Awas Tips Palsu Pencegahan Covid-19, Abaikan Jika Anda Telah Menerima Mesej Ini

Penyebaran Coronavirus semakin membimbangkan dan timbul pelbagai tips kesihatan palsu dikongsi di media sosial. Jom ketahui agar tidak tersalah informasi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebimbangan masyarakat dunia tentang wabak Coronavirus telah mewujudkan pelbagai tips kesihatan palsu mengenai tips pencegahan yang disebar melalui platform media sosial.

Sejak kewujudan virus baharu ini, kes pesakit yang positif dan angka kematian mangsa dicatatkan semakin meningkat pada setiap hari.

Tips kesihatan palsu pencegahan Coronavirus

Sehingga kini, masih belum ada ubat yang mampu menyembuhkan pesakit. Ia diburukkan lagi dengan perkongsian tips kesihatan palsu sehingga orang ramai mempercayai sepenuhnya.

Menurut ahli sains, beberapa berita palsu tentang pencegahan wabak Covid-19 yang tidak benar adalah:

#1. Penghasilan sendiri pembersih tangan (hand sanitiser)

foto: oregonlive

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat laporan mengatakan kebanyakan kedai atau farmasi telah kekurangan gel hand sanitiser. Hal ini kerana amalan mencuci tangan adalah langkah utama bagi mencegah penyebaran virus.

Baru-baru ini, muncul di media sosial tentang kaedah untuk menghasilkan gel ini dari rumah.

Namun, kandungan yang dimasukkan sebenarnya lebih sesuai membersihkan rumah dan saintis menegaskan ia tidak selamat jika terkena bahagian kulit.

Menurut Profesor dari London School of Hygiene and Tropical Medicine, Sally Bloomfield, mengatakan sesiapa sahaja tidak mampu menghasilkan produk yang berkesan bagi pembersihan tangan di rumah.

#2. Khasiat bawang putih 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO),  ia adalah makanan yang sihat dan mempunyai beberapa sifat antimikroba.

Tambahan pula, tiada bukti saintifik yang mengatakan bawang putih dapat melindungi anda dari wabak Coronavirus.

The South China Morning Post melaporkan seorang wanita terpaksa menerima rawatan hospital kerana kerongkongnya cedera teruk selepas mengambil 1.5 kg bawang putih mentah.

Secara umumnya, pengambilan buah-buahan, sayuran dan air minuman adalah baik untuk kesihatan. Namun, tiada bukti saintifik makanan tertentu mampu mengelakkan anda dari risiko Coronavirus ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Minum air setiap 15 minit

foto: healthline

Perkongsian berita palsu melalui beberapa akaun Facebook, memetik “doktor Jepun” mengesyorkan minum air setiap 15 minit dapat mematikan sebarang virus  memasuki bahagian mulut.

Menurut Professor Trudie Lang dari University of Oxford mengatakan tiada bukti saintifik yang mengatakan amalan ini dapat membantu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Virus Corona akan memasuki badan melalui saluran pernafasan semasa anda bernafas.

Sesetengah daripada mereka mungkin memasuki ke bahagian mulut, tetapi tabiat sentiasa minum air tidak akan menghalang anda daripada serangan virus berkenaan.

Walau bagaimanapun, air minuman dan kekalkan hidrasi adalah baik untuk kesihatan.

#4. Kekalkan suhu panas dan elakkan aiskrim

Terdapat banyak variasi nasihat mengatakan haba boleh membunuh virus dan  menyarankan anda untuk minum air panas, mandi air panas atau menggunakan pengering rambut.

“Mesej dalam talian mengatakan orang ramai perlu mengelakkan makan aiskrim dan makanan sejuk lain dapat membantu menghalang permulaan penyakit. Ia adalah nasihat kesihatan palsu dan tidak benar. ” kata ahli UNICEF, Charlotte Gornitzka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Prof. Bloomfield, memanaskan badan atau mendedahkan diri kepada matahari tidak berkesan sama sekali.

”Apabila virus berada di dalam badan anda, tidak ada cara lain untuk membunuhnya. Sistem ketahanan tubuh badan perlu melawan sehabis mungkin,”

”Jika virus berada di luar tubuh, suhu yang anda perlukan untuk menghalang virus ini adalah sekitar 60 darjah Celsius. Ia jauh lebih panas daripada mandi ataupun sauna,” katanya.

Namun, jika membasuh kain atau tuala pada 60 darjah ini adalah idea yang baik kerana ia boleh membunuh mana-mana virus dalam fabrik.

Justeru, mandi air panas atau minum cecair panas tidak akan mengubah suhu tubuh sebenar kerana ia kekal stabil kecuali anda jatuh sakit.

#5. Keajaiban mineral dan air Colloidal Silver

credit to sources

YouTuber Jordan Sather, yang mempunyai beribu-ribu pengikut di seluruh platform telah mendakwa bahawa ”suplemen mineral keajaiban” yang dipanggil MMS, boleh menghapuskan Coronavirus.

Ia mengandungi klorin dioksida atau agen peluntur.

Tahun lepas, Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) memberi amaran tentang bahaya kepada kesihatan apabila mengambil MMS. 

”Tiada sebarang penyelidikan menunjukkan bahawa produk ini selamat atau berkesan untuk merawat sebarang penyakit”. FDA turut memberi amaran bahawa meminumnya boleh menyebabkan rasa mual, muntah, cirit-birit dan simptom dehidrasi.

Manakala, air Colloidal Silver (CS) ialah air perak terampai yang terdiri zarah-zarah kecil logam dalam cecair.

Ia digunakan secara tradisi dan dipercayai mampu merawat penyakit-penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman sebelum kehadiran antibiotik ketika perang dunia ke-2.

Menurut penjelasan dari pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat, tiada bukti jenis perak ini berkesan untuk sebarang masalah kesihatan.

Lebih memburukkan lagi, ia memberikan kesan sampingan serius seperti kerosakan buah pinggang, sawan dan argyria (keadaan yang membuatkan kulit menjadi biru).

Sumber: Bbc News

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenyakit-baru