TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Para Isteri STOP Bergantung Pada Jamu Untuk Kekal Cantik & Bertenaga, Ini Bahayanya!

4 min bacaan
Para Isteri STOP Bergantung Pada Jamu Untuk Kekal Cantik & Bertenaga, Ini Bahayanya!

Minum jamu bagi mendapatkan kulit cantik, aset mantap dan kekal sihat yang diamalkan oleh segelintir wanita adalah tidak selamat? Ini yang perlu anda tahu!

Tidak dinafikan setiap manusia pasti menginginkan tubuh badan dan wajah yang sihat. Justeru, kebanyakannya sanggup menghabiskan banyak wang kerana ingin kekal muda dan mengelakkan pasangan ‘lari’ dengan wanita lain. Antara salah satu cara tradisional adalah amalan minum jamu.

Sebenarnya, ada banyak sebab orang mengamalkan jamu. Mungkin untuk tujuan menambah tenaga kerana badan selalu rasa lesu, ada yang ambil kerana sakit sendi.

Benarkah amalan minum jamu membahayakan kesihatan diri?

bahaya jamu

credit to owner

Seorang pegawai perubatan, Hana Hadzrami telah berkongsikan kisah benar berlaku pada arwah pesakitnya yang sering minum jamu kerana masalah resdung.

Sememangnya bila makan jamu, badan akan rasa lebih bertenaga, sakit lutut semua akan hilang. Mood pun jadi bagus, selera makan bertambah dan masalah resdung jadi baik. Kata arwah pesakit berkenaan.

”Sekiranya dah sembuh resdung, kenapa Puan masih amal jamu sehingga berbelas-belas tahun? tanya Dr. Hana.

Sebabnya apabila berhenti sahaja pengambilan jamu ini, badan mula menunjukkan rasa penat, sendi jadi sakit, mood jadi tak tentu. Malah tubuh rasa lebih teruk dari sebelum amalkan jamu dahulu.

Itulah sebabnya kebanyakan orang tidak boleh nak berhenti. Kesan Corticosteroid yang ada dalam jamu memberikan quick fix, tetapi berupaya memberikan kesan sampingan berbahaya.

Kesan luaran dan dalaman tubuh badan

Antara kesan luarannya ialah muka jadi bulat (moon faced), kaki bengkak (water retention), berat badan naik terutamanya di bahagian perut, muka dan belakang leher. 

Bukan itu sahaja, kulit akan jadi nipis dan mudah dijangkiti kulat.

Bagi kesan dalaman pula, anda amat berisiko menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan kerosakan pada salur darah. Sekiranya luka, ia akan jadi lambat untuk sembuh, mudah dapat gastritis dan ulcer perut.

Paling bahaya adalah otot mula semakin lemah dan tulang menjadi rapuh. Inilah kesan bahaya pengambilan jamu kerana ia sekaligus menyebabkan anda mengambil steroid tersembunyi tanpa sebarang pengawasan.

Bagaimana pula jika ambil jamu tradisional?

kesan ambil jamu

credit to owner

Ada yang kata; tapi jamu ini buatan orang kampung, mereka menggunakan herba belaka. Mana ada bahan kimia ataupun steroid?

Jawapan Dr. Hana, setiap hari anda sebenarnya sudah pun mengambil herba seperti halia, bawang putih, lada hitam, kunyit dan sebagainya dalam masakan. Cuba fikir semula, adakah selepas makan tiba-tiba badan jadi sihat bertenaga, kuat semacam dan hilang sakit lutut?

Sudah tentulah tidak, kan? Ini bermakna, tanpa steroid tambahan memang tiada kesan ketara dalam pengambilan herba-herba tersebut.

Keberkesanan jamu dalam merawat sebarang penyakit

Manakala menurut Dr. Rusyainie Ramli, ada sesetengah pengeluar produk mengatakan jamu yang mereka hasilkan sangat bagus untuk tubuh badan dan merawat penyakit.

Sebenarnya, jamu tidak pernah terbukti berkesan dalam merawat apa jua kesakitan. Nak baiki yang rosak, nak kekal apa yang ada pun tak boleh.

Tak akan buat payudara tegang.

Tak akan buat faraj ketat

Tak akan bagi punggung montok

Tak akan buat pinggang jadi ramping.

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Tak akan pulih ‘dalaman’ dalam pantang. Saya pun tak tahu apa maksud ‘organ dalaman’.

makan jamu

credit to sources

Apabila saya tanya, cara pengeluar jamu akan jawab seolah-olah mereka menafikan ilmu asas anatomi dan fisiologi manusia.

Bayangkan mereka langsung tidak boleh membezakan sistem penghadaman dengan sistem pembiakan sehingga berani mengeluarkan teori yang merapu.

Jamu sebenarnya:

  • Tidak akan ikat suami yang mata keranjang
  • Tidak boleh guna untuk rancang keluarga
  • Tidak akan buat awet muda
  • Tidak mampu bakar lemak
  • Tidak akan buat kulit cantik
  • Tidak akan rawat masalah haid
  • Tak akan kasi tambah nafsu syahwat.
  • Tidak boleh cegah, apa lagi merawat kanser

Semasa mengandung, selepas bersalin atau keguguran juga Dr. Rusyainie juga mengatakan bahawa para wanita tidak perlu mengamalkan jamu.

Anda hanya perlu disiplin dalam pengambilan makanan berkhasiat dan menekankan rutin senaman sepanjang hayat untuk kekal sihat dari sebarang masalah penyakit.

Sumber: Hana Hadzrami

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elakkan Ambil Jus Kunyit Ketika Mengandung, Ini Kesan Bahaya Yang Ibu Perlu Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Para Isteri STOP Bergantung Pada Jamu Untuk Kekal Cantik & Bertenaga, Ini Bahayanya!
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham