7 Jenis Rangsangan Pada Bayi TERBUKTI Berkesan Untuk Perkembangan Otak & Minda

Tahukah ibu ayah tentang tips anak bijak dengan cara merangsang otak mereka sejak dari kecil? Selain menyeronokkan, si manja pasti teruja untuk mencubanya

Sejak dari awal kehamilan, para ibu pastinya berusaha sehabis mungkin mengikut segala petua untuk memperoleh bayi yang comel dan sihat. Bukan itu sahaja, anda juga perlu tahu beberapa tips anak bijak bermula sejak mereka masih kecil.

Tidak dinafikan, setiap ibu ayah meletakkan harapan tinggi untuk anak-anak membesar dengan didikan terbaik agar dewasa nanti boleh menjadi insan yang berguna.

Tips anak bijak dengan merangsang perkembangan otak dan minda sejak kecil

credit to sources

Kebanyakan pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan si manja adalah tempoh penting bagi proses pembelajaran. 

 Jika melihat kembali gaya keibubapaan dahulu, mereka tidak menggunakan saluran Youtube ataupun telefon pintar. Namun kebanyakannya telah menjadi orang yang bijak sehingga berjaya mengharumkan nama negara.

Teknik tradisional ini sudah terbukti bahawa cara terbaik adalah bermula dari diri ibu ayah yang sentiasa merangsang otak anak melalui pelbagai interaksi seperti ketawa, menyanyi dan bercakap. Antara tips lain yang disyorkan oleh pakar perkembangan anak ialah:

#1. Geletek

Ketawa adalah langkah pertama dalam perkembangan humor si manja. Permainan seperti ‘labah-labah panjat perigi’ dan ‘cak cekur’ dapat mengasah otak anak untuk menjangkakan apa yang bakal berlaku.

Selain itu, aktiviti ini berkesan dalam mengawal stres anda ketika berdepan si manja. Ibu ayah turut berasa seronok dan tenang melihat anak kecil ketawa.

#2. Manfaatkan masa ketika menukar lampin

Siapa sangka waktu tukar lampin bayi merupakan waktu emas antara ibu ayah dan si manja. Anda boleh manfaatkan peluang ini dengan mengajar bahagian-bahagian badan atau warna pakaian.

Anda juga boleh melakukan urutan manja secara rutin bagi menggalakkan lagi interaksi.

#3. Bertentang mata

foto: shutterstock

Ketika anak baru bangun tidur, ambil peluang untuk menatap bahagian matanya. Bayi yang masih kecil dapat mengenali wajah di awal usia sehingga anda adalah insan paling penting.

Setiap kali dia merenung pada ibu ayah, sebenarnya si manja sedang membina memori. Bukan itu sahaja, anda boleh tenung pada matanya ketika sedang ketawa, gembira atau menangis teresak-esak.

#4. Gerakan pada wajah

Kajian mendapati bahawa bayi yang baru lahir seawal usia dua hari sebenarnya dapat meniru pergerakan wajah yang mudah.

Ia adalah kaedah penyelesaian masalah diawal usia. Justeru, ibu ayah boleh kenyitkan mata, mengukirkan senyuman ataupun membuat mimik muka.

#5. Biarkan bermain dengan tisu

Sekiranya anda mendapati bahawa si manja gemar membuat sepah dengan bermain tisu, usahlah memarahinya. Hal ini kerana permainan ini dapat merangsang deria dan pergerakan badannya.

Cipta kejutan dengan meletakkan mainan di bahawa tisu dan biarkan si manja mencarinya sendiri. Cara ini dapat memupuk sikap ingin tahu dan berusaha mendapat sesuatu sehingga berjaya.

#6. Bawa keluar membeli-belah

foto: azran amy

Aktiviti ini tidak hanya menjadi terapi buat para ibu, tetapi amat golongan bayi dan kanak-kanak juga. Hal ini adalah kerana mereka boleh menggunakan setiap deria dengan lebih berkesan.

Kebiasaannya, bayi akan memberikan reaksi pada persekitaran di luar rumah. Bunyi-bunyian, wajah-wajah dan pelbagai warna di sekeliling mereka akan menjadi hiburan. 

Pada masa yang sama, ia akan merangsang deria penglihatan dan pendengaran.

#7. Hasilkan buku sendiri

Sesekali bawalah anak melawat ke zoo dan ambil gambar bagi setiap haiwan kesukaannya untuk dimasukkan ke dalam album.

Kemudian bacalah buku tersebut sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang. Dengan kemajuan teknologi pada hari ini, ibu ayah boleh menggunakan telefon pintar sahaja untuk mengambil gambar.

Selain itu, aktiviti membaca buku yang ringkas dan pendek secara berulang kali juga salah satu tips anak bijak. Para pengkaji percaya bahawa bayi seawal usia 8 bulan dapat mengenali turutan sesebuah cerita sekiranya dibaca 2 atau 3 kali secara berturutan. Ia dikatakan dapat membantu si manja belajar tentang bahasa.

Sumber: Hasrul Hassan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comdoa-anak-bijak