Bayi 18 Hari Maut Ditindih Dengan Lengan Bapa Ketika Tidur Sekatil!

Pernahkan anda terfikir, hanya dengan tidur sekatil bersama bayi, ia boleh membawa kepada tragedi tidak diingini seperti kematian bayi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru saja menyambut berita gembira dengan kelahiran bayi namun rezeki sudah tertulis hanya 18 hari keluarga ini dapat bersama apabila bayi baru berusia 18 hari itu disahkan maut akibat tertindih lengan bapanya ketika tidur sekatil atau co-sleeping.

Kematian bayi berkenaan didakwa adalah disebabkan hypoxia yang mana satu keadaan saluran udara tersumbat hingga menyebabkan berlakuknya kecederaan pada otak sekaligus menyebabkan kematian. 

Bayi berkenaan dikatakan sebelum ini memang tidur dalam katil bayi, namun pada malam kejadian, bapanya mungkin terlena dan tidak sedar yang dia tidur bersama-sama bayi itu setelah bayi disusukan oleh isterinya. 

Bayi 18 hari maut, lemas tertindih lengan bapa yang tidur sekatil

Menurut laporan Daily Mail, pasangan dari United Kingdom berkenaan pada mulanya tidak mengakui bahawa bayi mereka ditemui meninggal dunia di atas katil yang sama mereka tidur dan mengatakan bayi berkenaan ditemui meninggal dunia ketika sedang tidur di atas katil bayi.

Namun, soal siasat akhirnya mendapati bayi berkenaan dipercayai tertindih lengan kanan bapanya ketika mereka tidur sekatil bersama-sama ibu bayi berkenaan. 

Pada siasatan awal. ibu bayi berkenaa, Alise Hulme, bersama suaminya membuat pengakuan dan melaporkan bayi berkenaan ditemui meninggal dunia di atas katil bayi. 

Namun, mereka kemudiannya mengakui bayi berkenaan dipercayai meninggal dunia akibat lemas kerana tertindih di bawah lengan kanak bapanya semasa tidur bersama-sama di katil.

Menurut fakta kes, ibu kepada bayi berkenaan sudah berpesan kepada suaminya supaya meletakkan bayi mereka di atas katil selepas dia menyusukannya.

Namun suaminya tidak meletakkan bayi berkenaan di katilnya sebaliknya terus tertidur bersama-sama bayi itu di katil mereka. Namun atas kecuaian itu, pasangan ini tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang kerana kes diklasifikasikan sebagai tidak disengajakan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aspek penting perlu diambil kira jika tidur bersama bayi

kredit: todayparents

Tidur bersama bayi atau co-sleeping iait tidur bersama dengan merujuk kepada katil yang sama dan juga perkongsian bilik. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akademi Pediatrik Amerika (AAP) sama sekali tidak menyokong perkongsian tidur sekatil antara ibu bapa dan bayi tetapi mengenai perkongsian bilik ia sangat digalakkan kerana ia dikatakan dapat mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mendadak (SIDS) sehingga 50%.

Bagaimanapun sekiranya anda terpaksa juga co-sleeping, antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah:

#1. Elak tidur sekatil jika anda makan ubat, minum alkohol

Elakkan daripada tidur pada permukaan yang sama dengan bayi jika anda mengambil sebarang ubatan atau ubat penenang, meminum alkohol atau sekiranya anda terlalu letih.

#2. Jika anda perokok, jangan tidur sekatil dengan bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan tidur dengan bayi di katil yang sama jika anda seorang perokok. Ini kerana Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyatakan bayi yang terdedah kepada asap rokok selepas kelahiran mempunyai risiko lebih tinggi untuk SIDS.

#3. Letak bayi di sisi

Andai berkongsi tempat tidur, sebagai aspek keselamatan, sebaiknya letakkan bayi di sisi sebelah anda dan bukannya di antara anda dan pasangan.

#4. Elak kongsi katil dengan adik beradik lain atau bayi lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi yang berusia kurang daripada setahun tidak boleh dibiarkan berkongsi katil dengan adik-beradiknya atau bayi lain.

#5. Elak tidur di sofa atau kerusi jika dukung bayi

Jangan tidur di atas sofa atau kerusi sambil menggendong si kecil.

#6. Pastikan posisi tidur bayi selamat

Sekiranya ingin meletakkan bayi yang tidur, pastikan posisi tidur mereka dalam keadaan berbaring dan bukan meniarap. Ini terutamanya jika bayi yang dibedung dengan selimut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Jika rambut panjang, pastikan ikat

Jika rambut anda panjang, ikat rambut agar tidak melilit leher si manja tanpa disedari.

#8. Elak terlalu banyak bantal, selimut

Pastikan tiada bantal, selimut atau cadar longgar yang boleh menutupi wajah, kepala atau leher bayi.

#9. Pastikan tiada ruang di katil 

Pastikan tiada ruang antara bayi dan katil yang boleh menyebabkan mereka terperangkap tanpa anda sedari.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Ibu menyesal bayinya mati lemas atas meja tukar lampin, apa yang berlaku?

Baca juga: Bayi 14 Bulan Mati Lemas Dalam Baldi - Ibu Tahu 5 Tips Keselamatan Dalam Tandas Ini?

Baca juga:  7 kesilapan yang selalu ibu bapa buat hingga meningkatkan risiko anak lemas

Penulis

Lala Annuar