Kalau Nak Bersalin Normal & Mudah, Ibu Kena Amal 5 Tips Ini Sejak Mengandung Lagi!

Bagi ibu yang sedang hamil, ketahui bahawa ada beberapa tips bersalin normal yang mudah dan berkesan untuk anda amalkan. Yang penting kena rajin!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap wanita yang hamil pastinya berharap untuk melalui proses melahirkan anak mudah dan lancar. Di sini kami kongsikan beberapa tips bersalin normal bagi membantu anda dalam bilik kelahiran nanti!

Berdasarkan sebuah penelitian yang telah dilakukan, lebih kurang 85 peratus wanita sebenarnya cenderung untuk bersalin secara normal. Hanya 15 peratus sahaja memerlukan bantuan doktor atau kaedah perubatan iaitu c-zer ketika melahirkan anak.

Baca juga: Begini Rutin Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Barulah Si Manja Tidak Kerap Merengek!

Tips bersalin normal tanpa mengalami koyakan

credit to sources

Walau bagaimanapun statistik menunjukkan 1 daripada 3 wanita terpaksa bersalin secara kaedah pembedahan disebabkan oleh beberapa faktor kesihatan. Dalam hal ini bersalin secara normal adalah kaedah semula jadi bagi mengeluarkan bayi dari alam janin ibu ke alam nyata.

Bukan itu sahaja, prosedur kelahiran normal ini dikatakan bayi memiliki kesihatan lebih baik berbanding bayi dilahirkan secara caesar. Ibu juga dapat pulih dengan cepat. 

Meskipun tiada formula atau teknik khusus bagi membolehkan anda bersalin normal, namun terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan peluang bersalin tanpa koyakan. Antaranya ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Sentiasa menjaga pemakanan

Pemakanan yang berkhasiat bukan sahaja amat penting untuk kesihatan tubuh badan, namun ia turut membantu proses perkembangan janin dengan baik. Selain itu, makanan tinggi nutrisi berkesan dalam membantu anda kekal bertenaga dan lebih bersedia bagi menghadapi proses bersalin.

Justeru, perbanyakkan makan sayur-sayuran serta buah bagi mengelakkan sebarang komplikasi ketika mengandung dan tempoh melahirkan anak nanti.

#2. Mengelakkan diri daripada rasa tertekan

Kebanyakan ibu mengandung kali pertama atau banyak kali mengakui bahawa diri mereka berasa stres apabila semakin hampir dengan tarikh bersalin. Mana tidaknya, dengan kandungan begitu besar, kaki dan bahagian belakang rasa sakit membuatkan anda rasa tidak selesa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Sebaiknya cubalah menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang membuatkan ibu berasa lebih tertekan. Amalkan rutin sihat setiap hari bagi menstabilkan mood serta emosi. Cara yang boleh anda cuba ialah:

  • Bercerita dan meluahkan perasaan terhadap suami
  • Meluangkan masa dengan baca buku, mendengar lagu ataupun bacaan al-quran
  • Baca perkongsian pengalaman daripada wanita lain yang berjaya bersalin normal dan mudah
  • Jauhkan diri dengan kawan-kawan atau persekitaran yang mempunyai tanggapan negatif
  • Cari dan tonton video bersalin normal bagi membantu anda membayangkan teknik dan proses melahirkan bayi dengan mudah

#3. Rajin melakukan senaman ringkas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya semakin dekat dengan tarikh kelahiran, anda seharusnya lebih aktif melakukan senaman. Ini bagi mengurangkan tempoh masa ketika dalam labour room dan memudahkan bayi keluar secara normal.

Anda boleh mempelajari pelbagai teknik senaman di internet atau laman-laman perkongsian kehamilan. Salah satunya ialah senaman kegel yang berkesan membantu menguatkan kawasan pelvik serta paha.

Selain itu jika anda seorang window shopping, ajak pasangan untuk berjalan-jalan di pusat beli-belah setiap kali hujung minggu. Ia mampu memberikan manfaat terhadap kesihatan diri ibu hamil serta menghilangkan rasa tertekan setelah berhari-hari duduk di rumah.

#4. Memastikan waktu tidur mencukupi

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips bersalin normal yang keempat adalah ibu hendaklah memperoleh tidur yang cukup dan berkualiti. Ia turut membantu anda lebih tenang serta kurang stres bagi menempuhi setiap hari dengan baik.

Ketika ingin melelapkan mata, anda perlu mengelakkan diri daripada baring terlentang dalam tempoh yang lama kerana tekanan hanya tertumpu pada bahagian punggung dan penyebab berlakunya kelahiran mati.

Cara tidur yang selesa ketika berbadan dua adalah dalam posisi mengiring ke belah kiri bagi melancarkan pengaliran darah menuju rahim dan bayi. Ibu juga boleh memberikan sokongan terhadap abdomen dengan meletakkan sebiji bantal di bawah perut dan antara kedua belah lutut bagi mengurangkan tekanan tulang belakang.

#5. Mempelajari teknik pernafasan yang betul

Senaman pernafasan merupakan langkah berkesan bagi membantu anda melalui proses meneran nanti. Kadar oksigen yang mencukupi turut menyokong tumbesaran bayi dengan baik.

Justeru, selalulah berlatih kaedah pernafasan ini seawal usia kandungan memasuki 20 minggu. Antara caranya ialah semasa anda menarik nafas, cuba mengira sehingga 3 atau 4 dengan perlahan. Apabila menghembus nafas keluar, lakukan juga pengiraan yang sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, bernafas melalui hidung dan hembus semula melalui mulut dengan lembut. Latihan yang dilakukan ketika hamil ini sekaligus membantu melancarkan proses kelahiran anda.

Sumber: Thezuriat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia