Mudahnya Hari-Hari Ibu Hamil Jika Amalkan Tips Ini, No.6 Mesti Cuba!

Bila tahu ada tips dan trik unik ini jadi lebih teruja untuk menjalani tempoh kehamilan. Disamping membeli-belah barangan bayi yang comel-comel, anda juga mempunyai lebih waktu untuk menikmati saat berbadan dua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seronok bila tahu tips dan trik unik sepanjang kehamilan yang boleh dipraktikkan. Selain membuat hari-hari ibu hamil ini lebih mudah, ia juga dapat menggalakkan kehamilan yang sihat.

Tidaklah ibu mengandung perlu berfikir tentang masalah-masalah kecil lagi. Nak menjaga anak yang dikandung tambah pula hormon dan emosi tidak menentu lagi. Memang penatlah senang cerita. 

Tapi bila tahu ada tips dan trik unik ini jadi lebih teruja untuk menjalani tempoh kehamilan. Disamping membeli-belah barangan bayi yang comel-comel, anda juga mempunyai lebih waktu untuk menikmati saat berbadan dua.

Jom baca apa yang anda ketinggalan selama ini! Dan untuk ibu baharu pula, moga bermanfaat.

10 Tips dan trik unik yang menjadi sepanjang kehamilan

#1. Cuba makan kerepek kentang dan air lemon untuk hilang mual!

Ibu-ibu masih tiada selera makan? Atau asal makan saja terus muntah? Cuba trik ini, makan potato chips ikut perisa yang anda suka, tapi seeloknya yang perisa asli saja. Makan dan minum bersama air lemon.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tampak simple tapi percayalah ia mampu membuka selera anda! Atau cuba gula-gula berperisa buah untuk hilang rasa mual tiba-tiba dan elakkan yang berpudina.

Jika keluar ke mana-mana sentiasa sediakan biskut di dalam beg (biskut kering atau oat).

#2. Masih mual dan muntah-muntah? Cuba yoga prenatal

Mungkin saat anda dengar saja perkataan yoga terus anda berpaling dan pergi ke bilik tidur lalu nangis di bucu katil. Jangan risau ibu-ibu semua, yoga prenatal cukup mudah! Tidak perlu ke kelas yoga pun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sambil-sambil duduk lipat kain pun boleh buat. Banyak sumber yang anda boleh jadikan panduan, buka saja YouTube dan ikut langkah-langkah mudah. Lakukan 5-10 minit sehari pun okey!

#3. Jangan bazir duit beli bra hamil

Sebab apa? Nanti selepas anda bersalin bra tu tak muat pun. Beli bra sport adalah satu ‘investment’ yang terbaik! Senang nak menyusu anak pula, jenis tarik saja dah boleh jalan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau nak lebih murah beli bra yang tanpa besi, ia sangatlah selesa untuk dipakai waktu sepanjang kehamilan. Malah selepas bersalin pun masih boleh pakai lagi.

#4. Sediakan senarai

Anda tak mahu bila tiba saat kelahiran ada saja benda-benda yang tidak mencukupi. Lampin bayi, botol susu, pam susu semuanya mungkinlah anda sukar untuk lupa. Tapi benda-benda kecil seperti krim ruam bayi, minyak telon atau puting bayi tentu mudah untuk terlepas pandang.

Buat senarai ini di dalam telefon pintar anda, sentiasa ‘update’ jika teringat sesuatu. Jadi bila tiba saat anda bershopping rujuk saja pada senarai ini.

Bukan baju bayi yang comel-comel saja perlu dibeli ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Bantal hamil

Sejenis bantal yang panjang boleh melilit badan. Itu sangat berguna bukan saja semasa hamil malah ketika menyusukan anak juga waktu tidur! Percayalah anda memang memerlukannya jika anda inginkan keselesaan ketika tidur.

Ingat, ibu hamil perlu tidur yang cukup ya untuk kehamilan yang sihat. Bukan itu sahaja, lepas si kecil itu dah keluar nanti, ibu-ibu memang sukar nak dapat tidur nyenyak. Jadi nikmatilah saat-saat ini.

#6. Kejang kaki? Air elektrolit dan pisang boleh bantu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah minum gatorade atau pocari sweat? Itulah minuman elektrolit yang anda boleh ambil ketika hamil. Lebih-lebih lagi jika anda sering kekejangan kaki waktu pagi.

Bila bangun pagi ibu hamil selalu mengeliat dan meregangkan kaki, tapi sebenarnya tak boleh, kerana perjalanan darah masih kurang di situ ketika anda tidur. Jadi hati-hati ya.

Kalau kerap berlaku cuba makan pisang dan minum air elektrolit. Ia juga dapat memberi penghidratan sempurna buat ibu hamil.

#7. Minum air untuk kekalkan penghidratan

Setelah hilang mual-mual anda bolehlah menghidratkan kembali badan anda. Ini kerana waktu anda muntah-muntah, mungkin badan anda terhidrat. Jadi minum air dengan banyak dapat memberikan tenaga kepada badan.

Ya, anda akan kerap ke tandas tapi itu tak mengapalah janji anda dan bayi sihat.

#8. Senam kegel!

Pentingnya senam kegel ini adalah untuk melatih otot vagina anda. Ia bagus untuk kelahiran nanti. Malah senaman ini sangat mudah, seolah-olah anda hanya perlu mengemut macam menahan kencing. Lakukan ketika memandu atau ketika menonton TV.

#9. Sapu minyak pada perut

Menyapu minyak seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun atau Bio-Oil dapat mengelakkan kulit badan anda daripada merekah dengan teruk. Kalau ada pun ia mungkin tidak terlalu teruk, jika anda amalkan sejak hari pertama anda tahu yang anda hamil.

Lakukan sekerap mungkin, selepas mandi dan sebelum tidur. Ia juga boleh mengelakkan gatal-gatal perut akibat ‘stretching’.

#10. Beli baju oversize

Kemeja oversize ini bukan saja berguna ketika mengandung, malah juga bila dah bersalin, cukup mudah nak menyusukan si kecil. Dan menariknya bila pakai baju oversize ini anda tak perlu risau akan seluar yang tak muat.

Tidak dikancing pun tak mengapa kerana bukan nampak pun. Malah ibu-ibu pun boleh pakai legging!

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 “Hack” Yang Genius Untuk Ibu Mengandung – Kehamilan Jadi Lebih Mudah!