Ajarkan Anak Tingkah Laku Yang Baik Seawal 2 Tahun Agar Mereka Hormat Orang Lain

Tingkah laku dan nilai-nilai baik hendaklah diajar kepada anak seawal usia 2 tahun. Meskipun nampak remeh, ia penting dalam membentuk keperibadian mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk membesarkan anak-anak yang mempunyai tingkah laku baik dan pekerti tinggi, ibu ayah perlulah memupuk sifat ini setiap hari. Ia bukanlah sesuatu perkara yang sukar jika telah diajar seawal usia mereka.

Bagi membentuk keperibadian yang baik dalam diri anak-anak, ia memerlukan usaha berterusan, disiplin serta kerjasama ibu ayah.

Cara membentuk tingkah laku yang baik dalam diri anak-anak

Jadi, apakah antara sifat dan tingkah laku baik yang anak anda perlu belajar bermula usia 2 tahun sehingga umur 9 tahun?

Teruskan membaca dan mari pupuk sifat-sifat ini bermula dari sekarang ya!

1. Ajar anak ucapkan “tolong” dan “terima kasih”

credit to sources

Sebaik sahaja anak anda pandai berkata-kata, si kecil anda juga perlu belajar nilai kesopanan.

Berkata “tolong” apabila meminta bantuan dari sesiapa dan berkata “terima kasih” selepas menerima sesuatu adalah perkara yang bagus untuk diajari sedari awal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Tidak menyampuk perbualan seseorang

Ini lagi satu sifat dan tingkah laku baik yang perlu ada pada seorang insan. Apabila anak mula pandai berkomunikasi, anda perlu mengajar si manja untuk menunggu gilirannya, mendengar, dan memberi perhatian apabila seseorang sedang bercakap – kecuali kalau dia ingin katakan sesuatu yang benar-benar penting sahaja.

3. Belajar meminta izin

Sebelum menyertai perbualan seseorang, kanak-kanak juga perlu belajar bagaimana untuk meminta izin untuk bercakap. Mulakan kata-kata dengan “maafkan saya” sebelum menyertai perbualan.

Anak kecil juga perlu belajar bagaimana untuk meminta izin untuk berjalan di hadapan orang yang lebih tua atau berkata “excuse me” apabila terbatuk dengan kuatnya di hadapan seseorang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Tidak memberi komen terhadap fizikal seseorang

Kanak-kanak memang jujur, tetapi apabila tiba masa yang sesuai, anda sebagai ibu ayah perlu juga mengajar mereka erti kesopanan.

Mereka perlu belajar untuk tidak memberi komen negatif terhadap rupa atau bentuk fizikal seseorang, tidak kiralah betapa jujur atau benarnya kata-kata itu.

Anak anda perlu tahu untuk menjaga hati seseorang dan tidak memanggil seseorang itu “hitam”, “tidak cantik” atau “gemuk” sama ada di hadapan orang tersebut, ataupun ketika di belakangnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk

Anak juga sudah perlu mula belajar untuk mengetuk pintu yang tertutup sebelum membukanya. Ajari mereka untuk menunggu sehingga seseorang memberi respons sebelum mereka masuk ke bilik tidur.

6. Mengelak kata-kata kesat

credit to sources

Anak kecil itu umpama span. Mereka mampu menyerap apa sahaja yang mereka dengari, sama ada dari TV atau dari orang di sekeliling mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadangkala, anak kecil tidak tahu yang perkataan yang baru mereka ucapkan itu adalah kata-kata kesat. Jadi, itu adalah tugas anda sebagai ibu ayah untuk memperbetulkan kesilapan mereka.

Jangan membiasakan mereka untuk berkata kesat, tanpa anda memperbetul atau menegurnya. Takut ia menjadi habit yang sukar untuk ditinggalkan!

7. Tidak mengejek orang lain

Mengejek atau mempermainkan orang lain sememangnya adalah satu sikap yang tidak baik. Ibu bapa perlu mengajar anak untuk tidak menggelar seseorang dengan nama yang tidak disukainya!

8. Menutup mulut apabila terbatuk atau bersin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini lagi satu tingkah laku yang baik yang patut anda ajar pada si kecil anda, bermula usia 2 tahun sehingga 9 tahun.

Ajar anak anda untuk sentiasa menutup mulut ketika mereka terbatuk atau terbersin, terutamanya jika ada seseorang di hadapan mereka.

9. Tidak mengorek hidung di tempat awam

Ini sememangnya satu perangai yang tidak manis untuk dibuat di hadapan orang ramai. Anda perlu mengajar anak anda untuk menunggu sehingga mereka berada di rumah untuk melakukannya.

Malah jika perlu, ajar mereka untuk pergi ke tandas dan bukannya mengorek hidung di depan orang lain. 

10. Ajar anak untuk menawarkan pertolongan

Apabila anak anda berada di rumah saudara mara atau ketika di kampung semasa perjumpaan keluarga, galakkan anak anda untuk menawarkan pertolongan kepada sesiapa sahaja.

Membantu tugas kecil di dapur, mengemas rumah atau menyiapkan meja makan – ini adalah antara jenis pertolongan yang mungkin anak anda boleh tawarkan diri untuk membantu.

11. Tidak merungut apabila mereka bosan

credit to sources

Anak kecil memang suka merungut, terutamanya jika mereka berasa tidak seronok atau bosan. Ketika kecil, pupuklah sikap bersabar. Jangan digalakkan tabiat mereka yang suka merungut dan menarik muka masam/bosan di hadapan orang lain.

Ya, ini bukanlah satu tugas yang mudah. Sebab itulah ia perlu diajar dan dipupuk dari kecil, sehingga menjadi tabiat murni dan semulajadi dirinya.

12. Belajar meminta dengan sopan

Contohnya, ketika makan, ajar anak anda untuk tidak mengambil makanan yang jauh dari mereka. Sebaliknya jika dia memerlukan sesuatu, ajarinya untuk meminta bantuan orang lain dengan sopan.

Kemudian minta juga si kecil anda untuk berkata “terima kasih” selepas mereka mendapat sesuatu, hasil bantuan orang lain.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Solat Seawal Usia, Ini Tips Berkesan Mengikut Umur Mereka

Baca juga: Selalu Nak Main Lama-Lama, Pergi Taman Tak Nak Balik, Ibu Kena Ajar Anak Move On!

Baca juga: 9 Tips Berkesan Mengajar Anak Menjadi Seorang Yang Pemurah & Suka Berkongsi Barang

Penulis

Noor