Tinggal Bersama Mertua Berisiko Tinggi Merosakkan Kesihatan Wanita - Kajian

Memang tidak semua perempuan bermasalah ketika tinggal bersama mertua, namun tak sedikit yang mengalami masalah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tinggal bersama mertua setelah menikah adalah perkara yang biasa di Malaysia. Ada yang baik-baik sahaja dan hidup berharmoni, namun ada juga yang kemudian menjadi terlalu stress.

Dan ternyata menurut penyelidikan, hidup bersama ibu mertua boleh memberi kesan buruk bagi kesihatan wanita.

Para saintis mengatakan wanita yang tinggal satu rumah dengan keluarga suami, tiga kali ganda lebih terdedah pada penyakit jantung serius.

Tinggal bersama mertua menyebabkan risiko kesihatan

Kredit: Reader’s Digest

Stress yang diakibatkan dari berperanan sebagai anak, isteri, dan sekaligus ibu, dapat menyebabkan tekanan darah tinggi juga diabetes, yang kemudian berisiko pula pada kerosakkan jantung, lebih lagi jika wanita tersebut tinggal bersama mertua.

Dalam penyelidikan yang dikutip Daily Mail ini, para saintis melihat efek dari pengaturan hidup setiap hari 91,000 lelaki dan wanita, selama lebih dari 14 tahun.

671 orang di antara mereka yang dikaji di Jepun tersebut, didagnosis dengan penyakit arteri koronari. Sementara 339 orang meninggal kerana penyakit jantung, dan 6.255 meninggal kerana penyebab lainnya.

Keburukan tinggal bersama mertua

Kredit: Detikcom

Wanita yang tinggal bersama ibu bapa atau ibu bapa dari pasangannya, sekaligus dengan anak-anaknya, berisiko 3 kali lebih mungkin didiagnosis dengan penyakit jantung, dibandingkan wanita yang hanya hidup dengan pasangannya.

Meski demikian, hidup bersama keluarga besar ada manfaatnya juga. Apabila tinggal bersama keluarga dekat, terutama orang tua, ini dapat mencegah kaum perempuan daripada pengambilan minuman keras, merokok, dan pelbagai lagi faktor yang tidak baik untuk kesihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut pakar kesihatan, Profesor Horoyasu Iso, ini sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Namun dia akui bahawa tekanan dalam memainkan peranan sebagai isteri, anak, menantu serta ibu di rumah boleh menyebabkan kesihatan seorang wanita menjadi semakin lemah.

Bagaimana untuk hidup lebih harmoni dengan mertua?

Kredit: Redaksi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yang paling penting anda harus ingat, hidup bersama orang lain memang akan ada susah dan senang. Oleh itu, digalakkan untuk cuba lakukan tip berikut dengan hati yang lebih terbuka.

Mana tahu, melalui petua ini hubungan anda dengan mertua pun bertambah lebih baik. Antaranya termasuk:

1# Berbincang

Apa-apa pun anda harus berbincang dengan pasangan terlebih dahulu. Jika suami ingin anda tinggal bersama keluarga dia, anda juga harus berbincang dengan keluarganya. Ini kerana mereka mungkin ada perancangan lain seperti berpindah ke kampung atau menjual rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan anda mendengar penjelasan mereka sebaik mungkin walaupun mungkin ada sesetengah isu yang anda kurang gemar. Dengan ini anda dapat memahami perasaan mereka dengan lebih jelas.

Sekiranya mereka kurang bersetuju, namun suami masih bertegas untuk duduk bersama, anda harus berbincang dengan suami pula.

2# Tetapkan peraturan

Apabila duduk bersama dengan mertua, lain caranya tau! Kita tidak boleh asyik bersenang lenang sahaja dan mengharapkan mereka membuat semuanya untuk kita. Jadi, lebih baik anda dan ibu mertua bincang akan peraturan terlebih dahulu.

Sebagai contoh, jika dia yang memasak, anda rajinkanlah diri untuk membantu di dapur atau tawarkan diri untuk membasuh semua pinggan dan mangkuk. Ataupun sesekali anda cuba lakukan kerja rumah seperti menyapu sampah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajak suami untuk bantu juga dengan membasuh atau menjemur helaian. Dengan ini, tidaklah semua tanggungjawab jatuh pada anda seorang sahaja. Bahkan mertua pun akan nampak anda ini rajin untuk membantunya.

3# Privasi penting

Ingat, apabila sudah tinggal dengan mertua ada sesetengah perkara tidak boleh buat. Contohnya anda kena jaga kelakuan dan pakaian. Elak memakai baju yang terlalu terdedah, nanti mereka tidak selesa. Simpan sahaja baju seksi anda untuk suami di dalam bilik.

Selain itu, anda dan suami juga digalakkan untuk untuk tetapkan ‘date night’ seminggu sekali bukan di rumah. Dengan ini, anda dan si dia masih dapat kekal intim dan lebih privasi tanpa sebarang gangguan untuk bersama.

4# Jangan menyibuk 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Okay, ini paling penting ya! Kalau anda duduk dengan mertua dan ipar, elak drama-drama mereka tau. Jika mereka bergaduh atau bermasam muka, jangan sibuk nak mendengar masalah mereka atau pilih mana satu yang salah/betul.

Ini kerana mereka masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan anda. Jika anda tersalah langkah, nanti ada yang merajuk atau marah. Kalau boleh, cuba jadi yang neutral. Lebih baik jika anda tidak melibatkan diri langsung dalam masalah keluarga sana.

Tinggal dengan mertua bukan perkara yang senang ya. Jika anda bertuah mendapat mertua yang baik, tu memang rezeki anda. Sekiranya anda dan suami bercadang untuk tinggal dengan mertua, pastikan semua pihak bersetuju.

Apa-apa pun itu rumah mereka. Kita hanya menumpang. Jadi elak drama, elaklah masalah! Simpan duit yang anda, dan cuba beli atau sewa rumah sendiri selepas ini.

Semoga artikel ini dapat membantu anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ibu Diberi RM500 Sebulan, Isteri Sesen Pun Tak Dapat! Ini Hukum Suami Melebihkan Ibunya Dalam Nafkah

Penulis

Putri Fitria