Pada zaman serba moden ini, kebanyakan produk dihasilkan dalam pasaran bagi memudahkan urusan seharian. Bermula dari penjagaan diri, wajah, makanan serta pembersih rumah semuanya lengkap dengan pelbagai variasi. Namun tahukah anda bahawa ia sebenarnya boleh menjadi penyebab tidak subur?
Mungkin selama ini anda tidak pernah sedar bahawa penggunaan produk mengandungi bahan kimia Endocrine-Distrupting Chemical atau EDCs. Ia boleh memberikan kesan bahaya terhadap kesihatan, khususnya bagi pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.
Kandungan bahan kimia menjadi penyebab tidak subur
Banyak penelitian yang telah dilakukan mendapati bahan kimia mampu menganggu sistem reproduksi wanita dan lelaki. Tidak cukup dengan itu juga, ia turut menganggu bayi dan menyebabkan kecacatan akibat pendedahan bahan kimia secara berlebihan.
Menurut WHO, selain produk pembersihan rumah dan diri, bahan kimia EDCs turut dijumpai dalam makanan berlemak, cat, bahan plastik, metal dan racun serangga perosak.
Sekiranya ibu ingin segera mengandung dan memiliki bayi yang sihat, segera ubat gaya hidup anda. Mulakan dengan menghindari produk-produk penyebab tidak subur dan lakukan beberapa perkara mudah ini:
#1. Elakkan makanan berkimia
Sebelum mengambil buah-buahan dan sayur, pastikan anda membersihnya terlebih dahulu kerana ia mungkin sudah disembur dengan racun perosak. Adalah lebih baik mengutamakan sumber makanan berasaskan organik kerana ia selamat untuk kesihatan.
Bukan itu sahaja, makanan panas-panas yang dibungkus dalam bekas plastik turut menyebabkan ia terdedah dengan bahan kimia bahaya. Bagi mengelakkan masalah kesuburan ini, anda boleh memasak untuk diri sendiri bagi menjamin kebersihan dan manfaat daripada nutrisi pemakanan.
Manakala kajian turut membuktikan bahawa jumlah EDCs tinggi dalam lemak daging, ikan salmon dan tuna. Makanan yang diproses dan dipek dalam tin untuk tahan lama turut perlu dielakkan.
#2. Penggunaan bekas plastik dan botol
Penggunaan bekas plastik atau balut pelekat bagi tujuan menyimpan makanan atau bekal harian turut mengandungi bahan kimia EDC. Bahayanya adalah apabila anda memanaskan bekas ini sehingga menyebabkan makanan berlemak menyerap bahan kimia berkenaan.
Bukan itu sahaja, amalan minum air dalam botol plastik yang sama berkali-kali sebenarnya tidak menyihatkan anda. Lebih-lebih lagi ia ditinggalkan dalam kereta dengan suhu begitu panas. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya pencairan zarah kimia ke dalam air minuman anda.
Bagi mengelakkan ini berlaku, suami isteri disarankan untuk membawa botol kaca kerana ia lebih sihat dan tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar.
#3. Mewujudkan suasana yang segar di rumah
Biarkan rumah anda dipenuhi dengan semula jadi dengan aliran udara yang baik dan tanaman khas di dalam rumah. Pastikan setiap ruang dibersihkan dan harum untuk kekal segar.
Sekiranya ada berdepan masalah semut atau serangga, jangan gunakan semburan racun. Boleh sahaja menanam pokok seperti daun pandan berkesan untuk mengusir lipas.
#4. Pilih produk ‘green’
Produk berasaskan green atau semula jadi ini cenderung meminimumkan penggunaan bahan kimia yang turut membahayakan persekitaran. Air sabun yang digunakan akan jatuh ke tanah dan menjadikannya tidak subur.
Semburan bilik turut mengandungi bahan kimia sehingga menyebabkan pencemaran udara dan menganggu kesihatan anda.
#5. Peka dalam memilih kosmetik dan penjagaan diri
Setiap wanita pastinya ingin kelihatan cantik dan berseri setiap masa. Namun pastikan dahulu produk penjagaan wajah dan diri yang anda pilih adalah bebas daripada bahan kimia Paraben (salah satu jenis EDCs).
Paraben adalah pengawet yang digunakan dalam kosmetik bagi mengelakkannya mudah rosak dan tercemar. Kebiasannya produk seperti syampu, ubat gigi, alat solek, pelembap muka, deodorant dan gincu.
Sebenarnya ramai pengguna tidak mengambil peduli isi kandungan kosmetik yang digunakan tanpa memikirkan kesan sampingan bakal diperolehi nanti. Bahan kimia seperti paraben akan bertindak menyerupai hormon estrogen yang memainkan peranan penting dalam pembentukan kanser payudara dan sekaligus menjejaskan peluang hamil.
Sumber: Penulis asal Natalia Dian. Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Kredit foto: Google
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comhormon-wanita