Sediakan Satu Termometer Di Rumah Untuk Periksa Suhu Badan Anak, Ini 8 Jenis Termometer Terbaik Di Pasaran!

Terdapat pelbagai jenis termometer suhu yang dijual di pasaran. Ibu ayah perlu hati-hati memilih alat wajib ada dalam rumah ini supaya ia tidak membahayakan

Kadang-kadang, tanpa sebab badan anak boleh terasa sejuk atau bahang. Tidak pasti sama ada demam atau pun tidak, maka termometer suhu menjadi salah satu alat yang wajib disediakan di dalam rumah, Terdapat pelbagai jenis termometer dijual di pasaran.

Terutamanya bagi ibu ayah yang mempunyai anak kecil, termometer amat penting dalam memantau suhu badan si manja. Lebih-lebih lagi pada tahun pandemik ini menjadi zaman serangan pelbagai penyakit baharu. 

Jenis Termometer

Termometer gelas merkuri pernah sekali menjadi pilihan utama ramai yang mengisi ruang kabinet ubatan di rumah. Hari ini, jenis termometer merkuri tidak lagi disyorkan kerana ia boleh pecah dan membolehkan merkuri mengewap dan dihidu. Apabila memilih termometer, pertimbangkan pilihan ini:

  • Termometer digital – Jenis termometer ini menggunakan penderia haba elektronik untuk merekod suhu badan. Ia boleh digunakan di dalam rektum, mulut, atau ketiak. Suhu ketiak adalah tipikalnya yang paling kurang tepat di antara tiga bahagian tersebut.
  •  Termometer telinga digital (membran timpani) – Jenis termometer ini menggunakan pengimbas inframerah untuk mengukur suhu di dalam lubang telinga. Sentiasa ingat yang tahi telinga atau lubang telinga yang kecil atau berlekuk boleh mengganggu ketepatan bacaan suhu telinga.
  • Termometer arteri temporal – Jenis termometer ini menggunakan pengimbas infrared untuk mengukur suhu arteri temporal pada dahi. Termometer jenis ini boleh digunakan biarpun anak anda sedang tidur.

8 Jenis Termometer Suhu Terbaik Di Pasaran

Dalam hal ini, ibu ayah perlu memastikan produk dipilih benar-benar selamat dan elakkan alat yang mempunyai bahan berbahaya seperti merkuri. Berikut kami senaraikan beberapa termometer suhu sebagai panduan anda:

Termometer Suhu Terbaik
MEDEXPRO Digital Basal Thermometer 2 Digit Decimal High Precision Body Temperature Reading
Termometer Suhu Terbaik Dengan 2 Digital Decimal Bacaan Ketepatan Tinggi
Beli di Shopee
Non-Contact Infrared Thermometer Digital Body Forehead Temperature
Termometer Suhu Terbaik Tanpa Sentuhan
Beli di Shopee
Cofoe Digital LCD Thermometer Fever Thermometer Body Temperature
Termometer Suhu Terbaik Paling Pantas
Beli di Lazada
YUWELL YT312/313 LED Electric Thermometer Oral & Armpit Digital Thermometer
Termometer Suhu Terbaik Untuk Kegunaan Di Rumah
Beli di Shopee
B.Well Flexi-tips Digital Themometer
Termometer Suhu Terbaik Tip Hujung Fleksibel
Beli di Shopee
OMRON TH839S Ear Thermometer MC-523
Termometer Suhu Terbaik Dengan Rekaan Ergonomik
Beli di Shopee
Autumnz Infrared Forehead Thermometer
Termometer Suhu Terbaik Sesuai Untuk Semua Umur
Beli di Shopee

MEDEXPRO Digital Basal Thermometer 2 Digit Decimal High Precision Body Temperature Reading

Termometer Suhu Terbaik Dengan 2 Digital Decimal Bacaan Ketepatan Tinggi

Termometer Medexpro menawarkan bacaan suhu yang selamat dan boleh dipercayai. Satu isyarat bip yang boleh didengar yang menyempurnakan proses bacaan pabila kemuncak suhu dicapai. Satu penggera demam automatik akan kedengaran apabila suhu mencapai 37.8 darjah celsius atau lebih. 

Bacaan terakhir adalah secara automatik akan disimpan di dalam memori, membolehkan pengguna dengan mudah untuk mengesan tahap suhu mereka. Ciri-ciri praktikal automatik tutup membolehkan bateri bertahan lebih lama.

Apa yang kami suka:

  • Bacaan ketepatan tinggi (0.01 titik perpuluhan)
  • Skrin bacaan yang besar, jelas 
  • Memori untuk bacaan terakhir
  • Boleh digunakan pada mulut, ketiak dan rektum
  • Baca ultra sensitif
  • Auto padam dalam masa 10 minit
  • Material gred perubatan
  • Tiada merkuri
  • Leher boleh bengkok, Penggera demam

Non-Contact Infrared Thermometer Digital Body Forehead Temperature

Termometer Suhu Terbaik Tanpa Sentuhan

Termometer ini sememangnya menjadi pilihan ramai sekarang ini kerana penggunaannya yang lebih mudah dan bacaan suhu yang tepat. Malah ia memudahkan proses pengambilan suhu bagi kanak-kanak. 

Apa yang kami suka:

  • Pelbagai penggunaan: 0-100 darjah celsius rangkaian lebih luas, tidak hanya untuk memeriksa suhu tubuh tetapi juga untuk suhu bilik, objek, suhu, makanan, air mandian, dan sebagainya
  • Backlight tiga warna: hijau backlight untuk suhu badan normal, oren menunjukkan demam rendah, merah menunjukkan demam tinggi
  • Tiga kunci fungsi, tetapan pelbagai
  • Satu mesin dual penggunaan, satu butang mod tukar, menukar °C kepada °F
  • Skrin LCD digital yang besar
  • Penderiaan suhu inframerah tanpa sinaran

Biocare Infrared Thermometer Non-contact Forehead Thermometer

Termometer Suhu Terbaik Infrared

Termometer infrared tubuh badan manusia tanpa sentuhan ini direka untuk mengukur suhu badan seseorang, dan suhu bilik tidak memberi kesan pada bacaan. Kerana jenis kulit dan ketebalan kulit, boleh jadi ada perbezaan suhu. 

Apabila suhu dalam bangunan adalah secara terang berbeza, termometer infrared sepatutnya diletakkan di dalam bilik selama 15 ke 20 minit lebih awal.

Apa yang kami suka:

  • Mengukur suhu badan manusia tanpa sentuhan
  • Tidak terkesan bacaannya akibat suhu bilik
  • Mudah untuk memeriksa suhu kanak-kanak

Cofoe Digital LCD Thermometer Fever Thermometer Body Temperature

Termometer Suhu Terbaik Paling Pantas

Cofoe Digital LCD Termometer ini boleh digunakan untuk memeriksa suhu badan menerusi pemeriksaan pada bahagian ketiak, mulut dan rektum. Ia dapat mengukur suhu badan dengan lebih cepat. Malah ia juga mempunyai sistem tutup semula secara automatik selepas 8 minit dan 40 saat demi ketahanan bateri yang lebih lama.

Apa yang kami suka:

  • Pelbagai kaedah ujian: ketiak, mulut dan rektum
  • Mengukur suhu badan dengan lebih cepat
  • Sistem padan dengan sendirinya selepas 8 minit dan 40 saat
  • Fungsi memori
  • Pengesan suhu kalis air
  • Tiada merkuri dan bacaan yang efektif

YUWELL YT312/313 LED Electric Thermometer Oral & Armpit Digital Thermometer

Termometer Suhu Terbaik Untuk Kegunaan Di Rumah

Termometer untuk kegunaan di rumah jenama Yuwell YT318 ini mempunyai kualiti medikal, yang mana hadir dengan penggera. Ia boleh mengesan suhu badan bayi apabila digunakan untuk mulut dan ketiak. Bahkan, ia juga direka dengan fungsi penggera demam.

Apa yang kami suka:

  • Bergred medikal
  • Hadir dengan bunyi bip
  • Boleh membaca suhu badan menerusi pemeriksaan di mulut dan ketiak
  • Mempunyai fungsi penggera demam
  • Kepala yang fleksibel

B.Well Flexi-tips Digital Themometer

Termometer Suhu Terbaik Tip Hujung Fleksibel

Ia merupakan termometer digital yang mempunyai tip hujung yang fleksibel. Dengan hanya 30 saat, ia dapat mengesan suhu badan yang tepat dan cepat. Malah ia juga dihasilkan dengan ketahanan kalis air. Ia diperbuat daripada bahan yang selamat, yang mana termometer diperbuat daripada plastik dan kandungannya bebas merkuri atau gelas.

Apa yang kami suka:

  • Termometer digital, tip fleksibel
  • Kalis air
  • 30 saat pengambilan suhu; Cepat dan bacaan yang tepat
  • Diperbuat daripada material yang selamat; Termometer diperbuat daripada plastik yang selamat dan bebas merkuri atau gelas
  • Mempunyai panel anti skid – selesa untuk dipegang
  • Kalis air – Termometer ini sememangnya kalis air sepenuhnya
  • Mempamerkan bacaan suhu yang paling terkini
  • Sesuai untuk kegunaan di rumah dan secara profesional

OMRON TH839S Ear Thermometer MC-523

Termometer Suhu Terbaik Dengan Rekaan Ergonomik

Omron adalah jenama yang sangat dipercayai dalam pengukuran suhu yang sering digunakan di rumah dan hospital sama kerana ketepatan, ketahanan, kemudahan penggunaan dan keselesaannya yang terbukti.

Termometer Telinga Omron TH839S menyediakan pengukuran suhu yang lembut untuk bayi dan kanak-kanak kecil malah rekaan ergonomiknya memudahkan ibu ayah memegang sambil mengukur suhu anak.

Apa yang kami suka:

  • C / F boleh dipilih –
  • Pengukuran pantas dalam 1 saat
  • Penggera demam dengan Beeper
  • 9 set memori
  • Reka bentuk ergonomik untuk pengendalian mudah
  • Penutup disediakan atas faktor hygine

Autumnz Infrared Forehead Thermometer

Termometer Suhu Terbaik Sesuai Untuk Semua Umur

Direka untuk mengukur suhu dahi menggunakan Mod Dahi Tanpa mengganggu tidur bayi. Juga boleh digunakan untuk mengukur suhu permukaan objek dengan hanya bertukar kepada Mod Objek.

Termometer akan menghasilkan satu bunyi bip panjang diikuti dengan tiga bunyi bip pendek jika termometer mengesan suhu badan >= 37.8°C dan bacaan pantas dalam masa 3 saat dengan bunyi bip terakhir apabila pengukuran selesai.

Apa yang kami suka:

  • Paparan digital dalam Celcius (°C) dan Fareheit (°F) dan dengan bacaan dalam kenaikan +/- 0.1°C / 0.2°F
  • Kalis air dan mudah dibersihkan
  • Skrin jumbo dengan paparan LCD
  • Penunjuk suhu : Didatangkan dengan ikon muka gembira dan sedih, mewakili keadaan suhu badan yang berbeza (T)
  • 10 set memori setiap satu untuk ukuran dahi dan objek, untuk membolehkan perbandingan hasil dari semasa ke semasa
  • Kuasa automatik dimatikan jika dibiarkan melahu selama lebih daripada 1 minit

Perbandingan Harga Jenis Termometer Terbaik

Jenama Harga (RM)
MEDEXPRO Digital Basal Thermometer 2 Digit Decimal High Precision Body Temperature Reading RM24.50
Non-Contact Infrared Thermometer Digital Body Forehead Temperature Termometer RM42.90
Biocare Infrared Thermometer Non-contact Forehead Thermometer RM49.90
Cofoe Digital LCD Thermometer Fever Thermometer Body Temperature RM8.63
YUWELL YT312/313 LED Electric Thermometer Oral & Armpit Digital Thermometer RM23.00
B.Well Flexi-tips Digital Themometer RM10.00
OMRON TH839S Ear Thermometer MC-523 RM225.00
Autumnz Infrared Forehead Thermometer RM113.30

Kenapa perlukan memeriksa suhu badan?

Memeriksa suhu tubuh dengan satu termometer adalah satu cara mudah untuk melihat jika anak anda demam atau pun tidak. Demam, yang mana merupakan peningkatan suhu badan, biasanya disebabkan oleh jangkitan. Biarpun demam boleh jadi tidak menyelesakan, ia merupakan satu tanda yang tubuh kita sedang berlawan dengan jangkitan tersebut.

Terdapat banyak jenis termometer yang anda boleh gunakan untuk memeriksa suhu. Apabila menggunakan apa sahaja jenis termometer, pastikan anda baca dan ikuti panduan yang hadir dengan termometer tersebut. Jika termometer anda menggunakan bateri, periksanya. Anda pasti akan perasan yang bateri lemah memberikan bacaan yang tidak konsisten.

Apakah suhu normal manusia?

Suhu normal tubuh adalah sekitar 36.5 darjah celsius. Suhu normal biasanya berbeza-beza dari 1/2 ke 1 darjah celsius. Suhu normal biasanya rendah pada waktu pagi dan meningkat pada waktu siang. Ia mencapai yang tertinggi pada lewat tengah hari atau petang.

Apakah suhu yang dianggap sebagai demam?

Untuk orang dewasa, demam dianggap sebagai suhu dengan 37.5 darjah celsius dan ke atas. Manakala bagi kanak-kanak adalah seperti berikut:

  • Mempunyai bacaan suhu menerusi rektum, telinga atau arteri temporal 38 darjah celsius atau lebih
  • Mempunyai suhu mulut 37.8 darjah celsius atau lebih tinggi
  • Mempunyai suhu ketiak 37.2 darjah celsisu atau lebih tinggi

Sentiasa ingat yang mana suhu ketiak boleh jadi tidak tepat. Jika anda berasa ragu-ragu akan bacaan suhu ketiak, gunakan kaedah lain untuk mengesahkan keputusan itu. 

Pada amnya, hubungi doktor anak anda jika:

  • Anak anda adalah lebih muda daripada usia 3 bulan dan mempunyai bacaan suhu rektum  38 darjah celsius atau lebih tinggi
  • Anak anda berusia 3 ke 6 bulan dan mempunyai suhu badan lebih 38.9 darjah celsius dan kelihatan meragam yang luar biasa, lesu atau tidak selesa, atau mempunyai suhu lebih tinggi daripada 38.9 darjah celsius
  • Anak anda berusia 6 ke 24 bulan dan mempunyai suhu lebih tinggi daripada 38.9 darjah celsius yang berlanjutan lebih lama daripada satu hari tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda. Jika anak anda mempunyai tanda lain, seperti sejuk, batuk, atau cirit-birit, anda mungkin patut hubungi doktor anak anda dengan secepatnya berdasarkan keterukkan tanda lain itu.

Panduan Mengukur Suhu Berdasarkan Usia Anak Dengan Jenis Termometer

Jenis termometer terbaik – atau tempat yang paling bagus untuk memasukkan termometer, dalam sesetengah kes – bergantung pada usia anak anda.

  • Baru lahir ke 3 bulan. Gunakan termometer digital biasa untuk mengambil suhu rektum. Kajian terbaru mencadangkan yang termometer arteri temporal juga boleh jadi menyediakan bacaan yang tepat pada bayi yang baru lahir.
  • 3 bulan ke 4 tahun. Pada rangkaian usia ini anda boleh gunakan termometer digital untuk mengambil bacaan suhu rektum atau ketiak atau anda boleh gunakan termometer arteri temporal. Walaubagaimanapun, tunggu sehingga bayi anda sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menggunakan termometer digital telinga. Jika anda menggunakan termometer jenis lain untuk mengambil suhu anak kecil dan anda ragu-ragu akan hasilnya, ambil suhu rektum.
  • 4 tahun dan lebih. Pada usia 4 tahun, kebanyakkan kanak-kanak boleh memegang termometer digital di bawah lidahnya untuk jangka masa yang pendek untuk mengambil bacaan suhu mulut. Anda juga boleh menggunakan termometer digital untuk mengambil suhu ketiak, atau gunakan termometer arteri temporal atau termometer digital telinga.

Tips Mengurangkan Panas Demam Pada Anak

Suhu yang meningkat sedikit pada bayi yang lebih usia daripada 3 bulan mungkin tidak perlu lawatan bertemu doktor dengan segera. Anda boleh cuba merawat demamnya di rumah dengan kaedah ini:

1. Acetaminophen

Jika anak anda berusia lebih daripada 3 bulan, anda boleh menawarkan mereka dengan acetaminophen (Tylenol) kanak-kanak dengan amaun yang selamat untuk mereka. Dos biasanya berdasarkan berat mereka. Doktor anda mungkin akan mencadangkan untuk menimbang berat bayi anda jika mereka belum memeriksa berat mereka berikutan tumbesaran bayi yang cepat.

Jika bayi anda tidak selesa atau meragam akibat demamnya, anda mungkin tidak perlu untuk memberikan mereka sebarang ubat. Untuk demam tinggi atau simptom lain yang membuatkan bayi tidak selesa, ubatan boleh membantu mereka merasa lega secara sementara.

2. Sesuaikan pakaian mereka

Pakaikan bayi anda dengan pakaian yang ringan dan gunakan hanya sehelai atau selimut nipis untuk memastikan mereka selesa dan sejuk. Memakaikan mereka dengan pakaian yang tebal mungkin dapat mengganggu tubuh mereka untuk melakukan proses cooling down secara semula jadi.

3. Turunkan suhu

Pastikan rumah anda dan bilik bayi dalam keadaan dingin. Ini dapat membantu mencegah mereka daripada terlalu panas.

4. Berikan mereka mandian air suam panas

Cuba gunakan span lembab dan gosok pada tubuh bayi anda dengan air suam. (Suhu air sepatutnya berasa suam, tidak panas, pada sentuhan bahagian dalam lengan anda). Kekalkan pemerhatian dengan kerap sewaktu mandi untuk memastikan keselamatannya di dalam air.

Elak guna air sejuk, berikutan ini boleh membawa kepada masalah gigil, yang mana meningkatkan suhu mereka. Keringkan tubuh bayi anda dengan segera selepas mandi dan pakaikan mereka pakaian yang nipis.

5. Tawar cecair

Dehidrasi adalah komplikasi masuk akal untuk demam. Tawar mereka dengan cecair secara kerap (susu badan atau formula) dan pastikan bayi anda mempunyai air mata ketika menangis, mulut yang lembap, dan lampin yang kerap basah. 

Hubungi pejabat doktor anda untuk bincangkan cara dalam memastikan anak anda sentiasa cukup hidrat jika ini menjadi kebimbangan buat anda.

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Suhu Normal Bayi & Cara Betul Untuk Sukat Suhu Badan Jika Anda Rasa Mereka Demam

Baca juga: Kepala Bayi Panas, Ini 7 Tanda Bahaya Ibu Ayah Perlu Waspada & Jangan Berlengah

Baca juga: Suhu Badan Normal Bagi Bayi Baru Lahir, Jika Melebihi Nilai Ini Ibu Ayah Patut Risau!

Penulis

Farhana Fuad