Anak Istimewa Susah Makan, Ibu Kongsi 'Taktik' Rahsia Letak Makanan Dalam Bekas KFC

Tips anak susah makan yang berkesan hendaklah bermula dengan usaha dari ibu ayah. Anda perlu kreatif dalam menyediakan makanan mengikut kesukaan si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses membesarkan anak-anak penuh suka dan duka. Ada segelintir ibu ayah mengakui ia adalah perjalanan yang sangat mencabar apabila si manja sudah mula pandai berjalan, aktif dan memilih makanan. Namun jangan risau kerana ada banyak tips anak susah makan yang boleh anda cuba.

Bila berdepan dengan drama ketika waktu makan, ibulah insan paling letih untuk memujuk dan memastikan anak-anak memperoleh nutrisi mencukupi.

Tips anak susah makan, ibu guna bekas jenama makanan segera

Lebih mencabar ibu ayah apabila anak-anak kini lebih gemar mengambil makanan segera berbanding yang dimasak di rumah. Sama seperti kisah anak kecil istimewa ini, dia amat sukakan makanan segera dari jenama terkenal seperti KFC dan McDonald.

Ini bukan sahaja boleh membuatkan ibu ayah pening kepala, namun boleh menjejaskan kesihatan diri jika tidak dikawal. Menerusi perkongsian oleh seorang ibu, Nurain Ismail dalam kumpulan Facebook Autisme Malaysia, telah telah menggunakan taktik ‘rahsia’ dengan menyimpan bekas-bekas daripada jenama makanan segera untuk dijadikan mangkuk nasi buat anaknya.

Mungkin kedengaran agak lucu, namun inilah hakikat apabila memiliki anak kecil yang susah makan nasi dan sayur. Cara ini sekaligus membuatkan si manja makan masakan ibu mereka.

Bila ada anak yang memiliki akal dua kali ganda dari kita, kita pun kena dua langkah ke hadapan dari dia.

Nadim ni memang sangat susah makan. Kalau nak makan, mesti dari restoran makanan segera yang dia suka seperti KFC, McDonalds, Domino’s Pizza dan Chicken Rice Shop.

Kalau tiap hari nak menikmati semua makanan seperti di atas ini, boleh botak kepala ayah dia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nadim mempunyai high taste kalau bab makan. Jadi kena paksa dia makan makanan kita masak terutamanya nasi. Maka tercetuslah idea ini.

Semua bekas makanan kegemaran dia disimpan. Bila waktu makan, letaklah nasi dalam bekas tu supaya dia ingat ia datangnya dari kedai-kedai tersebut.

Ibu juga tidak perlu keluar dan terkejar-kejar untuk bagi dia makan nasi. Dia memang akan datang sendiri sebab dia tengok nasi dari bekas KFC. Haha. Maafkan mama nak, ini tips anak susah makan dan jalan yang terbaik buat Nadim.

Tips anak susah makan, bertabahlah ibu ayah ketika membesarkan anak istimewa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Setiap ibu ayah pasti ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak, namun ia tidak mudah dicapai terutamanya bagi anda yang memiliki anak istimewa. Biasanya mereka memerlukan lebih penjagaan dan perhatian berbanding kanak-kanak normal.

Berikut adalah beberapa tips dan nasihat buat ibu ayah yang memiliki anak istimewa:

#1. Ibu ayah hendaklah yakin bahawa anak kita bukanlah suatu ciptaan yang rosak diberikan oleh Penciptanya. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang rosak dan sia-sia. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Anak adalah anugerah dan ujian. Sama ada mereka normal dan istimewa, kehadiran cahaya mata membuatkan ibu ayah lebih banyak waktu untuk rapat dengan allah. Dia lah yang mengirimkan amanah ini pada kita dan tidak mungkin tersalah alamat.

Sentiasalah memohon pertolongan dari Allah melebihi dari segalanya.

#3. Jangan menyalahkan pasangan, keturunannya atau makhluk lain di sekeliling anda apabila mendapat tahu anak yang dilahirkan tidak sempurna. Usahakan diri untuk berdamping dengan kumpulan sokongan positif bagi mendapatkan semangat buat diri.

Walaupun anda terpaksa berdepan dengan mulut jahat orang yang mengatakan anak itu hadir disebabkan kifarah dosa lampau, pedulikan mereka dan buktikan anda berjaya menjaga amanah Allah dengan baik.

#4. Ajarkan anak istimewa melalui deria. Kenal pasti deria yang memiliki keupayaan untuk mereka belajar sesuatu. Ibu ayah hendaklah bekerjasama  merangsang deria mereka dalam memberi didikan agama dan mengenali Pencipta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

#5. Sentiasa bersabar dan memiliki ilmu mendidik anak. Anak istimewa pastinya diberikan sesuatu kelebihan berbeza berbanding anak yang lain. Fokuskan pada kaedah pengajaran menggunakan deria anak yang masih berfungsi.

Perlu diingat bahawa anak istimewa ini mungkin tidak dikurniakan kemahiran berfikir yang tingi. Jangan stress dan besarkanla mereka dengan penuh kasih sayang kerana Allah.

Usah terlalu fokus dengan keputusan atau pencapaian, tetapi fokuslah dengan usaha yang anda rancang dan bakal laksanakan. Pastikan kehadiran anak istimewa ini adalah tiket untuk anda ke syurga.

Sumber: Nurain Ismail, Keluarga

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Risau Tengok Anak Makan Sikit, 11 Petua Ini Terbukti Berkesan Tambah Selera Si Manja 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan