7 gaya hubungan intim dari tamadun kuno China - lagi best dari Kamasutra!

7 tips hubungan suami isteri ini diterbangkan khas dari tamadun China dahulu. Jika ia berjaya pada 4,000 tahun lepas, mengapa tidak sekarang kan?

China antara tamadun yang paling lama di dunia. Oleh sebab itu, tamadun ini banyak mempengaruhi seni, bahasa, sains, politik, dan hubungan rumah tangga. Hari ini, kami akan bawakan tips hubungan suami isteri dari tamadun China.

Walaupun ia tidak setanding dengan Kamasutra, namun tips hubungan suami isteri dari tamadun China ini memiliki keistimewaan dan nikmat yang tersendiri. 

Jadi, jom kita lihat apakah tips hubungan suami isteri yang dibawa oleh mereka. 

7 tips hubungan suami isteri dari tamadun China

Bagi tamadun China, hubungan seks yang sihat dan memberi kenikmatan ialah hubungan seks yang melibatkan komunikasi antara dua orang. 

Komunikasi ini akan menghasilkan hubungan intim yang lebih panas dan memuaskan. Untuk mencapai komunikasi yang hebat, suami isteri patut melakukan 7 gaya seks ini dalam rutin harian.

Ia terbukti berguna 4,000 tahun lalu dan masih berguna hingga kini!

Tips hubungan suami isteri #1: The Dragon Turns

Dalam posisi unik ini, isteri perlu berbaring dan membuka pintu “jade”nya (jade sinonim dengan vagina dalam tamadun China). Letakkan bantal di bawah punggung.

Ia supaya penetrasi yang dilakukan suami boleh masuk lebih dalam (sedalam 5 inci!)

Tips hubungan suami isteri #2: Turtle Stirs

Posisi ini melibatkan isteri yang berbaring dan membengkokkan lututnya. Mengapa? Ia supaya penetrasi menjadi lebih dalam.

Suami boleh mendekati isteri dan memegang kakinya sebelum melakukan penetrasi.

Tips hubungan suami isteri #3: The Tiger Slit

Posisi kuno ini seolah-olah doggy style, namun kali ini isteri diminta untuk menundukkan kepalanya ketika suami melakukan tujahan. 

Tips hubungan suami isteri #4: Phoenix Hovers

Untuk posisi yang penting dalam tips hubungan suami isteri ini, anda perlu berbaring dan mengangkang seluas-luasnya seperti seekor burung phoenix.

Selepas itu barulah suami datang menghampiri dan melakukan penetrasi.

Tips hubungan suami isteri #5: Wrestles Monkey

Jika anda ingin mencuba gaya ini, apa yang harus anda lakukan ialah berbaring dan meletakkan kaki di atas bahu suami.

Rapatkan lutut ke dada anda dan biarkan suami melakukan penetrasi yang dalam.

Tips hubungan suami isteri #6: Rabbit Nibbles the Hair

Untuk gaya ini, isteri diminta agar duduk di atas suami sambil melakukan rangsangan. Suami pula boleh berbaring dan berehat seketika.

Tip hubungan suami isteri #7: Cicada Clings

Untuk tips suami isteri no #7, anda boleh mencuba gaya seks cicada clings. Ia melibatkan posisi anda baring meniarap sambil suami melakukan penetrasi dari arah belakang ketika duduk di atas anda.

Ataupun anda boleh meminta suami berehat dengan anda sendiri melakukan dayungan sepertimana yang anda mahu.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Banyan Tree

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-buat-anak/

 

Penulis

Ayu Idris