diperuntukkan bersama di luar rutin harian
• keluar bersama pasangan dalam dua jam atau lebih
• masa bersama berdua di mana-mana pada bila-bila masa
• sekurang-kurangnya satu jam masa ‘bersih’ … tanpa telefon, anak-anak, manusia lain, rungutan, kerisauan dan realiti
• masa bersendirian untuk memberi konsentrasi terhadap pasangan

Temujanji tidak semestinya dilakukan di tempat-tempat yang istimewa seperti restauran atau hotel, walaupun hal demikian tiada salahnya.

Apa sahaja yang dirasakan sesuai dan dipersetujui serta dapat menambah keceriaan dalam kehidupan berumahtangga, mungkin juga tanpa perlu meninggalkan rumah atau ketika anak-anak telah masuk tidur.

Bagi mereka yang perlukan masa bersama tanpa anak-anak, anda boleh ikuti panduan berikut:

• Persetujuan bersama: sebelum merancang, capai persetujuan yang anda berdua memerlukan masa berjauhan daripada anak-anak. Ini dapat membantu idea untuk ‘date’ berdua dan mendapatkan komitmen.
• Penjaga anak-anak: anda boleh tumpangkan anak-anak di rumah ibubapa, saudara atau rakan-rakan anda yang mana anak-anak mereka adalah rakan anak-anak anda untuk masa bermain bersama. Boleh juga dapatkan khidmat penjaga luar atau anak dewasa
• Pesanan untuk penjaga: tinggalkan pesanan tentang setiap anak-anak anda jika ada terutama tentang kesihatan mereka. Antaranya termasuk di mana pakaian mereka, alergi dan nombor kecemasan
• Anak-anak: jadikanlah masa mereka berjauhan dengan anda sebagai masa yang mengujakan. Jika mereka sangat rapat dengan datuk dan nenek atau sepupu, katakan yang mereka akan dikunjungi orang yang mereka rapat itu. Sediakan aktiviti di luar rutin mereka seperti menonton filem kegemaran.
• Jadual: pastikan anda pilih hari dan masa di mana anda berdua serta penjaga mencapai persetujuan dan dapat memberi komitmen dalam beberapa jam. Elakkan masa yang terlalu jauh kehadapan kerana pelbagai kemungkinan yang anda tidak dapat jangkakan mungkin akan mula muncul apabila hari tersebut semakin hampir.
• Cuaca: Jika anda merancang untuk berada di kawasan lapang, perhatikan ramalan cuaca. Mungkin tidak tepat, namun ia dapat membantu memilih tempat dan aktiviti yang ingin dilakukan bersama.
• Belanjawan: apa jua perancangan, pastikan ianya berada dalam belanjawan anda. Mungkin memerlukan belanja lebih atau tanpa sesen pun. Apapun juga pastikan ianya menggembirakan dan mampu dilakukan berdua.
• Tempahan: jika temujanji anda memerlukan tempahan, buatlah tempahan awal. Jangan pergi tanpa membuat tempahan kerana ia mungkin mengecewakan.
• Hadiah: sekadar menambah keceriaan, anda mungkin mahu sediakan sesuatu yang istimewa sebagai hadiah untuk pasangan. Dapatkan idea hadiah dalam artikel menyemarakkan cinta suami isteri yang lalu.

Pertimbangkan juga pelbagai cadangan ‘date’ seperti di bawah:

Di rumah:
• Membersih kawasan rumah
• Cuci pinggan bersama selepas makan
• Memasak menu kegemaran atau resepi baru
• Memahami al-Quran atau hadith
• Memerhatikan langit malam beserta minuman panas dan snek
• Membaca buku kegemaran
• Menilik gambar-gambar lama
• Makan tengahari di rumah berdua di hari bekerja, jika masa mengizinkan
• Menonton filem kegemaran dalam bilik tidur
• Duduk bersebelahan sambil menonton TV bersama anak-anak
• Melipat baju sambil bercerita tentang hari masing-masing

Di luar rumah:
• Bersiar-siar dengan kereta ataupun bas
• Berbasikal berdua sebelum sarapan pagi
• Keluar membeli sarapan untuk dibawa pulang berdua
• Mengikuti kelas-kelas agama
• Mengikuti kursus keibubapaan atau rumahtangga
• Mengikuti program sukarelawan seperti memberi makan golongan geladangan
• Berjalan-jalan di kawasan perumahan
• Bersukan seperti badminton atau jogging
• Window shopping atau membeli barangan keperluan mingguan
• Bawakan makan tengahari untuk pasangan di pejabat
• Duduk bersebelahan ketika keluar bersama keluarga

Rujukan:

Make a standing date with your spouse
Why You Need to Date Your Spouse
Finding Quality Time with Your Spouse: A Survey REAL Ideas from REAL People that Have REALLY Tried Them and REALLY Work
How to Prepare the Date Night Without the Kids
Dating Your Spouse: Planning an evening on the town – no kids
Weekly dating ideas

Kongsikan pandangan anda tentang topik ini di ruangan komen di bawah. 🙂

Stories Rakan Kongsi
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Why Knowing Where Your Milk Comes From Is So Important
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Help Your Children Grow as Their Age
Help Your Children Grow as Their Age
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Manisah Ngalim

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Idea Untuk Dating Dengan Pasangan Tanpa Anak-Anak
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham