Timbang Rambut Bayi, Antara Adat & Ibadat

Mencukur rambut dan timbang rambut bayi untuk nilaian rambut disedekahkan berdasarkan nilaian perak adalah nas dan perintah Rasulullah SAW.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sunat hukumnya mencukur rambut anak lelaki dan perempuan selepas penyembelihan aqiqah pada hari yang ketujuh kelahiran dan bersedekah emas atau perak mengikut berat timbang rambut bayi. 

Timbang Rambut Bayi Selepas Bercukur

Menurut pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perkataan aqiqah berasal daripada perkataan al-‘Aqqu bererti potong. Pada asalnya, aqiqah ialah nama bagi rambut bayi ketika lahir. Rambut tersebut dinamakan demikian kerana ia dicukur atau dipotong.

Perbuatan mencukur rambut dan menimbang nilaian rambut itu untuk disedekahkan berdasarkan nilaian perak adalah nas dan perintah Rasulullah SAW justeru ia adalah ibadat dan bukan semata-mata adat.

Cukur Rambut Bayi Bukan Semata-Mata Adat

Perbuatan mencukur rambut dan menimbang nilaian rambut itu untuk disedekahkan berdasarkan nilaian perak adalah nas dan perintah Rasulullah SAW justeru ia adalah ibadat dan bukan semata-mata adat.

Ini berdasarkan hadith daripada Saidina Ali R.A, katanya, Rasulullah SAW mengaqiqahkan seekor kambing bagi al-Hasan dan bersabda:

عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ بِشَاةٍ وَقَالَ: يَا فَاطِمَةُ احْلِقِى رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِى بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً، قال: فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah perak mengikut berat rambut tersebut.” Ali berkata: “Fatimah pun menimbang rambut itu dan mendapati beratnya satu dirham atau setengah dirham.”

Riwayat al-Tirmizi (1519), Al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (19776) dan Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (5/529)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syeikh al-Mubarakfuri berkata: Ini menjadi dalil bahawa sunat bersedekah dengan nilai timbangan rambut bayi yang baru lahir dengan nilaian perak. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 5/115).

Tanda Kesyukuran 

Ini menunjukkan sebagai tanda kesyukuran dan menzahirkan kegembiraan melalui bersedekah dan dengan cara ini akan membawa keberkatan dalam hidup.

Ia juga memulakan kehidupan bayi yang baru dilahirkan dengan menghampirkan diri kepada Allah serta menyenangkan jiwa manusia dan orang ramai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Boleh Cukur Jambul Bayi Dahulu, Baru Buat Aqiqah Jika Ibu Ayah Tidak Berkemampuan

Baca juga: Tak Perlu Sayang Potong Rambut, 5 Kelebihan Mencukur Rambut Bayi Lebih Awal

Baca juga: Rambut Bayi Yang Tumbuh Selepas Dicukur Lebih Lebat? Ya Atau Tidak?

Penulis

Lala Annuar