Adakah anda sudah bersedia untuk menyambut kehadiran cahaya mata baru? Sebelum ini, ibu kena tahu tanda tanda nak bersalin 36 minggu. Apabila sudah dikenal pasti, ibu perlu lebih berhati-hati dalam setiap aktiviti yang dilakukan.
Misalnya apabila memandu seorang diri, ibu harus waspada, bimbang kalau hendak bersalin dalam kereta. Memang haru!
Kalau nak tahu, hanya 5% saja ibu yang bersalin pada due date yang diramal dari doktor. Itupun melalui tarikh terakhir datang bulan.
Biasanya, kehamilan jika dah masuk 38 minggu, ibu perlu bersedia kerana bila-bila masa saja bayi boleh keluar awal. Tapi anggaran kehamilan biasanya 38 hingga 42 minggu.
Apakah perasaan ibu sekarang? Normal ya mula-mula, anda akan rasa pelik dengan diri sendiri. Kemudian mula rasa takut-takut sikit.
Relaks ya ibu, tarik nafas dalam-dalam dan baca doa cepat bersalin, ini supaya baby selamat dilahirkan ke dunia.
Berikut merupakan 8 tanda nak bersalin. Ada tak tanda nak bersalin ini pada anda? Kalau ya, ibu perlu lebih bersiap sedia.
8 Tanda Tanda Nak Bersalin 36 Minggu, Ibu Take Note Ya!
1. Kandungan jatuh ke bawah
“Zulaika, ibu tengok perut kamu makin ke bawah, itu tanda nak bersalin hampir dekat,”
Peluh pun menitik tup tup tanda bimbang dan takut.
Ya benar, apabila usia kandungan mencecah usia 36 minggu ke atas, ibu perlu lebih waspada kerana salah satu tanda nak bersalin adalah kedudukan bayi jatuh ke bawah.
Kemudian rasa sedikit ngilu di bahagian pintu vagina hingga ada ketikanya nak berjalan pun rasa susah. Hal ini kerana, kepala bayi sudah menghampiri ke pelvis.
Lantas ibu akan rasa kerap membuang air kecil kerana bayi menekan kawasan yang terkena pundi kencing ibu.
2. Tanda tanda nak bersalin 36 minggu: Kerap sakit belakang
Tanda nak bersalin juga adalah ibu akan rasa kekerapan sakit belakang ketika hamil hingga ada ketikanya nak tidur pun sedikit susah.
Apatah lagi ibu akan rasa kejang di bahagian rahim seakan sama macam kontraksi tapi bukan. Namun ibu masih boleh tahan dan sakit itu tidak lama.
Jika hampir due date, badan akan merembeskan hormon relaxin yang bertindak supaya ligamen lebih bertenang dan sendi akan mulai longgar. Ia berlaku untuk memberi ruang bayi keluar.
Selain itu, ibu juga akan alami cramp yang lebih kerap tapi ia tak boleh dirawat dengan cara mengurut.
Hal ini kerana, cramp itu anda akan alami lebih sakit bermula dari pinggang hingga ke bawah telapak kaki. Sehingga berlanjutan berlaku kontraksi.
3. Asyik nak buang air besar
Tanda nak bersalin juga apabila anda kerap rasa nak membuang air besar. Selang beberapa minit saja, pasti rasa nak membuang hingga kadang-kadang tak mau keluar rumah.
Ia berlaku disebabkan horman yang dirembeskan membantu kelahiran lantas memberi kesan pada sistem perkumuhan. Sebab itu ibu perlu lebih banyak minum air kosong.
4. Tanda tanda nak bersalin 36 minggu: Berat ibu menurun
Pelik tak apabila tiba-tiba berat menurun terutama berada di trimester ketiga? Ini merupakan tanda nak bersalin yang ibu harus lebih peka.
Berat badan juga dipengaruhi oleh horman pada badan. Namun, ibu tak perlu gusar kerana ia tidak menjejaskan bayi yang dikandung.
5. Keluar lendir dari vagina
Apabila tiba masanya untuk bersalin, anda akan perasan terdapat lendir yang keluar dari vagina luar biasa dari biasa.
Apatah lagi lendir itu lebih pekat seperti warna merah jambu atau coklat beserta cecair seolah darah. Hati-hati itu tanda nak bersalin sudah hampir dekat.
6. Tanda tanda nak bersalin 36 minggu: Menggigil seluruh badan
Menggigil ini biasanya berlaku pada waktu malam. Tubuh akan rasa menggigil tapi tak sejuk pun. Ibu jangan terlalu bimbang kerana ini merupakan cara tubuh melepaskan tekanan.
Ia boleh terjadi apabila ibu terlalu gementar memikirkan hari tarikh bersalin. Apa yang ibu boleh buat adalah tarik nafas dalam-dalam dan lakukan aktiviti yang membuatkan ibu rasa lebih tenang.
Ataupun ibu boleh minta suami urutkan badan secara perlahan-lahan lantas ibu akan rasa lebih relaks di bahagian otot itu.
7. Keluar air ketuban
Selain itu, tanda nak bersalin yang lebih jelas apabila air ketuban semakin menipis atau meleleh keluar. Ha…jaga-jaga ya bila masuk bab air ketuban ini.
Macam mana nak tahu air ketuban pecah? Anda akan rasa ada air menitis seperti bocor keluar dari vagina. Sementara nak sampai ke hospital, pakailah tuala wanita untuk elak ia merembes keluar.
Diingatkan anda harus segera ke hospital jika air ketuban semakin berkurang kerana jika terlalu lambat bimbang bayi lemas.
8. Pintu serviks terbuka perlahan-lahan
Apabila anda hampir dekat dengan persalinan, pintu serviks akan mula membuka supaya bayi mudah melalui jalan tersebut.
Apatah lagi dinding rahim mula menipis dan terbuka sedikit demi sedikit hinggalah ke 10 cm bukaan. Jika rasa kontraksi segera ke hospital bagi mudahkan doktor melihat pembukaan pintu serviks anda.
Semoga artikel ini memberi seribu manfaat buat semua bakal-bakal ibu dan dipermudahkan untuk bersalin nanti.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!