Wajib Tahu! Rahsia Membuatkan Perkahwinan Bahagia Dan Berkekalan

Rahsia dan tip perkahwinan bahagia ini harus diketahui oleh setiap pasangan supaya perkahwinan dijalani sentiasa sakinah dan berkekalan hingga Jannah!

Rahsia dan tip perkahwinan bahagia seringkali menjadi persoalan besar dalam benak suami isteri. Padahal, semua itu boleh diraih dengan melakukan perkara yang mudah.

Ia seperti sentiasa mengucapkan terima kasih pada pasangan atau meraikan pencapaian yang diraihnya dalam hari-hari yang dilalui.

6 tip perkahwinan bahagia yang boleh anda cuba di rumah

Namun, jika anda masih memerlukan sedikit panduan bagaimana untuk memastikan kemanisan dalam rumah tangga kekal berpanjangan, berikut adalah beberapa rahsia dan tip perkahwinan bahagia yang harus anda ingat dan amalkan baik-baik di rumah.

1. Meraikan perkara kecil yang dilakukan berdua

Meraikan semua perkara yang dilakukan bersama adalah salah satu rahsia dalam membuatkan perkahwinan kita kekal bahagia.

Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi di UCLA, perkara sekecil apapun yang terjadi, ia seharusnya dilakukan berdua.

Seperti meraikan kejayaan dalam karier; ia sememangnya satu kebahagiaan kecil yang terjadi dalam hidup kita.

Kredit: Crosswalk.com

Jangan diabai atau diremeh-temehkan. Inilah maksud sebenar dari kalimat berkongsi di saat suka dan duka!

Jangan hanya berkongsi hal sedih, tapi kita juga berkongsi kebahagiaan dengan meraikannya bersama. Baru meriah dan gembira rumah tangga!

2. Percintaan yang penuh ghairah

Menurut sebuah kajian terbaru, pasangan yang jarang melakukan hubungan seksual lebih cenderung untuk kurang bahagia.

Meskipun seks bukanlah satu-satunya hal penting dalam perkahwinan, tapi keintiman secara fizikal turut memainkan peranan penting dalam membuatkan satu-satu perkahwinan itu lebih bahagia!

Mereka yang memiliki kesukaran untuk mengendalikan emosi, sering merasa gelisah, atau mengalami emosi negatif seringkali kelihatan lebih tenang dan gembira jika dia mengalami seks rutin dengan pasangannya.

Jadi, jangan “berpuasa” terlalu lama dari hubungan intim dengan pasangan, ya Parents.

3. Saling menghargai satu sama lain

Meskipun ramai orang yang berasa bersyukur atau berterima kasih pada pasangannya, namun mereka masih jarang mengungkapnya dengan kata-kata.

Menurut sebuah kajian, mereka yang merasa dihargai oleh pasangannya atas segala usahanya di dalam rumah tangga akan berasa lebih puas dalam hubungannya. Malah, mereka juga jarang untuk memendam kebencian.

Kredit: Gannsdeen.com

Suami isteri yang boleh menghargai satu sama lain – secara senyap mahupun lisan – akan memiliki peluang lebih besar untuk mencapai perkahwinan yang bahagia berbanding mereka yang tidak mahu menghargai pasangannya.

Ungkapan pujian pada pasangan akan menciptakan suasana yang lebih baik dalam rumah tangga.

Jadi, jangan ragu untuk mengucapkan terima kasih ataupun memberikan kata-kata pujian pada pasangan anda.

4. Berkompromi

Tip perkahwinan bahagia yang seterusnya adalah anda perlu menjadikan sifat suka mengalah dan bertolak-ansur dengan pasangan sebagai satu habit.

Sentiasa cuba untuk memahami dan berlapang dada adalah salah satu rahsia yang boleh membuatkan rumah tangga anda bahagia.

Pasangan yang menerima kelebihan dan kekurangan satu sama lain juga akan kurang bertengkar ketika berbeza pendapat. Mereka terbukti lebih bahagia!

5. Meletakkan standard yang tinggi

Selama ini, ramai pakar telah menyarankan suami isteri agar tidak meletakkan harapan tinggi pada pasangan.

Namun, kajian terbaru yang mengkaji rahsia perkahwinan bahagia pula menunjukkan perkara yang sebaliknya.

Kredit: Muslimvillage.com

Pasangan yang memiliki harapan dan standard tinggi juga cenderung untuk menerapkan standard tinggi dalam rumah tangganya.

Contohnya, kajian menyatakan pasangan yang memiliki harapan tinggi terhadap romantisme dalam rumah tangga akan diperlakukan dengan lebih baik dan menjadi lebih bahagia.

Ini kerana perilaku mereka sendiri akan meniru harapan yang mereka inginkan. Ia kemudiannya akan menjadi hubungan timbal balik dengan pasangannya! Menarik, bukan?

6. Menghargai setiap kenangan indah yang dilakukan bersama pasangan

Lagi satu tip perkahwinan bahagia adalah selalu mengingati kenangan indah anda berdua.

Jika anda mengingati dan meraikan setiap kenangan indah yang dilakukan bersama, seperti kenangan bulan madu, maka mood anda cenderung untuk menjadi lebih bahagia.

Ia telah terbukti secara ilmiah bahawa pasangan yang meraikan setiap momen indah akan dapat meningkatkan tahap keintiman, komitmen, kepercayaan dan kepuasan dalam perkahwinan.

Seronok juga ya bila membaca hal-hal seperti menambah baik hubungan dalam rumah tangga bersama pasangan kita? Mari kita praktikkan bersama di rumah.

Hargai dan jangan ambil mudah tentang kesetiaan serta kasih sayang yang telah dicurahkan oleh pasangan kita.

Bagaimana pula dengan andaApa yang anda lakukan di rumah supaya hubungan romantis antara suami isteri sentiasa mekar?

Sumber: The Asian Parent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Pasangan Yang Bahagia Selalu Buat 9 Rutin Harian Ini Sebelum Mereka Tidur

Penulis

Noor