9 Cara Ajar Anak Membaca Dengan Mudah & Berkesan Ibu Ayah Wajib Baca!

Anda tercari-cara apa cara ajar anak membaca dengan cepat? Apa kata anda cuba 9 teknik ajar anak cepat membaca ini. Mana tahu berkesan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menanam minat membaca dalam diri anak-anak harus bermula sejak kecil. Tidak dinafikan, susah sebenarnya nak tahu apa teknik ajar anak cepat membaca. Tapi jangan bimbang, di sini kami sediakan 9 tips tentang cara ajar anak membaca.

Jom kita buat!

Cara Ajar Anak Membaca

#1. Mula Seawal Mungkin

Untuk ajar anak membaca dengan cepat, anda perlulah menanam minat membaca dalam diri anak-anak seawal usia bayi. Walaupun tidak dapat membunyikan apa-apa huruf, mereka masih dapat memahami konsep membaca.

Ini dapat membiasakan mereka dengan buku, di samping membina hubungan kita dengannya.

#2. Bacakan Buku Kepada Mereka

Anak-anak umur 3 tahun ke atas dapat dibantu memahami coretan di atas kertas ada makna dengan membacakan perkataan-perkataan itu kepadanya.

Bacalah sekurang-kurangnya 20 minit sehari dan tambah masa apabila usia meningkat. Sasarkan sebanyak 3-4 buah buku sehari. Pastikan pilihan buku yang mendapat respon paling menceriakan. Libatkan mereka ketika membaca seperti menyelak muka surat.

#3. Baca Dengan Kefahaman

Salah satu cara ajar anak membaca dengan cepat adalah melalui jadikan tujuan membaca untuk kefahaman, bukan sekadar membunyikan perkataan.

Tanya soalan agar mereka dapat berinteraksi dengan buku dan membantu kefahamannya. Bagi bayi, tanya apa yang dapat dilihat dalam buku seperti: “Anisa nampak kucing?” sambil menuding gambar kucing.

Apabila meningkat usia, mintalah dia tunjukkan gambar-gambar dalam buku. Pada usia 2 atau 3 tahun, tanya soalan sebelum, semasa dan selepas buku dibaca.

Jika berkaitan dengan perasaan, tanyakan jika dia pernah merasakan perasaan itu. Tanyakan juga tentang gambar-gambar dalam buku seperti; “Eh besarnya rumah ini. Cantik tak Ahmad?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Pilih Bahan Bacaan

Bahan bacaan amat penting dalam proses membaca. Berikan bahan bacaan yang sedikit mencabar tetapi mampu dibaca oleh anak-anak. Kita juga boleh memilih buku asas tulisan jawi bagi tambahan buku huruf dan buku Iqra’ bagi mengajar mereka mengaji.

#5. Gunakan Sebanyak Mungkin Deria

Anak-anak lebih mudah dan cepat belajar apabila ke semua derianya digunakan. Apabila menunjukkan minat terhadap huruf, jalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan derianya yang lain.

Libatkan bunyi-bunyian huruf sambil bertepuk tangan atau mengenal dan menggunting huruf-huruf daripada keratan akhbar. Kenalpasti aktiviti yang paling mereka gemari dan gunakannya selalu untuk pelajaran seterusnya.

#6. Bunyikan Huruf

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah fonetik atau decoding. Ia memperkenalkan anak-anak kepada bunyi huruf dan bukan nama huruf. Apabila kenali bunyi huruf, mereka akan bersedia untuk mencantumkan huruf-huruf menjadi perkataan.

Galakkan anak-anak untuk membunyikan huruf untuk perkataan-perkataan pendek seperti: i-b-u untuk ‘ibu’ dan s-a-y-a untuk ‘saya’. Membiasakan mereka membunyikan huruf-huruf akan memudahkan mereka mengenalpasti perkataan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Jadilah Contoh Terbaik

Ingat pesanan ini: anak-anak yang teruja dengan buku akan luntur minatnya jika tidak melihat contoh di rumah. Pastikan kita masih membaca di hadapannya untuk beberapa minit sehari. Bacalah majalah, buku masakan, novel mahupun al-Qur’an.

Tunjukkan membaca adalah sesuatu yang juga dilakukan oleh orang dewasa. Bagi anak lelaki, pastikan bapa menjadi contoh. Kita sering terlupa mereka lebih mudah belajar melalui contoh. Jadi, ambillah bahan bacaan dan bacalah, demi anak-anak!

#8. Bersabar dan istiqamah

Apa jua kaedah, pastikan ia konsisten serta dilakukan dengan tenang dan ceria. Hindarkan tekanan terhadap anak-anak kerana ia juga akan menyebabkan kita tertekan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika tiada perkembangan ketara, janganlah berputus asa. Teruskan mengajar anak-anak dalam 10 – 15 minit sehari-hari secara konsisten. Ini lebih berkesan daripada sesi 2 – 4 jam sehari kemudian berhenti beberapa hari. Kekalkan fokus kita kerana yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik dan berkesan.

#9. Bergembiralah dengan hasilnya

Setiap perkembangan yang ditunjukkan walau sekecil mana harus dihargai. Berikan ganjaran seperti pujian, pelukan dan ciuman. Tunjukkan wajah yang gembira dan ceria setiap kali mereka mengeja, membaca mahupun sekadar membunyikan sesuatu terutama bayi.

Jadikanlah proses pengajaran dan pembelajaran membaca ini sebagai kenangan manis untuk kita dan anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Membaca Buku Ketika Mengandung Boleh Lahirkan Anak Bijak?