Bento merupakan makanan rumah yang dibungkus di dalam bekas makanan sebagai bekalan makanan tengah hari di sekolah mahupun tempat kerja. Makanan Bento sebenarnya telah wujud sejak era Kamakura (1185 hingga 1333) apabila proses membuat nasi kering menjadi popular. Nasi itu di simpan di dalam kotak kayu tradisional dan di simpan untuk di makan kemudian.
Makanan Bento Yang Mudah Untuk Dimakan
Perkataan bento itu sendiri bermaksud ‘kemudahan’, kerana mudah untuk di makan kemudian. Selalunya, bento akan mengandungi nasi putih, ikan, daging atau ayam dan sayur yang di masak atau di jeruk. Asalnya, bento disediakan di dalam kotak kayu namun zaman semakin moden dan terdapat pelbagai pilihan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik dan metal anti karat.
Tips Keselamatan
Adalah normal untuk kita lebih berhati-hati dalam penyediaan makanan kerana melalui makanan adalah salah satu jalan paling mudah untuk dijangkiti kuman atau bakteria. Perkongsian kali ini ialah tips keselamatan makanan bento.
Sebelum Bermula
- Pastikan bekas makanan telah dibasuh dengan bersih. Sekiranya menggunakan pembasuh pinggan mangkuk (dishwasher) gunakan setting haba yang tinggi. Atau anda juga boleh menggunakan cuka untuk mengelap bekas makanan tersebut kerana cuka adalah antibakterial.
- Sebelum memegang bekas makanan dan makanan, pastikan tangan anda cukup bersih
Semasa Menyediakan
- Bukan semua jenis makanan sesuai sebagai bento. Elakkan memilih makan mentah sebagai menu contohnya sushi dan telur mentah.
- Makanan hendaklah dimasak dengan betul (bukan separuh masak).
- Jika memanaskan makanan semalam, pastikan ia betul-betul panas seperti dimasak semula (sekurang-kurangnya 75 darjah celsius selama 1 minit).
- Elakkan memegang makanan terus dengan tangan (gunakan sarung tangan).
- Gunakan alatan bersih semasa menyediakan makanan dan elakkan bercampur dengan makanan lain.
- Semasa memasak nasi, cuba campurkan cuka di dalam air untuk memasak nasi. Cuka akan membantu menurunkan pH dan mengurangkan risiko untuk bakteria berada di situ.
- Garam juga mempunyai fungsi antibakterial jadi lebihkan sedikit garam di dalam makanan bento anda. Tetapi jangan terlalu banyak hingga merosakkan makanan itu dan membuatkan makanan itu tidak sihat untuk dimakan.
- Kurangkan ‘basah’ atau kuah di dalam bento kerana ia akan menggalakkan bakteria. Sekiranya bento anda mempunyai kuah atau sos, asingkan di dalam bahagian lain.
- Sebelum menutup bento, pastikan ia tidak terlalu panas kerana haba boleh menyebabkan pengewapan dan meningkatkan risiko makanan basah.
Selepas Bento Siap
- Pastikan ia disimpan di dalam tempat yang kering dan tidak bercampur dengan makanan atau bekalan yang berlainan suhu (sejuk dan panas diasingkan).
Makanan antibakterial
Gunakan bahan makanan yang mempunyai sifat antibakterial juga membantu memastikan bento anda sihat dan selamat di makan. Antaranya ialah:
- Umeboshi iaitu plum jeruk jepun.
Ia mengandungi asid sitrik yang tinggi dan sifat antibakterial yang tinggi. Selalunya, orang Jepun membuatkan bento Hinomaru menggunakan umeboshi di mana jeruk ini dihancurkan dan disusun di atas permukaan makanan.Loading...You got lucky! We have no ad to show to you! - Cuka.
Seperti umeboshi, ia adalah antibakterial yang kuat dan sesuai diratakan dengan makanan. - Halia.
Apabila dimasak, halia akan menghasilkan shogaol dan gingerol yang kaya dengan manfaatkan kesihatan serta dikatakan membunuh bakteria. Campurkan dengan makanan yang mudah rosak, halia akan membantu memanjangkan hayatnya. Selain itu, halia juga menambahkan selera. - Sos soya (kicap)
Asid laktik, garam, pH yang rendah dan alkohol semula jadi membantu sos soya menjaga makanan. - Shiso
Shiso merupakan adik beradik kepada pudina dan selasih dan sangat selalu digunakan di dalam masakan jepun. Ia mengandungi beryl aldehyde yang merupakan antibakteria. Shiso merah juga tinggi kandungan anthocyanin yang memberi kesan antioksida.
Sumber: abokichi, the kitchn, japan info
Semoga bermanfaat.
Baca juga:
10 Idea Bekal Anak Sekolah Bento, Si Manja Pasti Sukakannya!