Budak 4 Tahun Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Bapa, Atasi Trauma Hilang Anak

Tidak dapat dibayangkan betapa traumanya bapa ini. Kekesalan yang tidak berpenghujung, tanpa disengajakan, dia terlupa dan tertinggal anak dalam kereta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan main-main kekesalan tertinggal anak dalam kereta, hingga anak meninggal dunia pula. Tidak dapat dibayangkan betapa traumanya bapa ini. 

Kekesalan yang tidak berpenghujung, tanpa disengajakan, dia terlupa anak dalam kereta dan meneruskan rutin hariannya bekerja.

Kisah yang menimpa seorang bapa di Sungai Petani, Kedah ini amat menyayat hati, bagaimana pula dia berhadapan dengan trauma kehilangan anaknya selepas ini, atau mungkin akan terus dihantui rasa bersalah sepanjang hayat. Moga bapa ini kuat.

Tertinggal anak dalam kereta 10 jam 

Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak perempuan berkenaan ditemui meninggal dunia dalam kereta bapanya dan hanya disedari ketika bapa kanak-kanak itu ingin pulang ke rumah kira-kira jam 6.20 petang.

Mangsa yang berusia empat tahun dipercayai ditinggalkan dalam tempoh kira-kira 10 jam dalam keadaan tingkat tertutup dan enjin kereta dimatikan. 

Difahamkan, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori menghantar kakak kepada kanak-kanak itu ke sekolah pada jam 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya 

Bapa mangsa terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Difahamkan, mangsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum bapanya itu ke tempat kerja.

Selepas sampai di tempat kerja, bapa mangsa kemudian keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke kilang berkenaan pada 4.30 petang.

Selepas sampai di kilang, bapa mangsa terus masuk ke dalam kilang dan menguruskan kerja di dalam bangunan. Kejadian hanya disedari ketika bapa mangsa ingin pulang dan melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta.

Cara atasi trauma kehilangan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayangkan anak yang kita lihat pada pagi hari baik-baik saja, tiba-tiba pergi meninggalkan kita sekelip mata. Ditambah pula kerana tertinggal dalam kereta, bukan sedikit trauma yang mungkin dialami ibu atau bapa mangsa.

Ajal, maut jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Siapalah kita untuk menindakkannya. Mahu tidak mahu, terpaksa terima anak kita pergi dengan cara begitu, mungkin ada hikmah di sebalik segala yang berlaku.

Yang mati sudah pasti mati, yang hidup perlulah meneruskan kehidupan di dunia ini. Jadi bagaimana agaknya mahu menghilangkan trauma kehilangan anak secara tiba-tiba, apa yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan kesedihan itu dan mengurangkan trauma yang dialami.

#1. Bertenang, terima kenyataan

Tidak salah menangisi pemergian anak tersayang, tetapi anda perlu bertenang dan terima kenyataan bahawa anak kesayangan anda sudah tiada buat selama-lamanya. Boleh bersedih, tetapi jangan terlalu lama. Memang tiada siapa pun dapan memahami apa yang anda rasa dan hanya mereka yang pernah kehilangan anak saja faham.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi ambillah masa anda cuma jangan terlalu lama bersedih.

#2. Berdoa

Doa, mendekatkan dengan yang jauh. Sesungguhnya si kecil sudah jauh. Berada sangat jauh dari anda. Jadi doa mendekatkan anda dengan si kecil. Doa dapat menenangkan hati anda. Berdoalah agar si kecil bersemadi dengan aman, berdoalah agar anda dikuatkan hati dan redha dengan ketentuan yang menimpa. 

#3. Dapatkan sokongan keluarga, rakan-rakan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan menyendiri dan memendam kesedihan seorang diri kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada diri anda bukan hanya dari segi fizikal malah mental. Namun, jangan terlalu tunjuk kesedihan di depan orang, luahkannya kepada suami, rakan baik atau ahli keluarga. 

Jangan berpura-pura dengan diri sendiri mengatakan anda okay, kerana anda memang tidak okay sebenarnya. 

Bersosial dengan rakan, libatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan atau apa saja yang boleh buat anda mempunyai aktiviti. 

#4. Tidur di ruangan yang terbuka

Jika tidur berseorangan, anda harus tidur di hadapan ruang yang terbuka. Terbuka di sni maksudnya tidurlah di depan televisyen, tontonlah cerita yang menghiburkan seperti kartun. Hilangkan kesedihan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Simpan segala kenangan anda

Simpan baju, barangnya, di dalam satu tempat, sediakan sebuah kotak. Jika ada lebihan makanan, susu, dan lampinnya, seeloknya didermakan kepada yang memerlukan.

Sesungguhnya dengan mendermakan barang si kecil kepada yang memerlukan akan mendidik hati anda lebih ikhlas dengan pemergian si kecil. Simpan segala kenangannya di satu tempat, iaitu di dalam kotak. Jika terasa rindu sekali sekala, bukalah kotak dan tataplah barangnya.

#6. Yakin bahawa boleh bertemu kembali dengan anak

Hidup di dunia hanya sementara. Perbanyakkan ibadat, amalan dan buat baiklah bersama orang lain agar amalan yang anda kumpul di dunia mencukupi untuk anda bertemu anak anda di syurga kelak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comterlupa-anak-dalam-kereta

Penulis

Lala Annuar