Umur Setahun Pun Boleh Tersedak Susu! Ibu Fobia Tersedar Dari Tidur Lihat Anak Kaku & Bibir Biru

Kejadian tersedak susu rupanya bukan hanya boleh terjadi pada bayi di bawah enam bulan, tetapi yang sudah berumur atas setahun pun ada risiko!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malang tidak berbau. Itulah yang mungkin boleh dikaitkan dengan kisah wanita ini yang mana anak tersedak susu di bawah jagaannya sendiri. Mujur tiada yang serius berlaku.

Mengakui fobia dengan apa yang dialaminya wanita ini, Zuraini Awang berkongsi pengalamannya sebagai iktibar kepada ibu bapa lain supaya tidak ambil mudah walaupun anak bukan bayi bawah enam bulan.

Mujur anak perempuannya, Fatimah berjaya diselamatkan apabila wanita itu tertidur tersedar sesuatu yang pelik berlaku pada anaknya. 

Budah setahun tersedak susu 

kredit: sihatmalaysia

Kami kongsikan cerita wanita ini yang dikongsikan di laman Facebook sebagai ingatan untuk semua ibu bapa di luar sana agar berhati-hati ketika menyusukan anak.

Allah hu akhbar Fatimah hampir2
hilang nyawa jam 4 pagi..
Tersedak susu..

Allah maha besar dah selamatkan fatimah
Allah kejut kan ibu dan papa 
Allah bagi ibu peluang ke2 untuk bersama Fatimah 
Terima kasih ya Allah 

Minum susu ibu bukan susu botol

Please ibu2 saya nak share…
Fatimah Tersedak susu ibu yerr..
Bukan susu botol

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lingkungan 4pagi Fatimah menangis Nak susu..
Ibu bagi susu badan sambil baring..

Ibu rasa agak lama dah sangat minum susu…
Terus ibu cabut dan dalam samar2 gelap hanya lampu aircond jer menyala…
Dan ibu tertidur…
(ya Allah masa menulis ni naik hbs meremang bulu Roma ibu… Xsanggup ibu Nak tulis.. Ibu xkuat)

Ibu xtau berapa lama ibu tertidur dan ibu xtau kenapa tiba2 ibu rasa Nak buka mata Nak tengok Fatimah…

“Bibir biru, panggil tiada respon hanya mata hitam saja memandang ibu”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu buka mata perhatikan wajah Fatimah…
Ya Allah kenapa mata Fatimah buka…Tapi Fatimah diam jerr..
Biasa dia akan menangis kalau tak cukup susu…
Mata Fatimah besar tengok pada ibu…
Diam jerr..
Pelik sangat pandangan mata Fatimah (besar mata hitam dia xberkelip tengok atas)…
Terus ibu sentuh kepala ya Allah panas…
Memang Fatimah mula deman maghrib tadi…

Terus ibu jerit papa adik panas…
Ibu berlari buat susu…
Letak ubat deman dalam susu…
Sebab Fatimah tak Nak minum ubat direct…

Fatimah tak Nak susu botol….
Dia tolak susu…
Ibu buka lampu…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

YA Allah biru bibir adik…
Adik xbergerak
Mata adik besar pandang kami…

Terus ibu lari masuk bilik ambik kain napkin dan basahkan Nak bagi suhu adik turun dengan cepat…
Bila dah basahkan…
Letak atas kepala…
Adik masih biru….

Ibu bagi arahan
Papa buka baju adik…
Nak ambik air suam…
Nak lap dengan air suam
Berlari ibu ke dapur…
Pada Fikirkan ibu mungkin adik sejuk…
Sebab tu biru…
Tapi adik xbergerak…
Tak menangis

Bibir adik makin biru…
Papa buka baju adik
Papa dukung adik…
Goncang2…

Susu pekat seperti gambar mengalir dari hidung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Goncang2 dalam keadaan mulut biru tiada respon..
Hanya mata hitam besar tengok pada kami…
Mula susu keluar ikut hidung….
Susu pekat sangat macam Gam yang
MELELEH KEDUA DUA DARI HIDUNG ADIK….
Terus panik…

YA Allah adik Tersedak susu ibu jerit…
Papa tunggang adik tepuk belakang
Papa jolok mulut…
Adik Dah mula kacip gigi…
Gigit jari papa….
Adik muntah..
Dan baru bunyi suara….

Allah hu akhbar….
Lega ibu bunyi suara adik menangis Tapi tak kuat sangat…

Ibu siap2 Nak. Pergi hospital…
Jam 4.30pagi
Terus pergi hospital Lati Pasir Mas…

Cek oksigen 96…
Fatimah mengigil sejuk campur deman…
Doktor Masukan ubat ikut bontot…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siap cek up semua
Berjalan ke kereta baru dengar adik sendawa
2kali….

Ingatkan baby je boleh tersedak susu, rupanya umur setahun pun boleh

Ya Allah bodohnya ibu…
Ibu ingatkan baby je boleh Tersedak susu…
Rupanya umur setahun lebih pom masuk boleh Tersedak susu…

Semua salah ibu… Ibu ambik mudah je menyusu sambil baring…
Kepala setara dengan badan…

Allah bagi ibu peluang ke2 jaga adik…

Ibu akan Hati2 lepas ni…
Balik hospital ibu menangis tak henti2…
Ibu terbayang wajah adik masa adik minta pertolongan ibu…
Ibu tak terus angkat adik…
Ibu cerita ni untuk ingatan kita semua…
Ibu dah Serik…
Terima kasih ya Allah selamat kan Asfa Fatimah Aisyeguel Binti Mohd Rizalman untuk kami

1 YEAR 1 Month 15Days

20hb 9 2021
4.30 pagi

Langkah kecemasan jika bayi tersedak susu

  • Hentikan penyusuan
  • Tiarapkan bayi pada kedudukan 90 darjah
  • Urut atau tepuk secara perlahan belakang dada beberapa kali
  • Jika bayi berhenti bernafas, lakukan bantuan pernafasan (CPR)
  • Dapatkan pemeriksaan di klinik/hospital berhampiran 

Apabila susu tidak masuk ke saluran yang betul, sekalipun tidak berlaku kematian, ia boleh mengakibatkan kesan lain seperti jangkitan pada paru-paru dan jangkitan pada saluran pendengaran.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Zuraini Awang

Baca juga: “Boleh Ke Bayi Saya Tersedak Susu Semasa Dia Tidur?”

Baca juga: Tanpa Sedar, Ibu Ini Tak Sengaja Buat Bayi Menyusunya Tersedak Dan Maut…

Baca juga: Bila Sepatutnya Sendawakan Bayi? Penting Untuk Ibu Bapa Tahu, Boleh Elak Bayi Tersedak

Penulis

Lala Annuar