Bagi segelintir lelaki, mereka sangat mementingkan maruah wanita yang dicintai, sama ada dia masih dara atau tiada dara kerana pilihan ini bakal menjadi teman bagi sepanjang hidupnya.
Namun, masih wujud sahaja lelaki yang tidak kisah akan perkara ini kerana menganggap ia sebagai kisah silam seseorang yang melakukan kesilapan dan masa tidak boleh diputar kembali.
Wanita tiada dara
Sering kali anda menjadi tertanya-tanya mengenai hal ini kerana beberapa tanda pada fizikal wanita menyebabkan mereka dicop sebagai sudah tiada dara.
Antara kebiasaannya ialah kedudukan punggung yang sedikit jatuh, cara berjalan secara mengengkang atau warna pada bahagian lutut wanita yang gelap.
Namun, sebenarnya adakah ia fakta yang boleh dipercayai atau hanya sekadar mitos tanpa adanya sebarang kajian yang mendalam mengenai wanita yang tiada dara ini?
Menurut Pakar Pelatih Bedah di Bahagian Surgikal dan Trauma di Imperial College Healthcare NHS Trust, di bawah seliaan The Royal College of Surgeons of England, Dr Amalina Che Bakri mengatakan bahawa bentuk fizikal seseorang tidak boleh menentukan sama ada individu tersebut masih mempunyai dara ataupun tidak.
”Sama ada punggung jatuh, kepala lutut hitam, jalan mengengkang atau apa juga sekalipun dari segi fizikalnya bagi mengatakan individu itu tidak lagi dara adalah satu teori yang mengarut.” katanya.
Dalam hal ini, faktor fizikal tidak boleh dijadikan sebagai pengukur mengenai keperawanan seseorang wanita kerana ia tidak membuktikan ketepatan yang sebenar.
Menurutnya lagi, pecah dara sebelum bernikah tidak bermaksud individu wanita tersebut pernah melakukan hubungan seks.
Hal ini kerana selaput dara boleh terjejas sekiranya seseorang wanita terbiasa melakukan aktiviti lasak dalam seharian mereka seperti berlari, bersenam, melakukan aktiviti regangan, berbasikal ataupun memanjat.
Secara umumnya, selaput dara bukanlah suatu lapisan yang menutup keseluruhan penuh laluan faraj wanita.
Salah faham tentang dara perempuan
Cuba anda fikirkan sekiranya lapisan tersebut menutup penuh keseluruhan permukaan faraj, bagaimana pula darah haid atau sebarang sisa cecair dapat keluar dari lubang vagina?
Jadi lapisan selaput dara hanya menutup sebahagian saluran pembukaan vagina. Manakala sekiranya ia menutup secara penuh, seseorang individu itu mungkin mengalami penyakit yang dikenali sebagai “Imperforated Hymen”, yang akan menyekat pengeluaran haid serta lendiran vagina.
Namun, bagi individu yang mengalami “Imperforated Hymen” iaitu mereka yang memiliki selaput dara tanpa pembukaan sepenuhnya yang menghalang faraj.
Kebiasaannya, ia disebabkan oleh kegagalan selaput dara untuk mengembang ketika janin mula membesar. Masalah ini adalah yang paling kerap berlaku pada remaja wanita apabila darah haid terkumpul di dalam vagina dan kadang-kadang di rahim.
Jadi, cara untuk memulihkan masalah ini adalah dengan melalui proses pembedahan.
Bukan itu sahaja, bukan semua bayi perempuan dilahirkan dengan memiliki selaput dara yang sempurna.
”Jika anda menjadikan selaput dara sebagai penentu bagi seseorang masih suci atau tiada dara, sudah tentu ia adalah perkara yang tidak boleh diterima oleh akal.” ujar Dr. Amalina.
Selaput dara wanita dewasa
#1. Selaput dara mudah terkoyak
Pada usia remaja, selaput dara akan menipis dan melebar akibat berbagai aktiviti harian yang mencabar seperti banyak berjalan, terlibat dengan olah raga atau melakukan tugasan yang berat.
Selaput dara wanita yang sedikit mungkin akan kekal berada pada bahagian sekitar pembukaan vagina.
#2. Masalah selaput yang tidak terbuka
Dikatakan 1 dari 200 orang wanita memiliki masalah selaput dara yang tidak terbuka. Dalam pada itu, hampir 0.5% selaput dara wanita tidak boleh melebar secara semula jadi.
Hal ini sekaligus akan menyebabkan kesukaran ketika anda bersama dengan suami buat pertama kali kerana pembukaan selaput dara yang kecil membuatkan zakar suami sukar untuk melakukan penetrasi dengan baik.
Jika anda berhadapan dengan masalah ini, segera mendapatkan rawatan dari pihak perubatan kerana ia boleh diatasi dengan proses pembedahan.
#3. Darah yang keluar ketika seks
Ia adalah normal bagi sebahagian besar pasangan muda yang tidak mempunyai pengalaman ketika melakukan persetubuhan dengan pasangan.
Melakukan seks secara terburu-buru dengan teknik menujah secara kasar menyebabkan bahagian lubang faraj menjadi terluka.
Bukan itu sahaja, amalan nenek moyang dahulu akan meminta pasangan pengantin untuk menyerahkan kain cadar dengan kesan titikan darah pada malam pertama bagi membuktikan pengantin wanita yang dipilih masih belum dinodai.
Bahagian tersebut dikatakan amat sensitif dan jika darah mengalir keluar sedikit pada malam pertama, ia adalah bukan kerana selaput dara telah terkoyak.
#4. Kesakitan ketika seks kali pertama
Kesakitan yang dialami oleh kebanyakan wanita yang pertama kali mengadakan hubungan seks bersama suami bukanlah disebabkan oleh selaput daranya telah terkoyak.
Ia adalah mitos semata-mata. Sebahagian besar selaput dara sebenarnya telah terkoyak sebelum faraj wanita belum dimasukkan zakar suami.
Sebenarnya kebanyakan wanita muda yang terlalu mendengar pengalaman persetubuhan buat kali pertama dengan pasangan masing-masing membuatkan mereka percaya bulat.
Setelah anda menerima informasi yang tidak benar tersebut, sekaligus ia menyebabkan rasa resah dan gelisah dan akhirnya hubungan seks kali pertama membuatkan anda berasa sakit.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga: Mitos Pecah Dara & Selaput Dara Wanita – Lelaki WAJIB Baca Ini!