Bersedia Untuk Ajar Anak Menyimpan Wang Sendiri? Ini Tips Menabung Yang Boleh Anda Praktik Bersama

Dalam zaman serba moden ini, wang sangat penting. Tetapi dengan cara yang tepat, anda sebenarnya boleh melakukan banyak penjimatan dengan tips menabung ini.

Sebagai ibu bapa, anda pastinya mahu yang terbaik untuk anak-anak. Namun kadangkala kita terlebih berbelanja, membuatkan perancangan kita terganggu pula. Apakah tips menabung yang terbaik untuk keluarga?

Tahun baru sudah pun menjelma, kita pasti mempunyai azam baru yang sebenarnya sangat susah untuk kita patuhi.

Tetapi jika ada bercadang untuk menjadi bijak wang tahun ini, jom semak 9 tips menabung ini untuk anda bantu keluarga menyimpan wang!

Tips Menabung Untuk Keluarga 

Tips Menabung #1 Jangan terlalu banyak menghabiskan masa di pasar raya

Peraturan utama: Jangan pergi ke kedai runcit apabila anda lapar!

Satu garis panduan yang baik adalah sekiranya barang rumah habis, anda tidak perlu beli-belah untuk setiap barang kecil.

Tunggu sehingga anda memerlukan sekurang-kurangnya 10 barang, kemudian pergi ke kedai. Sentiasa ingat untuk beri keutamaan kepada keperluan, bukannya keinginan.

Tips Menabung #2 Memasak makanan anda sendiri

Kredit: Pexels

Kita semua mengejar masa,  jadi satu cabaran pula untuk menyiapkan makanan buat keluarga.  Tetapi anda perlu sedar yang makan di luar atau bungkus makanan dari kedai pun boleh menjejaskan simpanan.

Sekiranya anda masak di rumah, wang lebih kurang digunakan malah anda boleh mengawal diet.

Tips Menabung #3  Tahan diri daripada menggunakan kad kredit sebanyak mungkin

Walaupun kad kredit membantu, jangan sampai kita terlalu bergantung kepadanya!

Sembunyikannya – atau lekat di peti sejuk – dan jangan gunakannya kecuali perlu. Mulakan amalan pembelian secara tunai, jadi anda akan tahu dengan lebih baik ke mana wang ada disalurkan.

Tips Menabung #4 Jangan biarkan satu hari berlalu tanpa menyimpan!

Kredit: Pexels

Apa saja pembelian yang anda buat, ingat matlamat anda bukan untuk berbelanja, tetapi untuk menyelamatkan seberapa banyak yang anda boleh.

Jadi cuba dapatkan diskaun atau harga promosi. Mudah saja, cari info di Internet atau tanya jurujual di kedai.

#5 Buat Senarai Kewangan

Dengan cara yang sama anda menyenaraikan tugas dan menandakannya apabila anda selesai, anda juga harus menggunakan tabiat ini untuk kewangan. Lagipun, tanpa kewangan, anda tidak akan dapat melalui senarai tugas anda, bukan?

Senarai tugasan kewangan anda boleh termasuk jangka pendek (seperti simpanan harian, perbelanjaan runcit) atau matlamat jangka panjang (seperti persaraan atau insurans).

#6 Jual Barang Anda Yang Tidak Diperlukan 

Jangan penuhkan rumah dengan barang yang tak perlu! Melepaskan barang untuk dijual bukan sahaja menambahkan pendapatan, malah memberi kesan positif kepada kesihatan mental anda.

#7 Jangan Membazir

Maksimumkan penggunaan barangan di rumah. Jangan pula baru guna sekali, anda buang pula. Perkara ini selalu terjadi terhadap barangan seperti beg sandwich, plastik, peralatan plastik, alat mekap dan banyak lagi!

#8 Elakkan Dari Membeli Dalam Talian

Kredit: Pexels

Kurangkan masa melayari internet! Ingatkan diri sendiri supaya tidak terpedaya dengan produk-produk dalam talian.

Tangguhkan pembelian anda selagi boleh, anda pasti tidak akan berminat lagi untuk membeli barangan tersebut.

#9 Setiap Perkara Kecil Itu Sebenarnya Membantu

  • Daripada mendapatkan cappuccino frappe mewah itu, kenapa tidak bancuh kopi sendiri di rumah?
  • Jangan melepak di pusat membeli belah, sebaliknya pergi bersiar-siar di taman yang tidak memerlukan pengeluran wang.
  • Lebih baik lagi, tinggal di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga anda menonton TV atau bermain permainan papan.
  • Pengorbanan kecil ini – walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya boleh membawa banyak perbezaan dalam hidup anda!

Jom sama-sama kita berjimat cermat dan menabung untuk masa hadapan!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Bianchi Mendoza dan mendapat keizinan theAsianparent Philippines untuk diterjemah. 

Penulis

Beto Rahman