Tips Cepat Hamil Menurut Islam Melalui Hubungan Intim & Doa Dikurniakan Zuriat Yang Baik

Jangan berputus asa berdoa dan solat sunat sebagai ikhtiar tanpa putus memohon hajat untuk mempunyai zuriat. Kemudian sabarlah dan menanti jawapan doa dari Allah SWT..

Bagi umat Islam, tentunya kita mahu memiliki keturunan yang baik supaya dapat memberi kebaikan pada seluruh umat. Oleh sebab itu, kita disarankan mengikut tips cepat hamil menurut Islam ini agar ikhtiar ke arah kehamilan itu diamalkan dengan zikir dan berdoa.

Tips cepat hamil menurut Islam

Bagi memastikan kehamilan berjalan lancar, tentunya ibu perlu menerapkan pola hidup yang sihat, hindari stres berlebihan, berkonsultasi dengan doktor dan mengadakan hubungan suami isteri yang sihat.

Anda juga disarankan melakukan ikhtiar tips cepat hamil menurut Islam seperti di bawah: 

#1. Tips cepat hamil menurut Islam – Berwuduk dan berdoa sebelum melakukan hubungan intim 

Kredit: Hamil Maksimal.Com

Seorang ulama besar Indonesia, Quraish Shihab mengatakan, untuk mendapatkan anak soleh dan solehah, kalian mesti melibatkan Allah yakni berwuduk sebelum melakukan hubungan kelamin.

Kemudian, berdoa supaya persetubuhan yang bakal dilakukan nanti menjadi ibadah yang dapat menghasilkan keturunan yang baik, soleh, solehah dan taat kepada Allah serta Rasul Nya. 

#2. Tips cepat hamil menurut Islam – Posisi hubungan intim yang tepat 

Ada beberapa posisi yang boleh membuatkan peluang kehamilan lebih besar supaya sperma mudah mencapai sel telur. Salah satunya adalah posisi suami di atas dan isteri di bawah. 

#3. Menunaikan solat sunat setiap hari 

Sebut nama Allah dalam setiap doa dan ucapkan dalam doa tersebut bahawa anda mengimpikan zuriat keturunan yang berguna bagi agama dan taat kepada Allah seumur hidupnya. 

Selain itu, lakukan solat hajat setiap hari sampai anda hamil kerana pada masa itu Allah SWT tahu bahawa anda bersungguh-sungguh dalam keinginan memiliki anak.

Anda juga disarankan melakukan solat Tahajud setiap malam dan berdoa dengan bersungguh-sungguh kerana waktu solat Tahajud adalah waktu paling selalu dikabulkan doanya oleh Allah SWT. 

Minta keluarga turut sama mendoakan anda supaya memperolehi seorang cahaya mata dan sentiasa berprasangka baik kepada Allah SWT dalam mengurniakan zuriat buat pasangan yang mengimpikannya. 

Tips cepat hamil menurut Islam dengan berzikir dan berdoa

1) Doa meminta keturunan baik dari Surah Al – Furqan ayat 74 

Ertinya : Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada isteri-isteri kami dan keturuan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. 

2) Doa Nabi Ibrahim dalam Surah Ash-Shaffat dan Surah Ali-Imran 

Ertinya : Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa. (Ali Imran : 38) 

Ertinya : Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh. (As-Shaffat:100). 

3) Doa Nabi Zakaria dalam Surah An-Anbiya 

Ertinya : Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan engkaulah waris yang paling baik. (Al-Anbiya : 89) 

4) Membaca Surah Maryam ayat 1-6 

Ertinya : Penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hambaNya Zakaria iaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut dan ia berkata: 

Ya Tuhanku, Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau Ya Tuhanku. Dan Sesungguhnya aku Khuwatir terhadap mawakilu sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, Maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, Yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya’Qub dan jadikanlah ia Ya Tuhanku seorang yang diredhai. (Maryam 1-6). 

Selain membaca doa di atas, anda juga disarankan memperbanyakkan selawat Nabi, lantunan Zikir agar cepat hamil, baca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas dan Asmaul Husna. 

Semoga ikhtiar anda membuahkan hasil dan dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah. Amin. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Fitriyani. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtips-cepat-hamil