''Makin Aku Mengalah, Makin Ditindas'' -Pasrah Dicerai Suami Setelah 5 Tahun Menantikan Anak

Siapa sangka penantian untuk memiliki cahaya mata selepas lima tahun berakhir dengan sebuah perceraian. Mungkin inilah dikatakan tiada jodoh untuk bersama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak semua pasangan yang mendirikan rumah tangga sentiasa bahagia dan sunyi daripada sebarang ujian. Setiap hari boleh dikatakan adalah hari yang ‘baru’ untuk melalui halangan mendatang. Namun seperti kisah wanita ini, dia mengatakan bahawa tiada jodoh untuk bersama suami selepas dikurniakan cahaya mata.

Menantikan zuriat pertama adalah suatu tempoh paling menyeksakan buat pasangan yang telah bertahun-tahun berkahwin. Ada yang mudah ‘lekat’ dan ada juga perlu sama-sama bersabar menanti kehadirannya.

Tiada jodoh untuk hidup bahagia sebagai sebuah keluarga

credit to sources

Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita dikenali sebagai Nenk Lia iaitu dia mengatakan bahawa terpaksa menanti penuh sabar sehingga 5 tahun bagi memperoleh zuriat sulung berada dalam pangkuannya.

Menerusi laporan Indozone, pada mulanya dia tersenyum dan bahagia sebaik sahaja mendapat tahu diri sedang mengandung. Masa kian berlalu, akhirnya anak sulung berkenaan telah selamat dilahirkan.

Walau bagaimanapun takdir sang pencipta mengubah segalanya. Rumah tangga yang dahulu bahagia kini telah mengalami pelbagai masalah.

”Mungkin selepas melahirkan anak, penampilanku membosankan. Badan mula naik, muka menjadi kusam dan tubuh selalu penat. Jangankan untuk berhias, waktu mandi sahaja pun tidak boleh lebih daripada 10 minit,” luahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarpun baru bergelar ibu baharu, dia sentiasa berusaha untuk memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang terhadap anak kecilnya. Dia juga mengatakan bahawa tidak menang tangan untuk mencari rezeki sebagai jurusolek kecantikan.

Hari demi hari telah berlalu. Dia mendakwa sikap suami kini semakin dingin terhadapnya. Pasangan hidupnya menunjukkan banyak perubahan seperti melayan dengan kasar, mengatakan benci dan ada sahaja konflik yang berlaku di antara mereka.

”Dia dengan beraninya bersikap kasar di depan anaknya sendiri. Aku dan keluargaku terpaksa membuat keputusan demi kebaikan kami berdua kerana selepas ini jika dibiarkan akan berlakunya pertengkaran yang lain,”

”Makin aku mengalah dengan keadaan, semakin diri aku ditindas,” kongsinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berpisah kerana kehendak sendiri

credit to sources

Ketika dalam beberapa tempoh waktu bahtera rumah tangga mereka menjadi hilang arah tuju seakan-akan tiada jodoh, sehinggalah ia runtuh dengan lafaz perceraian yang keluar dari mulut bekas suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada waktu berkenaan, anak sulung mereka baru berusia 19 bulan. Dia terpaksa membesar dan meneruskan kehidupan tanpa kasih sayang seorang ayah. Kini mereka berdua menjalani hidup dengan penuh bahagia.

Mereka tidak lagi perlu memendam perasaan atau menadah telinga mendengar jeritan ayah. Wanita tersebut juga sedar akan besarnya tanggungjawab selepas ini kerana perlu mencari duit bagi membeli segala keperluan anak.

”Kini anak lelakiku sudah memasuki usia lima tahun. Biarlah kami hidup serba kekurangan disebabkan oleh terpaksa membayar hutang bulanan, namun aku tetap bahagia dengan cara sendiri,”

”Anak kesayanganku tidak pernah rasa kekurangan walaupun aku berhempas pulas dari pagi, petang dan malam bagi mendapatkan duit. Aku kena kuat demi anak,” jelasnya yang meluahkan seluruh perasaan melalui video dimuat naik ke akaun Tiktok miliknya.

https://www.tiktok.com/@nenklia_ali18/video/6890913206437547266?referer_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F&referer_video_id=6890913206437547266

Tindakan selepas bercerai

Menurut seorang Peguam Cara, ramai golongan isteri keliru tentang tindakan susulan selepas dirinya telah dilafazkan cerai oleh pasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Kaum wanita berhak menuntut terutamanya nafkah idah seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Saya juga ingin menegaskan bahawa selepas bercerai seharusnya suamilah yang perlu meninggalkan rumah, bukannya isteri.” jelasnya.

credit to sources

Hal ini kerana berdasarkan kebanyakan kes yang berlaku, para isteri yang bertindak keluar dari kediaman. Walhal sepanjang tempoh idah, golongan suami yang perlu bertanggungjawab menyediakan segala kelengkapan berkenaan seperti rumah, makanan dan juga pakaian.

Sebaik sahaja selepas proses perceraian, peguam itu berkata, wanita mempunyai hak bagi menuntut nafkah mutaah iaitu sagu hati selepas perceraian. Ia adalah merujuk kepada pengorbanan ketika bergelar isteri mengikut kemampuan bekas suaminya.

”Pada masa yang sama jika sebelum ini isteri yang selalu membayar kos perbelanjaan makanan, pakaian, sewa rumah ataupun bil-bil bulanan sepanjang tempoh perkahwinan, juga boleh menuntut nafkah tertunggak daripada bekas pasangan,” tambahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Siakap Keli, Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comnasihat-rumah-tangga