Menjadi ibu bapa moden mempunyai banyak cabaran dan membesarkan anak pada zaman sekarang JAUH berbeza sekali berbanding dulu. Sudahkah anda menyiapkan diri mendidik anak untuk jangka masa panjang?
Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita yang bukan sahaja mempengaruhi anak-anak, malah cara kita mendidik juga perlu lebih maju supaya dapat membesarkan anak-anak yang menghargai keluarga. Pastinya kita risaukan anak apabila melihat peredaran zaman kini yang agak menakutkan bukan?
Cabaran Ibu Bapa Moden Dalam Membesarkan Anak
Ibu bapa kini lebih sibuk berbanding dulu, dan mempunyai banyak persaingan dan cabaran yang mesti dilalui.
Anak-anak kini lebih memerlukan perhatian supaya tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar. Mereka memerlukan jaminan yang kita sebagai ibu bapa, sentiasa ada bersama mereka memberi sokongan dan kasih sayang.
5 Tips Mendidik Anak Sebagai Ibu Bapa Moden
#1 Pengurusan Masa
Dengan waktu yang terhad, cuba susun jadual anda supaya dapat melakukan kerja dan tidak ketinggalan meluangkan masa bersama keluarga. Jalankan aktiviti riadah bersama keluarga walaupun sekadar berjalan-jalan di taman bersama anak-anak.
Jangan terlalu fikir hendak menghabiskan kerja sahaja, sekali sekala tutup komputer bimbit anda dan berboraklah dengan keluarga.
Tinggalkan memori yang manis untuk anak-anak, bawa mereka berjalan-jalan pada hujung minggu di kawasan rekreasi yang akan menjadi kenangan terindah buat keluarga.
#2 Jadi Guru Mereka
Luangkan masa mengajar anak-anak tentang perkara penting tentang hidup, seperti mengajar anak membaca, solat dan melakukan kerja-kerja rumah.
Jangan terlalu bergantung kepada para guru bagi melaksanakan tugasan ini kerana tanggungjawab ibu bapa sangat penting dalam pembentukan sahsiah anak.
Sebagai ibu bapa moden tentunya penglibatan anda sangat bermakna bagi anak, kerana ini menunjukkan anda masih ada masa untuk mereka.
#3 Kenali Rakan-Rakan Anak Anda
Ambil tahu siapa rakan anak anda, dan sikap mereka. Ini merupakan benda penting bagi menjamin anak anda mempunyai pengaruh yang positif untuk jangka masa panjang.
Ambil peluang untuk kerap bertanya kepada anak, siapa teman baiknya, tinggal di mana dan sebagainya.
Ajar anak untuk tahu membezakan yang baik dan buruk, dan tidak terpengaruh dengan perkara negatif. Jangan terlalu mengongkong si anak pula ya, benarkan dia berkawan tetapi dengan berpada-pada.
#4 Berbaik Dengan Guru
Jangan lepas tangan tanggungjawab menjaga anak anda kepada guru, dan tidak mengambil tahu apa-apa tentang guru anak pula.
Mulai hari ini buang rasa segan, malu atau takut menyusahkan guru jika anda bertanya kepada mereka tentang anak anda. Itu adalah HAK anda dan anda WAJIB tahu. Jika jawapan ala kadar, itu menunjukkan guru tersebut kurang cakna dengan anak muridnya.
#5 Muat Turun Buku Panduan Keibubapan “The Secret To My Modern Parenthood” Daripada KAO Malaysia
Pelancaran kempen ‘Welcome to My Modern Parenthood’ oleh KAO Malaysia baru-baru ini menegaskan tentang pentingnya masa berkualiti dengan keluarga dengan membekalkan solusi mudah untuk ibu bapa moden yang sibuk.
Dengan tema tahun ini, “Value Your Time, Value Your Happiness”, KAO Malaysia telah mengubah suai laman mikro kempen, termasuk menyediakan perkhidmatan percuma untuk muat turun buku panduan keibubapaan yang terkenal, “The Secret to My Modern Parenthood”, kali ini dalam bentuk digital!
Beberapa bab yang terpilih dari buku panduan itu juga dijadikan dalam bentuk video yang tentunya mudah untuk diakses ibu bapa.
Topik yang diketengahkan oleh video termasuk kepentingan komunikasi, pelbagai peranan seorang bapa dapat bermain dalam mewujudkan ikatan bersama keluarga, cara menukar lampin, menyediakan bayi untuk tidur dan pelbagai lagi.
Muat turun video dan buku panduan secara PERCUMA di sini!
Najis anak saya berwarna hijau, adakah itu normal?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: