Boleh dikatakan banyak hubungan boleh retak gara-gara telefon bimbit sampaikan rumah tangga tidak bahagia dan hilang serinya.
Bayangkan, seharian suami isteri sibuk dengan tugas masing-masing. Isteri di tempat kerja dan suami juga begitu.
Tapi bila pulang ke rumah, ingatkan bolehlah spend time together tapi rupa-rupanya tidak. Dua-dua sibuk dengan telefon pintar sendiri!
Sampaikan anak tak makan pun tak peduli sebab rasa dia dah kenyang sepanjang hari di taska atau rumah pengasuh.
Anak pun diajak sekali tengok telefon pintar sampai dibeli seorang satu.
Sebab itu, penulis berani kata perempuan ketiga bukan lagi punca tidak bahagia tapi telefon pintar adalah angkara segalanya.
Malah perkongsian daripada Tuan Firdaus Shakirin ini juga membuka banyak mata hati suami isteri mengapa hubungan mereka tidak bahagia dan hilang serinya.
Tidak bahagia dan makin jauh berpunca dari telefon pintar
Kini, telefon pintar yang suami selalu pegang itu menjadi halangan kepada isteri untuk bermanja dengan suami kerana mereka seolah-olah diduakan dengan ‘benda itu’.
Bayangkan, isteri sambut suami pualang dari kerja tapi suami masuk ke dalam rumah sambil menghadap telefon pintar.
Duduk dan tengok televisyen tapi mata masih memandang telefon bimbit. Selepas solat dan mandi masih setia pegang telefon pintar mereka.
Tak cukup dengan itu, handphone tersebut seolah-olah melekat dekat tangan sampai ke meja makan.
“Abang kerja hari ini, okey ke? Tak ada apa-apa ke nak kongsi dengan saya?
“Okey je semua”.
Sambil mata setia memandang telefon pintar di tangan dan isteri yang tadi dalam mood yang baik terus tarik muka masam sebab suami seolah-olah tidak mahu melayannya untuk bersembang.
Yelah, sepatah ditanya, sepatah juga yang dijawab.
Suami sibuk dengan telefon pintar
Bukan di rumah saja tabiat suami ini membimbangkan tapi di tempat-tempat lain juga turut sama tidak kira di mana jua.
Sebab itu, rumah tangga hilang serinya disebabkan telefon pintar sebab masing-masing sibuk dengan benda yang satu ini.
Sekaligus ia punca hubungan semakin renggang dan menjauh. Sampai tiada lagi masa untuk dihabiskan bersama. Tiada lagi komunikasi dan sebagainya.
Tolong sedar semua
Justeru, kalau nak bina hubungan yang baik antara suami isteri, tolong sedari hal ini sebelum terlambat.
Tak ada apa yang menarik pun dalam Facebook itu, selain benda-benda yang viral yang mana anda boleh baca di kemudian waktu, semasa semua hal rumah tangga sudah selesai dilakukan.
Yang perlu diperhatikan bagaimana hubungan anda dengan isteri dan anak- anak sampai rumah tangga tiada lagi gelak ketawa dan bergurau senda.
Sebab itu, kita perlu berbalik semula apakah tujuan perkahwinan itu dibina? Apakah fungsi suami dalam rumah tangga itu sendiri?
Adakah anda sanggup kehilangan isteri dan anak-anak semata-mata sebab telefon pintar?
Tepuk dada tanyalah iman anda. Semoga bermanfaat.
5 kesan gajet terhadap bayi dan kanak-kanak
#1. Sukar untuk tidur
Penggunaan telefon pintar boleh menyebabkan si kecil mengalami kesukaran untuk tidur di waktu malam. Ini kerana hampir semua layar menggunakan blue light yang serupa dengan cahaya di waktu siang.
Sekaligus isyarat tersebut akan mengirimkan kepada otak anak hingga memberi keliru pada badan.
Di waktu malam, ibu bapa disarankan elak biarkan anak bermain gadjet sekurang-kurangnya 1-3 jam sebelum tidur dan menggantikan dengan aktiviti lain seperti baca buku.
#2. Keletihan
Terlalu lama bermain telefon pintar boleh menyebabkan anggota badan mengalami lenguh dan sakit seperti bahu, leher, punggung, jari dan tangan.
Oleh itu, ajar anak untuk mendapatkan rehat yang mencukupi dengan posisi yang baik semasa menggunakan gadjet supaya leher tidak berasa lenguh.
#3. Perkembangan sosial berkurang
Meskipun gajet boleh juga bersosial tapi anak-anak juga perlu memiliki kemampuan membaca emosi orang lain dengan berinteraksi secara langsung dan dua hala.
Oleh itu, letakkan batasan waktu untuk penggunaan gadjet bagi kanak-kanak.
#4. Cemas berlebihan
Apabila anak semakin membesar, ada banyak perkara buruk yang mereka boleh lihat dari telefon pintar itu.
Salah satunya, mereka cenderung membandingkan dirinya dengan kawan-kawan di laman sosial media atau terlalu berusaha agar mendapat like dan komen daripada orang lain.
Jadi, peranan ibu bapa amatlah penting dan bagaimana menghadapi situasi anak yang terlalu gilakan perhatian di laman sosial.
Kalau boleh minta mereka perhatikan tentang apa yang ingin mereka post dalam laman sosial supaya tiada hati yang terguris.
#5. Ketagih
Jika ibu bapa membiarkan anak terlalu lama bermain gadjet ini akan membuatkan timbulnya ketagihan.
Malah kajian Gentile mengatakan, 1 daripada 11 orang anak yang berusia 8 hingga 18 tahun mengalami ketagihan teknologi gadjet ini.
Sebenarnya banyak lagi keburukan gadjet bagi kanak-kanak ini. Apapun, diharap ibu bapa menyedari keadaan ini dengan lebih awal supaya dapat membimbing anak dengan lebih baik.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: