Rupanya Ini 4 Sebab Kenapa Anda Selalu Tiada Mood (Atau Ada) Untuk Seks...

Anda atau pasangan selalu tiada mood (atau juga terlebih mood) untuk berasmara? Ini 4 sebab kenapa mood anda itu asyik berubah-ubah dan apa patut anda buat.

Mood untuk berhubungan intim dengan pasangan

Jangan tak tahu, sebenarnya ada sebab kenapa anda selalu rasa tiada mood atau ada mood untuk berhubungan seks bersama pasangan.

Mood ini dicetuskan oleh dorongan seksual. Dorongan seksual atau libido, adalah satu perkara yang sukar untuk diukur.

Ia amat subjektif dan berbeza-beza antara individu.

Akan tetapi, sains telah membantu kita untuk mengenalpasti bila seseorang individu ada mood atau tidak untuk melakukan seks!

Apa yang menjejaskan mood ini? Apa yang boleh dipelajari daripada isu ini?

Jom kita semak apa penemuan yang boleh membantu anda mengenali tubuh dan seksualiti diri anda sendiri:

#1 Kitaran haid dan hormon

NCBI menjelaskan keinginan seksual anda dipengaruhi oleh hormon. Hormon ini juga yang ada dalam kitaran haid seorang wanita. 

Ia adalah hormon estrogen dan progesteron

Anda mungkin boleh perasan yang keinginan seksual anda akan membuak-buak beberapa hari sebelum ovulasi

Kemudian selepas ovulasi tamat, mood ini akan turun dengan sendirinya.

Kredit: Natural Cycle

Mood untuk hubungan seks juga boleh terjejas kerana menopaus dan menyusu badan. Ini kerana perubahan hormon yang dialami badan.

Ketika menopaus, estrogen akan menurun dan buat anda rasa tiada mood langsung nak berintiman.

Malah ketika mengandung juga, ramai wanita berasa stress dan kepenatan, hingga tiada mood untuk berhubungan intim.

#2 Masalah fizikal

Menurut Mayo Clinic, keinginan untuk melakukan seks juga boleh dipengaruhi dari masalah fizikal dan pengambilan ubat-ubatan.

Mood anda untuk bersenggama mungkin tiada jika anda mengalami:

  • Kesakitan ketika hubungan seks
  • Masalah perubatan seperti ada penyakit arthritis, kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi dan lain-lain
  • Pengambilan ubat anti-depresi atau anti-sawan yang boleh memotong libido
  • Pembedahan – terutamanya di kawasan kemaluan. Ia boleh menjejaskan gambaran badan dan mengurangkan keinginan 
  • Keletihan

#3 Habit gaya hidup

Pengambilan minuman beralkohol yang terlalu banyak juga boleh menjejaskan keinginan seks.

Kredit: Dokteronline.com

Akan tetapi, habit gaya hidup yang tak sihat bukan setakat minum minuman beralkohol saja.

Penat dan kurang tidur juga boleh jadi punca kenapa anda selalu tiada mood. Dapatkan rehat yang mencukupi agar anda lebih bertenaga dan positif.

Merokok dan paparan imej gambar yang salah turut boleh “memotong” mood untuk berasmara!

Tidak dilupa masalah kurang keyakinan diri dan komunikasi yang tak jelas antara pasangan.

Habit ini boleh menyebabkan pasangan hilang kepercayaan antara satu sama lain dan memotong keinginan seksual mereka.

#4 Kesihatan mental

Anda tak sepatutnya menganggap kesihatan mental sebagai satu benda remeh. 

Kajian baru-baru ini mendedahkan kesihatan mental individu boleh terjejas bukan hanya menerusi stress, tapi juga boleh disebabkan oleh kerunsingan dan depresi.

Sebab itu kesihatan mental anda amat penting dan harus sentiasa dijaga. Lebih sihat minda anda, lebih menarik aksi di kamar tidur.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Anda ada perasan waktu-waktu tertentu lain di mana mood untuk seks anda terus tiada atau kurang? Apa pengalaman anda sendiri?

Sumber rujukan: Natural Cycles, Mayo Clinic dan US National Library of Medicine 

Kredit gambar: TheHealthSite.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comberapa-lama-aksi-di-ranjang-suami-isteri/

 

Penulis

Ayu Idris