Tidur beralaskan lengan suami? Kepada pasangan yang telah berkahwin, ini mungkin menjadi rutin buat kesihatan emosi anda. Tetapi, tahukah bahawa terdapat banyak manfaat tidur beralaskan lengan suami ini. Lebih-lebih lagi ia dikatakan boleh bantu menenangkan mood isteri yang tidak menentu.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Tidur beralaskan lengan mampu beri ketenangan buat si isteri
- Tanda bahawa suami seorang pelindung dan penyayang
- Bantu menghindari sebarang konflik dan permasalahan berterusan
Ramai isteri yang memiliki kerjaya mereka sendiri. Bukan sahaja mereka perlu menghadapi tekanan di tempat kerja, malah mereka perlu juga menguruskan hal-hal rumah pula. Biasalah mood si isteri, ada naik dan turun.
Tidur beralaskan lengan suami mampu beri ketenangan buat si isteri
Disinilah datangnya peranan seorang suami dalam membantu isteri. Bonusnya pula, bila suami dapat menenangkan isteri dengan cara yang mudah apabila si isteri tidur beralaskan lengan suami.
Ada juga isteri yang tidak boleh tidur kalau tak beralaskan lengan suami tau. Rasa tenang je kan? Anda tidak perlu lagi bersusah payah nak cari aroma untuk tenangkan anda. Menurut kajian yang dibuat, ketiak suami dapat membantu memenangkan isteri. Menarik bukan?
Mungkin ada beranggapan bahawa ia aroma yang kurang menyenangkan, tetapi buat isteri sendiri, bau badan dari lelaki yang dicintai tersebut adalah seperti terapi yang dapat memadam api keresahan.
Kajian turut menyatakan bahawa suami mempunyai sejenis bau yang dipanggil phero. Inilah puncanya kenapa ia dapat membantu isteri berasa tenang kerana fungsi phero adalah untuk mengaktifkan hormon isteri.
Tanda bahawa suami seorang pelindung dan penyayang
Rasa selamat sahaja kan bila tidur beralaskan lengan pasangan? Suami yang baik adalah suami yang tak merungut bila anda tidur beralaskan lengannya.
Malah, si suami berasa gembira apabila isterinya berasa selamat apabila tidur disampingnya. Inilah tanda dan ciri-ciri seorang suami yang sangat penyayang dan mampu melindungi isterinya.
Memang kebaslah kalau dibiarkan isteri tidur lama di lengan, tetapi dek kerana cinta dan kesabaran, sayang punya pasal. Suami pun kenalah layankan sahaja!
Bantu menghindari sebarang konflik dan permasalahan berterusan
Tak usah gaduh lama-lama. Bila anda tidur beralaskan lengan pasangan ini, anda akan rasa perubahan yang ketara yang mana ia boleh membantu menghindari konflik atau pergaduhan daripada berpanjangan.
Elok-elok gaduh boleh terus baik kerana pastinya perbuatan ini boleh membantu kedua pasangan agar kekal mesra.
Apabila keduanya tidur bersama, marah baik si suami atau si isteri pun boleh reda dan cair dengan kemesraan yang berlaku. Itulah penangan tidur beralaskan lengan suami.
Baik si isteri ataupun suami, carilah persamaan bersama dan janganlah raikan perbezaan apabila anda bersengketa. Berbaik-baiklah demi keharmonian rumah tangga.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: Fahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri, Barulah Rasa Cinta Makin Kuat
Baca Juga: Suami Isteri Asyik Bergaduh Setiap Hari? Ini 5 Cara Tangani Konflik Rumah Tangga Dengan Aman
Baca Juga: Kekerapan Hubungan Asmara Suami Isteri Yang Ideal Menurut Imam Al-Ghazali