Mereka yang tiada anak tidak tahu perasaan orang lain yang sudah memiliki zuriat.
Bagi anda mungkin dapat tidur dengan tenang tanpa gangguan, tapi bagi kami yang ada anak, kami sering dikejutkan dengan suara budak yang menangis mahu susu atau lampin basah di waktu tengah pagi.
Tak cukup dengan itu saja, pelbagai lagi keletah mereka yang perlu ditangani setiap hari. Namun, secara jujurnya mereka yang tiada anak ini tidak akan faham situasi apabila bergelar ibu bapa sehingga mereka memiliki anak sendiri.
5 perkara orang tiada anak tak boleh faham
#1. Erti penat yang sebenar
Maksud penat sebenar pada seorang ibu dan ayah adalah…
Penat apabila perlu jaga malam sampai tak cukup tidur terutama bila anak tidak sihat atau enggan tidur dengan orang lain kecuali tidur bersama anda.
Penat apabila pulang dari kerja tiada masa untuk berehat kerana anak-anak memerlukan anda pada waktu malam. Penat apabila segala urusan anda perlu fikirkan.
Benar, tiada ibu bapa yang dapat berehat panjang apabila sudah ada anak. Namun jangan terlalu merungut kerana anak-anak rezeki yang dikurniakan Tuhan dan kebahagiaan dalam rumah tangga dengan keriuhan suara mereka.
#2. Keadaan yang huru hara
Hanya orang yang ada anak saja faham apakah keadaan huru hara yang dimaksudkan ini. Rumah yang dahulu cantik dan tersergam indah kini tidak lagi kerana anak patung dan mainan budak ada di merata-rata tempat.
Bila ada anak jangan imagine rumah sentiasa bersih dan kemas. Sebab, akan berlaku ribut petir yang boleh terjadi dalam rumah bila sudah ada anak kecil.
Bila kemas, dipunggah semula. Jadi terpaksa redha dengan keadaan rumah yang agak messy itu! Paling penting, jangan buat-buat terkejut bila periuk belanga anda ada di tengah-tengah ruang tamu. Itu semua kerja budak kecil itu!
#3. Sanggup berjaga malam walalupun terlalu letih
Walaupun letih, namun demi anak-anak kita tetap berjaga di waktu malam untuk melihat anak-anak tidur. Waktu ini juga anda boleh manfaatkan untuk membasuh pinggan, sapu sampah, kemas rumah dan sebagainya.
Meskipun sudah ada anak, namun anda tetap dapat melakukan perkara ‘normal’ yang biasa orang tiada anak buat contohnya menonton tv, membaca buku dan lain-lain.
Anda tetap ada masa yang lebih untuk berehat terutama bila anak sudah tidur di waktu malam.
#4. Ujian kesabaran
Ya, apabila bergelar ibu dan ayah kita akan diuji dengan kesabaran. Antara situasi yang anda selalu kena hadapi seperti ini:
Bertanyakan pada anak apa yang dia mahu untuk makan malam sehingga dia memberi jawapan spageti. Anda buatkan untuknya tapi dia menolak dan tak mahu makan. Kemudian dia bertukar pula menu lain.
Ini antara kerenah anak yang harus anda bijak tangani supaya tidak letih dan sabar melayan sikap anak itu.
Ingat, bila sudah ada anak kesabaran adalah sangat penting!
#5. Cemburu dengan kehidupan tenang orang lain
Kadang-kadang mungkin ada segelintir ibu bapa yang cemburu melihat mereka yang hidup dalam ketenangan tanpa gangguan suara budak yang menangis, menendang, menjerit, merengek dan sebagainya.
Namun percayalah, keadaan ini hanyalah sementara dalam beberapa tahun kehidupan anak sehinggalah mereka pandai berdikari sendiri.
Bila mereka sudah besar, tentu kita akan rindui momen yang cukup membahagiakan ini, bukan?
Apa kata anda cium dan renung wajah si kecil itu. Pasti anda akan temui jawapan yang sangat tenang dan mengembirakan hati.
Semoga kita semua menjadi ibu bapa yang baik dalam mencorak kehidupan anak yang lebih indah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Kredit gambar: Live About
Sumber: Penulis asal Nalika. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comdugaan-tiada-zuriat