Bagi setiap pasangan yang baru sahaja berkahwin malam pertama pasti menjadi antara perkara yang mendebarkan. Bagi yang ingin cepat menimang cahaya mata kami kongsikan tips malam pertama agar cepat hamil.
Isi Kandungan
Berbincang Dengan Pasangan Terlebih Dahulu
Sebelum mula melakukan aktiviti malam pertama suami isteri, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah berbincang dengan pasangan terlebih dahulu. Elok berbincang untuk tahu pasangan anda mahukan seks yang bagaimana.
Jika kedua-duanya bersetuju untuk mendapat cahaya mata awal boleh guna tips malam pertama agar cepat hamil ini.
Putuskan Untuk Menggunakan Perlindungan Atau Tidak
Kebanyakan pasangan mungkin tidak memberi perhatian kepada perkara ini kerana mungkin tidak memikirkan kesan jangka masa panjangnya.
Pasangan seharusnya tidak mengabaikan perancangan keluarga kerana ia memainkan peranan penting dalam kehidupan. Adalah penting untuk berbincang dengan pasangan sama ada mereka sudah bersedia atau tidak untuk menjadi ibu atau bapa.
Selain daripada itu, faktor-faktor seperti kewangan, kerjaya, dan persediaan untuk menjadi ibu atau bapa juga perlu dipertimbangkan.
Jika pasangan belum bersedia untuk memiliki anak pada masa ini gunakan teknik kontraseptif seperti pil perancang atau kondom. Ini membantu untuk merancang masa depan keluarga dengan lebih matang.
Jangan Lupa Foreplay Sebelum Seks
Jangan tergesa-gesa untuk memasukkan zakar. Ia pasti tidak akan menjadi. Sebaliknya, cuba sabar dan lakukan foreplay terlebih dahulu untuk menikmati pengalaman malam pertama hari pernikahan anda!
Mulakan dengan menyentuh, memeluk dan mencium pasangan.French kiss adalah senjata utama untuk memastikan kalian berdua berasa ghairah.
Usah Gopoh, Cuba Dengan Perlahan Sehingga Berjaya
Mulakan dengan foreplay jika kedua-dua maish belum bersedia. Ia bagi memastikan anda berdua benar-benar ghairah dan tidak menyakitkan sesiapa. Encik suami perlu pastikan faraj isteri telah lembap dan basah terlebih dahulu.
Jika belum, lakukan fingering sehingga cecair mulai keluar meleleh dari miss V. Selepas itu, barulah anda boleh masukkan zakar secara perlahan ke dalam faraj.
Ingat! Jangan memaksa ya? Ia adalah proses semula jadi yang sewajarnya berjaya jika kalian berdua kekal tenang.
Bersikap Jujur Dengan Pasangan
Jujur dengan pasangan. Jika anda tidak gemar dan tidak selesa apa yang dilakukan berterus teranglah agar hubungan anda tidak terkesan dengan perkara yang boleh membawa kemudaratan.
Ketahui Kitaran Menstruasi Anda Agar Mudah Hamil
Perhatikan tanda-tanda subur anda.
- Mukus serviks atau cecair pada faraj: Ia akan kelihatan sedikit jernih, likat dan licin, serupa dengan putih telur.
- Sensasi sakit atau pedih: Sesetengah wanita mungkin akan merasakan sedikit ketidakselesaan atau pedih pada sebelah bahagian di sekitar rahim semasa mereka sedang subur.
- Waktu ovulasi: Ambil perhatian terhadap waktu ovulasi anda setiap kitaran haid. Waktu ovulasi adalah masa terbaik untuk melakukan hubungan seks agar meningkatkan peluang untuk hamil.
Jalani Kehidupan Yang Sihat Untuk Mudah Hamil
Hentikan tabiat yang tidak sihat seperti menghisap rokok dan minum alkohol. Jauhi juga perkara yang boleh membuatkan anda stres. Selain itu kawal juga pemakanan anda, elakkan makanan berminyak.
Hello Doktor
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tips Cepat Hamil Bagi Pasangan Berkahwin, Baru Atau Lama WAJIB Ikut Rapat!
Baca juga: Cara Untuk Hamil Cepat Selepas Hubungan Kelamin, Suami Isteri Wajib Follow Rahsia Ini
Baca juga: Wanita Berumur 39 Tahun Ini Mempunyai 38 Orang Anak, Wah, Ramainya Anak Dia!