TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Penyakit ADHD, Anak Hiperaktif Dan Tak Reti Duduk Diam? Kenali Tanda-Tanda Yang Ibu Ayah Perlu Tahu!

4 min bacaan
Penyakit ADHD, Anak Hiperaktif Dan Tak Reti Duduk Diam? Kenali Tanda-Tanda Yang Ibu Ayah Perlu Tahu!

Penyakit ADHD adalah gangguan yang mempengaruhi fokus, tingkah laku dan emosi anak menjadikan pembelajaran dan aktiviti harian lebih mencabar

Melihat gelagat si manja yang hiperaktif atau sukar fokus sering kali membuatkan ibu bapa pening kepala, sehingga timbul persoalan sama ada ia ada kaitan dengan penyakit ADHD atau tidak? Jangan risau, ibu ayah boleh semak tanda-tandanya di sini untuk lebih kepastian.

Isi Kandungan

  • Apakah Definisi Penyakit ADHD?
  • Apakah Gejala ADHD?
  • Bagaimana ADHD Didiagnosa?
  • Bolehkah Penyakit ADHD Disembuhkan?
  • Adakah ADHD Dan Autisme Penyakit Yang Sama?

Apakah Definisi Penyakit ADHD?

ADHD, atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder adalah gangguan perkembangan neuro yang sering menjejaskan kemampuan anak untuk fokus, mengawal tingkah laku dan mengurus emosi mereka.

Gejala ADHD biasanya muncul sebelum usia 12 tahun dan boleh dikesan seawal 3 tahun.

Malah, gangguan ini boleh berterusan sehingga dewasa. Ia lebih mudah dikenal pasti pada kanak-kanak dan remaja, tetapi sukar dikesan pada usia dewasa kerana simptomnya berbeza. 

Bagi orang dewasa, hiperaktif mungkin berkurang tetapi mereka masih menghadapi masalah seperti impulsif, gelisah dan kesukaran memberi tumpuan.

Ini menyebabkan mereka kerap terlupa janji temu, sukar menyelesaikan tugasan tepat waktu atau sukar mengawal emosi, seperti mudah marah semasa memandu.

Namun, penyakit ADHD jelas mengganggu kehidupan harian. 

Apakah Gejala ADHD?

Gejala ADHD berbeza untuk setiap kanak-kanak, tetapi secara umum ia boleh dikelompokkan kepada tiga kategori utama iaitu:

Kurang Perhatian (Inattentiveness)

  • Sukar fokus dalam aktiviti seperti belajar atau bermain.
  • Sering lupa atau kehilangan barang penting seperti buku sekolah.
  • Tidak mendengar apabila bercakap atau diberikan arahan.

Hiperaktif (Hyperactivity)

  • Sentiasa bergerak walaupun dalam situasi yang memerlukan mereka duduk diam.
  • Sukar bermain secara tenang.
  • Bercakap tanpa henti atau kerap menyampuk perbualan.

Impulsif (Impulsiveness)

  • Bertindak sebelum berfikir, seperti berlari di tempat yang tidak sesuai.
  • Sukar menunggu giliran, contohnya semasa bermain permainan.
  • Sering memotong atau mengganggu perbualan orang lain.

Bagaimana ADHD Didiagnosa?

Jika anda mengalami mana-mana gejala yang disebutkan, ia tidak semestinya bermaksud anda juga mempunyai ADHD. Gejala ini perlu wujud sejak zaman kanak-kanak dan bukan sekadar berlaku sekali-sekala. 

Untuk mendapatkan diagnosis ADHD, beberapa langkah perlu diambil, antaranya: 

  • Pengumpulan maklumat: Meliputi masalah perubatan semasa, sejarah perubatan peribadi dan keluarga serta rekod gejala dan prestasi di sekolah. 
  • Sesi soal selidik: Doktor akan menemu bual individu yang rapat dengan pesakit, seperti ahli keluarga, guru atau penjaga. 
  • Pemeriksaan fizikal dan psikologi: Dilakukan oleh pakar untuk menolak kemungkinan penyakit lain yang mungkin menyebabkan gejala. 
  • Skala penilaian ADHD atau ujian psikologi: Alat ini digunakan untuk mengumpul dan menilai maklumat berkaitan gejala pesakit. 

Bolehkah Penyakit ADHD Disembuhkan?

ADHD tidak boleh disembuhkan, tetapi ia boleh diurus dengan kaedah rawatan yang sesuai. Rawatan ini membantu anak anda mengawal simptom dan membina kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran harian.

Rawatan ADHD yang biasa disarankan oleh pakar perubatan:

1. Ubat-ubatan

Doktor mungkin mencadangkan ubat seperti stimulants untuk meningkatkan fokus dan mengurangkan hiperaktif. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau kesan sampingan dan berbincang secara berkala dengan doktor.

2. Kaunseling Psikologi

Behavioral therapy adalah pilihan terbaik untuk membantu anak memahami dan mengurus emosi serta tingkah laku mereka. Ibu bapa juga boleh belajar teknik mendidik yang berkesan untuk menyokong perkembangan anak.

3. Pengurusan Mengenai Hubungan

Individu dewasa dengan ADHD sering menghadapi masalah seperti lupa janji temu, gagal menyiapkan tugasan mengikut masa dan membuat keputusan secara impulsif.

Keadaan ini boleh menjejaskan fungsi mereka sebagai pekerja, rakan atau pasangan. 

Terapi bertujuan menangani isu-isu ini dengan membantu memperbaiki tingkah laku, meningkatkan kemahiran komunikasi serta mengembangkan cara penyelesaian konflik dan masalah.

Terapi pasangan dan kelas khas untuk ahli keluarga juga dapat membantu mereka lebih memahami ADHD sekali gus memperbaiki hubungan antara pesakit dan orang di sekelilingnya.

Adakah ADHD Dan Autisme Penyakit Yang Sama?

Penyakit ADHD, Anak Hiperaktif Dan Tak Reti Duduk Diam? Kenali Tanda-Tanda Yang Ibu Ayah Perlu Tahu!

Walaupun ADHD dan autisme mempunyai beberapa persamaan seperti kesukaran dalam kemahiran sosial, kedua-dua gangguan ini berbeza.

Perbezaan Gejala ADHD dan Autisme

Aspek ADHD Autisme
Fokus Sukar fokus pada aktiviti yang memerlukan tumpuan tinggi. Fokus hanya pada perkara yang diminati.
Interaksi & Komunikasi Kerap bercakap tanpa henti, suka mengganggu dan mendominasi perbualan. Sukar meluahkan perasaan, elak kontak mata dan kurang komunikasi.
Rutin Tidak suka rutin harian yang sama atau aktiviti berulang. Sangat bergantung pada rutin harian, tidak suka perubahan.

Seseorang boleh mempunyai ADHD dan autisme secara serentak, tetapi diagnosisnya memerlukan penilaian mendalam oleh pakar.

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

Jika anda mengesyaki anak anda mempunyai ADHD, segera dapatkan bantuan pakar untuk memastikan mereka mendapat perhatian dan rawatan yang diperlukan.

Mayo Clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ADHD Maksud: Kenali Apa Itu ADHD, Ciri-Ciri ADHD & Rawatan Yang Sesuai

Baca juga: Disleksia (Dyslexia) Pada Kanak-Kanak: Apa Itu Disleksia, Ciri-Ciri Disleksia & Rawatan Terbaik

Baca juga: Ibu Ayah Sila Peka, Ini 5 Tanda Awal Anak Kecil Anda Mungkin Alami Gangguan Mental

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • Penyakit ADHD, Anak Hiperaktif Dan Tak Reti Duduk Diam? Kenali Tanda-Tanda Yang Ibu Ayah Perlu Tahu!
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham