Anak Baru Mula Berjalan? 5 Tips Beli Kasut Bayi Yang Selesa Untuk Anak

Bila anak anda mula berjalan, kasut mainkan peranan yang sangat penting. Gunakan 5 tips mudah ini untuk membelikan kasut yang selesa untuk bayi anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wah, anak anda dah boleh berjalan? Kena belikan kasut yang selesa ni! Tapi apa tips beli kasut bayi yang kita perlu tahu?

Yeay, si comel sudah mula bertatih dan mula berjalan selangkah demi selangkah. Anak anda dah mula dapat kaki. Makin ligatlah si kecil berjalan. Indahnya dunia bila anak yang tersayang sudah mula berjalan. Mulalah si ibu memasang niat kan nak belikan anak kasut-kasut yang cantik dan comel.

Tahukah anda? Kanak-kanak atau bayi memerlukan kasut yang selesa untuk berjalan. Seperti orang dewasa juga, kanak-kanak juga perlu memakai kasut yang sepadan dengan kaki mereka. Tidak boleh main sarung sahaja. Ibu mahupun bapa perlulah buat keputusan terlebih dahulu. 

Untuk memilih kasut yang bagaimana untuk anak anda, mari ketahui apakah tips beli kasut bayi terbaik yang ibu perlu tahu di sini.

Pertama sekali, ini apa yang anda perlu tahu.

Bila sepatutnya ibu bapa beli kasut bayi?

Kredit: Unsplash

Sekiranya anak anda sudah boleh berjalan ke luar rumah, anda sudah seharusnya membelikan kasut yang baik untuk anak anda. Susah kalau tidak ada kasut. Bagaimana pula anak anda nak praktis belajar berjalan di luar rumah kan? Jadi ibu bapa selalu runsing bila nak beli kasut bayi.

Tapi, kalau anak anda baru sahaja boleh berjalan. Kami cadangkan agar anak anda belajar berjalan tanpa menggunakan sebarang kasut. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biar kan sahaja anak anda berjalan tanpa alas supaya anak anda boleh belajar imbangkan diri dan juga untuk koordinasi tangan dan kaki. Biarkan anak anda merasai tanah dengan kaki mereka untuk belajar keseimbangan dan bagi anak anda berlatih puas-puas. Kemudian, bolehlah anak anda mula memakai kasut. 

Tetapi, ramai ibu bapa yang sering buat kesilapan ini yang mana ibu bapa selalu belikan kasut dan pakaikan kasut kepada anak sewaktu anak masih kecil lagi. Jari kaki bayi memerlukan pergerakan yang bebas. Jadi bila anda pakaikan kasut dekat bayi anda, pergerakan kaki dan jarinya jadi terbatas dan tak bebas. 

Tips beli kasut bayi yang selesa dan comel

Kredit: Unsplash

#1 Jangan main beli sahaja 

Nak pilih kasut bayi ini bukan asal ada atau bukan asal cantik. Tapi, pemilihannya mestilah tepat mengikut usia bayi. Jadi, jangan main beli. Maksudnya disini, anda perlu mencari kasut yang bersesuaian dengan kaki anak anda. Hanya kerana kasut itu cantik atau kelihatan comel pada kaki anda, anda terus sahaja beli tanpa memberi anak anda mencuba terlebih dahulu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba anda buat research dahulu dan pilih kasut bayi yang mempunyai ciri-ciri yang baik untuk anak anda.

#2 Pilih kasut dengan saiz yang sepadan

Ini antara tips yang paling mustahak iaitu anda kena cari kasut yang orang kata muat-muat cantik untuk anak. Semestinya nak pilih kasut bayi bukannya mudah macam pilih saiz kasut orang dewasa. Sudah pasti ada caranya. Jadi, cara mudah untuk cari kasut yang sepadan adalah dengan mengukur kaki anak anda terlebih dahulu sebelum pergi membeli kasut. Sebab anda tidak boleh agak-agak kerana saiz kaki setiap kanak-kanak berbeza. 

Sebaiknya ukurlah pada waktu petang kerana kaki bayi mengembang pada waktu itu. 

#3 Pilih kasut dengan jenis dan sokongan yang tepat

Terdapat banyak lambakan kasut bayi di pasaran. Jadi memang boleh rambang mata dibuatnya. Menurut Healthy Children, bayi dilahirkan dengan kaki rata atau flat feet yang akan hilang apabila mereka berumur 6 tahun ke atas. Jadi anda tidak perlu memilih kasut high ankle kerana pergelangan kaki bayi perlu bebas tanpa sebarang sokongan agar mereka boleh membina kekuatan otot pada kaki. 

Jenis kasut yang baik adalah daripada jenis yang paling ringan dan dapat memberikan sokongan kepada kaki anak anda. Pastikan tapak kakinya jenis mudah lentur dan mempunyai cengkaman yang kuat supaya mudah anak anda dapat berjalan. 

Baca Juga : Membeli kasut kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah, terutama untuk anak baru saja berjalan. Tentu jenis dan saiz kasut perlu dititikberatkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4 Jenis pengikat yang sesuai

Kredit: Unsplash

Ada pelbagai jenis pengikat kasut untuk kasut bayi. Ada yang diperbuat daripada velcro, strap atau laces. Kalau ibu bapa nak tahu lebih, ibu bapa kena buat banyak research. Pengikat yang berbeza ini ada peranannya yang tersendiri. Apa yang anda perlu pastikan sewaktu memilih jenis pengikat untuk kasut adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pengikat kasut yang mana paling sesuai? Kuat ataupun tidak?
  • Senang tak untuk anak anda buka kasut?
  • Mudah untuk anda ketatkan kasut anak anda?

#5 Bila perlu cari kasut lain

Budak-budak pakai kasut kadang sekejap sahaja. Pejam celik pejam celik. Mereka dah besar. Tapi ini bukan alasan untuk anda belikan kasut yang ketat untuk anak anda sebab takut pakai sekejap. Kalau anda beli kasut yang besar sangat pun tak boleh juga.

Jadi, satu lagi tips beli kasut bayi anda perlu ingat ialah anda kena sentiasa periksa kasut anak anda setiap 6 hingga 8 minggu. Tengok muat atau tidak lagi kasut itu. Kalau dah ketat, kenalah beli kasut baru.

Cara nak periksa senang sahaja! Masa anak anda pakai kasut, tekan di bahagian depan kaki sekali. Pastikan ada ruang sekurang-kurangnya setengah inci antara jari kaki dan bahagian depan kasut. 

Sumber: Ayachalo

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Kasut Pra- Berjalan: Adakah si Manja Perlukannya Atau Tidak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nina Osman